Monday 30 August 2010

sahabat ...........

Setiap orang mempunyai rakan baik dan sahabat, tapi jika sahabat yg mendajalkan kita macamana?Ada seorang kakak ditempat kerja aku suruh baca salah satu post dlm blog aku.....dan dia kata ada kena mengena dng aku...sebab kakak tu tahu aku tak suka menulis cerita yg mungkin menjatuhkan maruah orang , dan akan menaikkan kemarahan orang lain  ,macamna boleh ada cerita demikian....dan hari ini ada seorang yg aku kenali memberitahu aku tentang cerita ini dan memberitahu aku yg dia marah kerana cerita itu mcm kisah hidup beliau, lagilah aku pelik....dan akhirnya.......

Aku baru aje baca salah satu post dlm blog aku yg bertajuk Makcik Ami....Adoi ...Macamana ada cerita ini padahal aku tak menulisnya... aku rasa hanya seorang yg tahu no akuan blog aku  ., Akhirnya aku menalipon rakan aku Nadia dan dia mengaku dia yg tulis ...Aku tahu dia tahu password blog aku...Kenapa dia sanggup dajalkan aku....Sakit betul hati aku dibuatnya.

Ada jugak kawan macam ni, Aku telah menukarkan password aku dan aku sungguh menyesal mempercayai dia.Kerana sebelum itu dia kata hanya nak tengok aje . Kenapa dia sanggup buat demikian apa yg dia dapat, cerita itu bukan sahaja menyakitkan hati orang lain tapi org yang aku kenali jugak...Macamana aku tak terperasaan dan tidak membaca  post itu.....

Aku minta maaf pada sesiapa yg terbabit yg aku kenali dan tidak aku kenali...atas tajuk post itu...
Nadia beritahu kisah tu kisah mak saudaranya dan dia tengah bengang dng makcik dia kerana makcik dialah hubungan dia dng teman lelaki dia putus.. tapi tak kanlah blog aku jadi sasaranya nak meluahkan apa yg terbuku dihatinya...Bagi aku dah orang tak sudi biarlah kumbang bukan seekor , bunga bukan sekuntum.....( orang macam ni pun ada dlm dunia ini )

Aku akui aku ni memang lembut hati., marah pun tak lama jadi senang2 dia pijak kepala aku...
Aku harap Nadia sedarlah , awak tu muda dan cantik ramai lelaki lain akan suka pd awak., Tak payah fikir pd org yg tak sudi. Dan aku harap nadia sedar apa yg dia lakukan ini salah , Kerana cara dia meluahkan rasa hati dia tu buat aku yg dapat nama busuk........INGATLAH NADIA  YOU DO NOT REPLY IT IS WHO BENEFITS THAT NOT ONLY corrupt degrading OTHER PERSON BUT YOU OWN PERSONAL..

Buat masa ini biarlah aku memikirkan persahabatan kita, bagi aku Sahabat tak akan menjatuhkan  maruah sahabat yg lain dan tak akan memalukkan sahabat yg lain, malah dia sanggup berkorban walau nyawa dia tergadai..

Disaat ini aku teringatkan sahabat karibku yg pergi meninggalkan aku, tiada sahabat sebaiknya...
Al Fatihah buatmu sahabat ku ( Shahriza )...

1 comment:

Anonymous said...

Pearl ,zaman sekarang susah mencari rakan sejati, org kata kawan ketawa ramai . Kawan menangis susah dicari...