Wednesday 26 February 2020

Apam mekar

Apam Mekar๐Ÿ˜Š

Ni resepinya...

Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
Satu sudu besar ovalette
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air ice cream soda
2 cawan tepung gandum

Cara-cara:
Pukul telur, ovalette, gula dan esen vanilla sampai pekat dan kembang. Betul2 kembang tau. Biar bertanduk gitu. Pakai mixer baru cantik. ๐Ÿ˜€ Lepastu masukkan air ice cream soda dan mixer lagi sampai sebati. Dalam 30 saat gitu. Lepastu masukkan tepung gandum perlahan-lahan. Ni kaup balik je. Jangan mixer. Nanti apam jadi padat dan keras lepas masak. Bila adunan dah siap, bahagikan kepada warna-warna kesukaan anda. Dan masukkan dalam cup saiz sedang2. Ikut kreativiti la nak dapat kelopak macam tu. Kukus dengan API KUAT selama 10 minit. Penutup periuk kukus balut dengan kain batik. JANGAN buka penutup hingga sampai waktu, takut nanti kembang tu menguncup malu. ๐Ÿ˜‚ Dan MESTI guna api kuat kalau nak dia merekah macam tu. Dan kalo nak dia merekah sampai keluar cup tu, korang bohlah banyak sikit dalam cup tu.

Untuk adunan ni, kalau pakai cup macam dalam gambar, dapat 18 cup. Dan jangan risau. Sis punya tak manis sangat. Kalau nak kurang lagi manis, 1/2 cawan gula cukup. 

Sedikit tips yang Sis baca daripada blog2 orang:
1. Masa kukus air mesti dah mendidih betul.
2. Guna api kuat. Supaya apam merekah. 
3. Air soda tu mesti yang baru. Jangan yang dah buka. Nanti gas tak cukup. Tak kembang. 
4. Ovalette check. Takut dh expired atau rosak. 5. Guna cup kecik dan keras sikit supaya tak lembut bila dikukus. Kalau cup melembut, nanti apam tak naik. 
6. Pukul telur, ovalette, dan gula mesti gebu segebunya. Seeloknya pakai mixer. Kalau pakai blender, susah nak dapat gebu ala2 meringue tu. 
7. Masukkan tepung slow2 dan kaup balik saja. Jangan mixer. Kalau over mix, nanti lepas masak, apam jadi keras sebab padat sangat. 
8. Balut penutup periuk kukus supaya wapair tak menitik atas apam. 
9. Jangan buka penutup periuk kukus nak check2 dalam tu. Buka hanya lepas 10/11 minit. Kalau awal sangat buka, apam yg dh merekah tu akan turun balik.

Ni je yg Sis ada baca. Petua lain korang boleh search lagi. Harap jadilah ye. ๐Ÿ˜‚

Sunday 16 February 2020

roti boy Mexico bun

Hari ini teringin sangat nak buat roti  .maka terhasilah roti ini Roti Mexico boy.. .yummy dapnya๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

kelas roti 16/2 ๐Ÿž๐Ÿž๐ŸŒญ๐ŸŒญ๐ŸŒญ

Alhamdulillah, siap kelas roti Hari ini.Terima kasih Sara dan yati join kelas roti Hari ini.

tanamanku

Alhamdulillah, mengisi masa lapang Dan akhirnya membuahkan hasil๐Ÿ˜

Sunday 2 February 2020

kelas roti/ donut kembali lagi๐Ÿ•๐ŸŒญ๐Ÿฅž๐Ÿฅ๐Ÿž

Assalamualaikum    , kelas ulangan hand on       

Mari sertai kelas kami, seperti butiran di bawah.

Terhad kepada *10 PESERTA sahaja* 

*KELAS ANEKA ROTI / DONUT BOMBALONIS

๐Ÿฎ *kINI datang lagi!!* ๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ

*Wah belajar 4 jenis roti/ donut yang ohsem!*

Jom Belajar Mudahnya Buat BUN/ROTI /DONUT@ kelas/bengkel  Hands on๐Ÿฎ. 

Selalu buat roti/donut tak jadi?๐Ÿ’†๐Ÿป
Anak tegur roti /donut keras? Siap boleh baling ke dinding sekali..adudu..sabor jerlah.๐Ÿ˜“

Jom kita belajar bagaimana nak menghasilkan roti/donut yang lembut dan super gebu gebas.

Konfirm cik abang dan anak-anak suka dan seronok. Silap-silap order masuk setiap hari..๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Jom, kita ada kelas roti/donut yang terdekat  puan -puan berminat nak join dan disayangi suami boleh check this out k.๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

COACHING SAMPAI JADI
                   ⬇️
*KELAS ROTI & KEK SPECIAL *
BELAJAR   4JENIS ROTI/DONUT

๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ

Menu๐Ÿฅ–๐Ÿฐ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ๐Ÿฅช๐Ÿฅช๐ŸŒญ๐ŸŒญ๐Ÿฅ๐Ÿฅ๐Ÿฅ–๐Ÿฉ

๐Ÿฅ™ BUN CHICKEN FLOSS

๐ŸŒญ BUN SOSEJ

๐Ÿฅž BUN KACANG MERAH

๐Ÿฅ–BUN SARANGLEBAH  atau

๐Ÿž๐ŸŒญ๐Ÿฅช BUN PILIHAN

Ataupun hand on

๐Ÿฉ๐Ÿฉ DONUT GEBU

๐Ÿฉ๐Ÿฉ BOMBALONIS TIGA PERASA

 ๐Ÿ—“️ Tarikh : 8/2/2020 dan 9/2/2020

๐ŸšTempat : Tbg 112 Kampung kuantan Klang

⏰Sesi pagi:-9.00am-12.00pm

⏲️Sesi petang:2.30pm-6.00pm

๐Ÿ’ธYuran : RM60 sahaja

Secure Booking Rm20
๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ
#Balance Yuran Kelas semasa pendaftaran

#Kanak-kanak yang join akan dikenakan bayaran.

#Kelas hands on

#Nota di sediakan

#Hasil Roti di bawa balik

#Semua peralatan di sediakan.. Hanya perlu hadir ke kelas kami seperti yang di tetapkan.

*Hubungi segera atau pm kami

➡ Kelebihan Kelas Bersama Kami ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

√ 100% Amali 
√ 100% Bahan mentah disediakan 
√ Peralatan disediakan
√ Khidmat Nasihat berterusan
√ Resepi berkaitan diberikan
√ Jaminan 100% anda boleh mahir
√ Bawa pulang produk anda
๐Ÿฅช๐ŸŒญ๐Ÿž๐Ÿฉ๐Ÿž๐Ÿž๐Ÿž๐Ÿž๐Ÿž๐Ÿฅ๐Ÿฅ๐Ÿฅ๐Ÿฅ๐ŸŒญ๐ŸŒญ๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿฅž

๐Ÿ‘‹๐ŸผJom kita daftar segera❗
Lambat pasti melepas.. 
๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ๐Ÿž๐ŸŒญ๐ŸŒญ๐Ÿœ๐Ÿ

Berminat  pm atau wassup no dibawah๐Ÿ‘‡

tarikh tutup penyertaan 7/2/2020

*Terima Kasih*๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ
Hubungi Zaimah-0126307161๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ๐Ÿž๐ŸŒญ
*