Thursday 31 December 2009

Selamat tahun baru 2010....


Tahun baru tahun baru datang dan pergi,
Seperti kita menjalani kehidupan, setiap detik dan menit, Kita tahu kita hak istimewa untuk Anda di dalamnya.
Penghargaan kami tidak pernah berakhir Berkat-berkat terbesar kami:
keluarga kami dan teman-teman. Kenangan Pahit manis sentiasa dlm ingatan.
Happy New Year!

Wednesday 23 December 2009

Korea lagi...




Boys over the flower vs meteor garden vs Hana yori dango..

Taiwan vs Korea vs japan...

korea lagi...


Winter sonata....

Drama korea.


Tengah gila ni, bukan gila apa tengah syok tengok drama korea.
Dulu drama wintar sonata, sekarang boys over the flower.

Gambar lagi...

Pertunangan adik....




Ahad adalah pertunangan adikku Shamsiah.
Majlis tu dibuat di rumah sewaku atas sebab Banjir dikg.
Majlis tu dibuat sederhana shj.pakcikku yg mewakili
keluarga ku kerana ayahku x dpt menghadirinya.

Barang2 hantaran tu kakakku yg bersusah payah menggubahnya.

Sunday 13 December 2009

Sakit jugak.....

Sabtu aku pergi track di Stadium Sultan Sulaiman
utk berjogging dan nak tau tumit kaki aku sakit atau pun tak.
ketika berjalan tak lah terasa sakit.
Tapi bila aku cuba berlari tiba2 tumit aku terasa nyilu
dan perit.Aku cuba berjalan tapi terasa sakit. Masa tu dah
aku buat 5 laps . cuba berjalan laju dan harap sakit tumit aku
tak menganggu aku.

Dapat buat running sebanyak 12 laps anggaran 4km.
Aku cuba untuk buat 7km.Cuba berjalan lagi
tapi tumit aku dah tak dapat mananggung beban lagi.
Akhirnya aku berhenti dan duduk ditepi pagar.
Bila masjid berhampiran stadium mula mula mengaji dan
menandakan waktu magrib dah nak masuk aku berjalan
keluar dan pergi kekereta dan pulang kerumah...

Baru...

Baru aje menghabiskan novel karya Qasih Qaisara dan
Bikash Nur Idris.Sambil tu aku mendengar lagu Modern Talking
dan lagu kenangan dari Razis ismail dan jay Jay.
(Memori Hit Jay Jay , Memori Hit Razis ISmail.
Bila mendengar lagu ni teringat aku Kisah dulu2
ketika aku belasan tahun.

Plan hari jika hari x hujan aku nak pergi track
di Stadium Sultan Sulaiman Klang.
Nak cuba berlari jika tumit kaki aku sakit atau
pun tak....

Picture


Gambar dng bekas rakan2 sekolah rendah kebangsaan Ampang.(PERKASKA)

M00D


Tak mood betul hari ini....

Sunday 6 December 2009

Kenangan dulu....


ketika aku membelik dan melihat album lama aku terlihat gambar
persekolan aku ketika form 1 dulu...Teringat aku zaman 2
Ada pahit , manis dan sebagainya.

Thursday 3 December 2009

Kenangan....

Teringat aku zaman sekolah dulu. Bila aku melihat album aku terpandang 
gambar semasa aku sekolah menengah dulu....Banyak  kenangan pahit manis ketika ITU..sekarang semua sudah berubah..masing2 ada tanggunjawap mereka sendiri.berkeluarga Dan mempunyai anak..Rindunya dng mereka semua..Sahabat walau dimana pun kamu berada dirimu tetap dikenang sehingga akhir hayatku ..

Sunday 29 November 2009

Berjaya....

Aku baru aje dpt menghabiskan membaca 2 buah novel,
Karya Bikash Nur Idris ( Cinta Datang Lagi ) dan Aisya Sofea
( Yang Sebenarnya.) Sebelum tu aku menonton Vcd Cerita
Upin dan Ipin (GENG PENGEMBARAAN BERMULA .....)

Selepas hujan berhenti kira2 pukul 6 ptg gi track di
stadium Klang dan buat larian sebanyak 5 laps sebelum bang
Mangrib. Tumit Kaki aku x sakit ketika berlari dan berjalan...

Thursday 26 November 2009

Monday 23 November 2009

kesulitan

Dah tiga minggu aku tak training, Tumit kaki aku sakit dan
nak jalan pun seksa. Aku pergi jumpa doktor dan check serta Xray tumit kaki
aku tapi tak ada pun apa2 masalah. Semalam Aku gi trak cuma lihat dan jalan2 aje.

Sunday 8 November 2009

Tengkujuh......

Hujan, hujan, hujan......? Pagi , petang , siang , malam hujan.
Aku pone mak aku di kampung pun hujan. Dng musim ni dan hujung tahun
memang hujan. Mak aku cakap kawasan dikampung dah naik air.
Risau gak aku. Batuk dan selsema aku belum baik lagi.
Aku harap tak ada apa2 yg berlaku.

Saturday 31 October 2009

Gambar persandingan.

Dah lama aku tak update blog aku.Dng kesibukkan
kerja aku, barulah hari ini aku berkesempatan
untuk aku menulis. Ingat hari tu dapatlah
aku sertakan gambar adikku berkhawin pada hari raya ke5
24 sept 2009 tapi ada masalah pulak.

Thursday 10 September 2009

UCAPAN

Dah lama juga aku tak tulis blog aku,
Aku harap tak terlewat untuk aku ucapkan
selamat berpuasa dan salam mubarak....

Dan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri,
Maaf ZAhir dan Batin yg akan menjelang
tiba tidak lama lagi....

Thursday 2 July 2009

Langkah kiri.......

Hari rabu aku balik awal dari kerja, so aku dng kawan2 aku plan nak gi
tengok wayang . kawan aku cadangnya tengok cerita Transfomer, kami ok aje.
Kami keluar dari tempat kerja pd pukul 5.30 ptg. Sampai di JJ bukit Raja Dlm pukul 6.00 ptg.
Aku lihat ramai jugak org , mungkin mereka pun sama dng aku nak tengok Wayang.
Bila sampai turn kami , Aku pun minta 3 tiket dan tapi malangnya tiket dah habis
jadi kebetulan dah sampai kami semua pergi makan direstoran makanan segera KFC .
Dan bercerita dng kawan2 aku tak nak lagi dtg bila ptg tanpa merangcang dulu.
Selesai makan kami terus bangun untuk pulang kerumah.
Malang betul Langkah kiri rupanya kami semua.... Buat Jay i am sorry about that?

Tuesday 30 June 2009

letih

Dah lama aku tak update blog aku...Hari ini aku balik awal,
badan penat sangat, singgah diKlang kejap dan aku parking kereta aku
di sekolah cina yg berhampiran dng kedai keranda, Jalan terlalu sesak.
Ingat nak beli barang keperluan harian aku. Aku lalu la satu kedai dulu
ia sebuah restoran tapi ni ditukarnya jadi money changer. Ada seorang lelaki dng risalah
ditangannya, Dan menegur aku dng bahasa indonesia, hantar ongkos keindonesia ya kak.
Aku berhenti dan berkata , Hello Muka saya ini ada muka orang sana ke?
Org tu terkebil2 dan berkata maaf ya kak .
Aku pun berjalan terus dan sambil tu tersenyum dan berkata dlm hati aku
macam2 org ni....Aku yg begini comel dikatanya minah indon.. huhuhu...

Naik ke Maidin kejap dan aku beli barang aku dan terus gi kat kauntar dan bayar
barang2 aku sebanyak rm 69.80. Esok kerja lagi , adoi penatnya....
Sampai rumah aku terus mandi dan Ingat nak baring2 kejap......tapi zzzzzzzzzzz

Tuesday 9 June 2009

Boring

Dah lama aku tak blogging, hari ini aku ambik cuti ingat nak
uruskan urusan aku yg penting. Pagi tu aku pergi Ampang
dirumah pakcik aku, hampa dia keluar hanya jumpa makcik aku aje.
Jadi aku meronda la kejap sebelum aku balik ke Klang.
Sampai diKlang kira2 pukul 11 pagi. Pergi uruskan urusan aku
dan terus keMaybank Klang untuk Bayar bil dan kereta.
Petang ingat nak ketrack diStadium Sultan Sulaiman Klang.
Esok dah kerja semula. Adoi malas rasanya......

Wednesday 6 May 2009

HARI IBU.

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 DAN BAKAL IBU.
PADA BONDA TERCINTA DAKU UCAPKAN SELAMAT HARI IBU.
JASA MU PENAT LELAHMU AKAN KU KENANG SEHINGGA
AKHIR HAYATKU. i LOVE YOU SO MUCH MOM.

Saturday 21 March 2009

Apa itu cinta?

Setiap manusia dimuka bumi ini memerlukan cinta dan kasih sayang.
Cinta dan kasih kepada tuhan , kepada ibu bapa, kepada saudara dan kepada
orang yg tersayang serta kepada kawan2. Mungkin juga perasaan kita pd
org yg berlainan jantina. Baru2 ini seorang rakan aku memberitahu aku tentang
perasaannya pd seorng lelaki dan kekesalanya. Dia memberitahu aku rasa
sakit hatinya , rasa kekecewaannya dan rasa marahnya dan sayangnya.

Dia beritahu aku kenapa dia memulakanya persahabatanya, jika tak
semua perkara itu tak akan berlaku dan tak akan menerbitkan
perasaan sayang dihatinya. Lagi pun kenapa lelaki itu membalasnya
jika hanya utk menyecewakanya. Aku penat berfikir?
Ada sekali Kawan aku bawa aku ketempat dia & lelaki itu beriadah,
Memang mereka diketegorikan pasangan yg ideal. Memang aku tak menafikan
lelaki itu seorang yg baik dan kawan aku seorang gadis yg lembut, menawan
serta baik dan santun. Aku sendiri pun tak faham , perasaan kasih sayang
ini terlalu komfliks, Kawan aku memberitahu aku lelaki itu anak emas emak,
Menyikut kata ibu , tapi sampai sekarang tak terikat dengan gadis pilihan
ibunya, tak tahu kenapa. Tak salah jika kita ikut dan aku tak menafikan
syurga dibawah telapak kaki ibu. Kasih ibu bawa bahagia.

Aku hanya memberitahu kawan aku bersabarlah dan mungkin kasih
yg tak kesampaian itu ada hikmahnya. Kita masih ada kasih kawan2
kasih sayang saudara dan yg penting kasih ibu bapa .

CINTA ITU TERLALU KOMPLIKS DAN TAK TERFIKIR
OLEH AKAL FIKIRAN KITA. MASIHKAH ADA KASIH SAYANG
YG SUCI DAN TAK TERGUGAT OLEH HARTA KEKAYAAN DUNIA.


Tuesday 3 March 2009

Brithday party

YESTERDAY IS MY BRITHDAY , THANKS TO MY DEAR FRIENDS. WE ARE TO SUPRISE FOR ME TO BRITHDAY PARTY AND CAKE. THANKS TO KAK. B. THANKS FOR EVERYTHING.I LOVE YOU ALL. :-)

ucapan.

Terma kasih yg tak terhingga kepada rakan2 yg memberi ucapan
hari lahir pada aku. lebih-lebih lagi kepada rakan2 perkaska.
Thanks a lot.Em umur dah meningkat dah.
Btw Thank you so much..... I love you all....

Sunday 15 February 2009

kakak tersayang


bersama kakak tersayang.


Bersama rakan2 dan guru.


Dato' Normaziah memulakan

acara.

picture



Disamping rakan2 sekolah.

kehilangan dan pertemuan semula.

Hari ahad 1 Feb aku mendapat berita yg nenek saudara
aku meninggal dunia pd malamnya. aku dapat tahu dari kakak aku.
Tengahari tu aku sekeluarga pergi ke Ampang menziarahinya.
Disana aku berjumpa saudara yg lama tak bertemu muka.
Kami balik dari sana kira2 pukul 6.00 ptg . Alfatihah buat arwah.
Sampai dirumah dalam pukul 6.45 ptg.pergi track sekejap.

7 Feb Kelab aku membuat perjumpaan sekolah dalam pukul 3.00 ptg.
Bertolak dari rumah dalam pukul 1.30 ptg.
Sampai disana pukul 3.00 ptg, lihat belum ramai yg sampai lagi.
Tunggu ketibaan rakan2 sampai pukul 4.00 ptg. Majlis bermula
dalam pukul 4.30 ptg. berjumpa dengan kawan 2 dan mendaftar diri.
Jumpa dengan Cikgu Mat Ali dan Cikgu Zabedah yg telah menjadi
guru besar disitu. Sampai dirumah klang
dalam pukul 6.45 ptg . Majlis habis kira2 pukul 7.00 mlm.

Thursday 29 January 2009

Boring.

Hari ini aku tak berkerja, so aku ingat petang tu aku plan nak pergi
jogging di stadium di klang. Tengok langit mcm nak hujan. Ptg plan aku bertukar.
Petang aku menunggu abang ipar aku utk hantar kereta aku di bengkel.
Aku bosan sangat tak tahu apa nak buat. Novel aku yg baru dibeli dah
habis aku baca . Hai baik aku tido... sekejap.zzzzzzzzzzz

Sunday 25 January 2009

Wish

Tomorrow is Chinese New Year.

I wish Happy Chinese New Year to all of my friends.

Saturday 24 January 2009

Hari yg teruk.

Yesterday was just incredibly stressful and exhausting! I had a very bad day on the wrong day!
Hari ini mcm2 perkara teruk berlaku pd aku, Kereta aku kemalangan
dan bamper nya rosak teruk , hai nasib tak baik betul aku hari ini.
Dan nyaris2 aku tak jatuh gaung. umur aku dipanjangkanya oleh yg esa.
Syukur aku bersyukur sangat2 tak tahu aku nak cakap apa.

Fobia aku rasa bila aku nak memandu takut pun ada.
Tapi aku tahu aku mesti hadapi ini semua, Kalau diingat balik aku rasa takut pun ada .
HIDUP MESTI DITERUSKAN.HADAPI INI SEMUA DENGAN PENUH KETABAHAN DAN KECEKALAN.

Tuesday 6 January 2009

Post # 3 jan - 5 Jan.

Sabtu -HUjan turun dng lebat dari dari pagi hingga pukul 12 tngh.
Tengahari tu aku pergi Jaya Jusco Bukit Raja Dng adikku bila hujan berhenti.
Disana aku masuk di popular book store dan membeli sebuah buku .
pukul 5.30 ptg aku pergi track di stadium klang dan berlari sejauh 3 km.
bila terasa lutut aku sakit aku berjalan aje. Ahad ni nak hantar adikku Nur'ain
balik ke Unisel selepas cuti tahun baru selama 4 hari.

Ahad -Dalam pukul 12 tnghri aku dan adik2 ku pergi hantar Nur'ain balik ke universiti.
Jalan ke Unisel teruk tak tahu bila akan siap.Jalan belum habis lagi
diturap dng tar.Sampai dirumah kira-kira pukul 4 ptg. tengok langit macam nak hujan.
hujan turun dng lebat dan berhenti dlm pukul 5.30 ptg.

Sampai dirumah kira-kira pukul 4 ptg. tengok langit macam nak hujan.
hujan turun dng lebat kira2 pukul 4.30 ptg dan berhenti dalam pukul 5.30 ptg.

Aku pergi track di Stadium klang dan sampai di sana dalam puku 5.50 pyg.
Berlari dan berjalam selama 1 jam setengah dan pulang kerumah dalam pukul 7 mlm.

Isnin-Aku keluar hari ni dan plan nak pergi K-L atas urusan peribadi.
Balik tu aku singgah sembahyang di masjid asy'syakirin di klcc.
SEbelum tu aku sempat singgah di kinokuniya book store di klcc.
Dan beli sebuah novel bertajuk cinta seorang lelaki terbitan NB kiara berhad.
Dalam pukul 6.30 ptg aku pergi di Lrt dan aku lihat terlalu ramai orangdan kebanyakkannya
pulang dari kerja.Sampai di station bas kl aku mengambil bas city liner dan aku melihat seorang
lelaki tua yg buta matanya dng membawa barang yg sarat nak menaiki bas
yg menuju kearah Klang. Aku hanya berdoa semoga tuhan merahmati beliau.
Hai esok aku dah mula masuk kerja, malas betul rasanya tapi aku dah rindu dng kengkawan.





Thursday 1 January 2009

Hari yg pertama.

Hari ini tahun 2009 bermula , umur semakin bertambah.
Aku tak buat apa hari ini, petang aku plan nak berlari lebih dari biasa.
Selalunya aku berlari sebanyak 4~5 laps lebih kurang dlm 3km.
Aku baru aje habis baca laman blog rakan aku krunner yg pergi brcuti di Sri Lanka
selama tiga minggu.

Aku baru aje habis baca buku karya Norhayati berahim penulis yg aku minati.
Muzik yg didengar best of kitaro .