Saturday, 4 September 2010

LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN.

Ada seorang lelaki yg memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa MUSA  faham bahasa binatang, dia merayu  MUSA  supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar , lelaki itu memgunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda  bahawa kuda itu akan mati tak lama lagi, lelaki itu segera menjual kudanya untuk menyelakkan kerugian.

Beberapa ketika kemudian  , dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan  memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati . Jadi untuk mengelakkan kerugian , lelaki itu  menjualkan keldainya . Selepas peristiwa itu , sekali lagi ayam jantan berkata2 dengan binatang lain, kata ayam jantan , bahawa hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi . Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat menyelakkan kerugian. Dia gembira dng tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yg ada padanya, - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.

Satu hari , lelaki itu terdengar pula ayam jantan itu berkata kepada anjing bahawa dia  - tuan mereka pula akan mati . Dalam ketakutan lelaki itu pergi menjumpai  MUSA dan meminta nasihat.
Kata MUSA   "sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula "
 Fahamilah ajaran cerita ini : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yg paling besar - diri kita sendiri.

                                        Sabda Rasulullah S.A.W :

    Yang amat ku takuti atas kamu ialah syirik yg paling kecil ( halus yakni Riya )


           
                                  Doa mohon Dijauhi Syirik

 Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau ,
                  dari menyekutukan  Engkau dengan
             sesuatu apa jua pun yang kami tahu sendiri dan
kami memohon ampun daripada Engkau apa yang kami tidak ketahui ;

              Firman Allah s.w.t. AL-Ra'ad , ayat 9 :

9. ; Dialah yang mengetahui perkara2 yg ghaib dan
yg nyata ; ( Dialah jua ) Yang  Maha Besar  lagi Maha Tinggi
             ( Yang mengatasi segala-galanya )
                                

3 comments:

Zaimah Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sebab itu kita jangan mendengar kata org lain , mcm kita memperbodohkan diri kita sendiri...


Anuar

Raihan said...

kita tak boleh mendengar kata orng yg tak semestinya betul...mcm tilik itu semuanya syirik,,,