Saturday 25 September 2010

Kemalasan melanda..

Dah lama tak tulis entry  baru, Hari ini pun sama jugak tak tahu mengapa , boring , nak buat apa2 pun malas...kenapa hati macam ni...huk huk huk...tunggu ajelah bila kerajinan datang...

Wednesday 15 September 2010

perjalanan yg panjang..

Isnin  13  Sept...  Alhandullillah akhirnya aku selamat sampai kerumah di Klang Selangor kira2 pukul 1 pagi, setelah menempuh perjalanan yg panjang lebih kurang 14 ke 15jam. Kami bertolak dari rumah Kelantan dalam  pukul 10.30pagi.

Dari pasir Mas dan Tanah Merah Jamed teruk , kereta bergerak perlahan2 sehingga Sampai ke Kuala Krai pun sama jugak, Tak perhah lagi Gua Musang Jamed .Tapi hari itu tercatat sejarah jamed sehingga nak sampai ke bandar Gua musang. Dari sana Singgah Shell Petronas isi Minyak kereta dan terus kemasjid untuk berehat sebentar dan menunaikan solat. Dan kami bertolak kira2 pukul 6.30ptg. sehingga nak sampai merapoh kereta bergerak perlahan....Selepas merapoh barulah kereta yg kami naikki bergerak lancar .
Sampailah Ke Jalan Highway Karak..
Syukurlah tiada apa2 ygf berlaku pd kami sepanjang perjalan itu...

Hari Raya hari itu seronok sangat, dapat berjumpa sanak saudara dan ayah bonda,
Raya pertama ,  tak pergi mana2 ramai saudara mara datang berkunjung kerumah sehingga malam.
Raya kedua   baru lah berkesempatan pergi kerumah Makcik dan pakcik saudara.
Raya ketiga   berihat kat rumah aje.

Monday 6 September 2010

Perjalanan..

Esok bermulalah perjalanan aku ke kampong halaman ku KELANTAN DARUL NAIM . Perjalanan ku bermula  selepas berbuka puasa ( Mahgrib ) . Kereta akan dipandu oleh adikku. Cuti aku bermula pd 8 Sept sehingga 14 Sept .Perjalanan dianggarkan selama 8 jam ..... Tak tahu pukul berapa kami akan sampai.....
 Tunggu entri seterusnya ..... DISINI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENYUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Saturday 4 September 2010

LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN.

Ada seorang lelaki yg memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa MUSA  faham bahasa binatang, dia merayu  MUSA  supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar , lelaki itu memgunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda  bahawa kuda itu akan mati tak lama lagi, lelaki itu segera menjual kudanya untuk menyelakkan kerugian.

Beberapa ketika kemudian  , dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan  memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati . Jadi untuk mengelakkan kerugian , lelaki itu  menjualkan keldainya . Selepas peristiwa itu , sekali lagi ayam jantan berkata2 dengan binatang lain, kata ayam jantan , bahawa hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi . Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat menyelakkan kerugian. Dia gembira dng tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yg ada padanya, - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.

Satu hari , lelaki itu terdengar pula ayam jantan itu berkata kepada anjing bahawa dia  - tuan mereka pula akan mati . Dalam ketakutan lelaki itu pergi menjumpai  MUSA dan meminta nasihat.
Kata MUSA   "sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula "
 Fahamilah ajaran cerita ini : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yg paling besar - diri kita sendiri.

                                        Sabda Rasulullah S.A.W :

    Yang amat ku takuti atas kamu ialah syirik yg paling kecil ( halus yakni Riya )


           
                                  Doa mohon Dijauhi Syirik

 Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau ,
                  dari menyekutukan  Engkau dengan
             sesuatu apa jua pun yang kami tahu sendiri dan
kami memohon ampun daripada Engkau apa yang kami tidak ketahui ;

              Firman Allah s.w.t. AL-Ra'ad , ayat 9 :

9. ; Dialah yang mengetahui perkara2 yg ghaib dan
yg nyata ; ( Dialah jua ) Yang  Maha Besar  lagi Maha Tinggi
             ( Yang mengatasi segala-galanya )
                                

Friday 3 September 2010

Ramadan oh Ramadan...

Sedih rasanya  bila mengingatkan puasa dah penghujung hari, mungkin dalam 4- 5 hari mungkin kita semua akan menyambut bulan syawal. Tak tahu bila akan bertemu lagi......huk huk huk ...
DISINI AKU MENYAMBIL KESEMPATAN MENYUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.......

IBU TUNGGULAH KEPULANGAN ANAKMU INI....





BALIK KAMPUNG OH OH OH BALIK KAMPUNG....

Sudirman - Balik Kampung


Hayatilah , dan selamat balik kampong dan hati2 dalam perjalanan.....
Salam Aidil Fitri....