Monday 24 March 2014

Kisah Malam itu



                                Alhamdullillah, berakhir sudah majlis perkahwinan anak kak Ita, Gambar
                                        yang diambik pada mlm itu dengan tema Bollywood..

                                                                                       Daughter with mother

                                                                  Nur Fatin Balqis and Siti Nur Faridah

Saturday 22 March 2014

Penantian

Diluar kedengaran hujan turun, plan nak gi Meru gi rumah kak Ita meraikan perkahwinan anaknya.
Tunggu la anak buah bertuahku Balqis datang ambik..Tak tahu pukul berapa dia nak datang  ambik.
Harap hujan tak la lebat sangat..Mudah2an lancar segalanya..


Cinta Yang hilang - Norhayati Berahim


Mestika adalah anak kepada seorang pensyarah motivasi yang terkenal tetapi dia tidak suka menonjolkan dirinya. Dia lebih akrab dengan ibu dan Tok Pit. Dia rasakan ayahnya tidak pernah mempraktikkan apa yang di ajarkan dan banyak amalan ayahnya bersanggah dengan akidah. Akhirnya, ayahnya berkahwin lain dan ibunya diceraikan. Dirinya dan Tok Pit telah dihina semasa menghadiri majlis persandingan ayahnya. Dia kecewa dengan ayahnya dan pilihan ayah. Selepas itu, dia diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Belgium. Tok Pit yang bersungguh-sungguh menggalakkan dirinya untuk keluar negeri. Dua tahun dia belajar di sana. Di sana Mestika ketemu dengan Bagus, pemuda yang sedang melanjutkan Phdnya. Bagus pernah berkahwin tetapi bekas isterinya telah menduakannya. Bila ketemu Mestika, luka hatinya berakhir. Mestika amat sederhana orangnya tapi hatinya selalu memikirkan orang lain. Suatu hari Mestika ketemu dengan Datuk Salmah yang meminta pertolongan Mestika untuk menolong menarik balik anaknya, Rosie, yang ingin berkahwin dengan orang kafir. Mestika rasa dia bertanggungjawab untuk menolong Datuk Salmah sebagai seorang Islam. Bagus pula rasa dia lebih mudah untuk mendekati Rosie. Dalam diam Mestika rasa terluka dengan hubungan Bagus dan Rosie lalu salah sangka. Dia merajuk lalu meninggalkan Belgium tanpa jejak. Bertahun kedua mereka menderita kerana menanggung rindu. Atas desakan keluarga dan untuk melepaskan diri dari orang yang tak disukai, Mestika terima lamaran dari teman ibunya. Dia ke Belgium untuk kali terakhir. Disitu dia ketemu Bagus. Tapi hatinya terluka kembali bila Bagus menyatakan dia akan bernikah tak lama lagi. Mestika dan Bagus reda bahawa mungkin mereka tidak berjodoh. Di hari pernikahan mereka, Mestika amat terkejut bila dapati bahawa Bagus adalah suaminya. Mereka mulakan hidup baru. Ibu Mestika pula telah dengan rela hati mempelawa untuk menjaga anak-anak bekas suaminya yang cacat. Namun bekas suaminya itu masih belum betul-betul insaf walaupun telah ditazkirah oleh Tok Pit. Ibu Mestika menasihatkan dirinya untuk pulang ke isterinya..



Cinta adalah satu desah dalam nafas manusia, Manusia memerlukan ungkapan cinta bagi mereka perasaan , perhatian dan tangungjawap   itu gambaran rasa cinta.Setengah pula lebih mementingkan ungkapan kerana tanpa kata manis. Cinta itu seperti tidak cukup ramuannya. Apapun tafsiran , gambaran tentang cinta , sakit bukan sesuatu yang mudah untuk diatasi. Ada manusia berusaha untuk mencarinya semula dan ada yang membiarkan sahaja cinta itu pergi dan mengambil jalan memcari pengantinya. 
Cinta ....
Bahasa ringkas yang penuh makna sering gisar untuk meluahkan . Bukan takut bersuara tetapi takut mendengar jawapannya...    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       (   DARI NOVEL CINTA YANG HILANG - NORHAYATI BERAHIM )

Lempeng

Bangun hari ini terdetik jugak hati sedapnya makan lempeng, tak kira letak kelapa atau kosong. Dah lama tak makan lempeng , jemu makan nasi hari ni buat pulak lempeng makan dengan sambal bilis..
Jadi pagi ini terus aku buat lempeng dan sambal bilis..sedapnya.


Thursday 20 March 2014

Novel Semanis Gula  Kapas karya Kak Norhayati Berahim adalah sebuah karya yang berbeza daripada karya-karyanya yang terdahulu. Tidak tahu mengapa saya merasa menjadi seorang pembaca yang mengkhianati diri sendiri dan melangkaui bacaan dengan menyelak beberapa halaman terakhir . Okay..saya tahu saya belot dan tidak adil kerana menipu dengan melihat pengakhiran watak budak comel bernama Aiman. Saya kecewa sebab watak Aiman dimatikan seperti rasa kecewa saya dengan watak Amin dalam novel karya beliau terdahulu iaitu Menunggu keretapi. Namun ketika ini, saat ini, saya telah puas menangis tersedu-sedu kerana watak Aiman ini. Pengakhiran yang sedih bila terungkap segala tandatanya dengan pertemuan emak Syed Khaled dengan keluarga Nurin. Saya sedih dengan perginya Aiman sebelum sempat dipertemukan dengan Mak Mah dan Nurin. 
Walau saya sakit hati watak Aiman dimatikan, namun pengakhiran cerita dengan kebahagiaan keluarga ini menjadi penawar. Apa lagi bila Aiman tidak dilupakan , malahan menjadi kesayangan semua orang.
Novel ini masih berlatarkan keluarga bahagia , cara didikan dan pergaulan yang lembut, didikan agama yang dititik- beratkan dan nilai kasih sayang. Kita dibawa ke dalam dunia dileksia dan mengasihi anak-anak istimewa ini. Jika saya puas hati dengan novel ini  kenapa tidak anda ? Bahasanya mudah difahami, dan mesej yang disampaikan dekat dengan hidp kita seharian..
 
Kenapa dia tidak pernah berasa gembira ketika bersama Matt? Kenapa hati ini seperti tidak ada rasa cinta? Sedangkan kalau dibandingkan Matt dengan Syed Khaled, Matt lebih tampan. Matt berwajah pan-Asia, sedangkan Syed Khaled biasa-biasa sahaja. Kulitnya tidaklah terlalu putih jika dibandingkan dengan Matt. Hanya sawo matang. Kadangkala bercukur dan kadangkala tidak kalau lelaki itu terlalu sibuk.

Kalau di jalanan Matt dengan Syed Khaled jalan beriringan, pasti ramai yang tergoda dengan Matt, bukannya dengan Syed Khaled!

Namun kenapa hatinya selalu mengingati Syed Khaled.....

Wednesday 19 March 2014

Apakah erti cinta


C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.

Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?  Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.

Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..
Katakanlah “Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.

Cinta yang sebenar-benar cinta!

Pagi yang indah

Alhamdullillah, atas nikmat yang diberi.. Diluar sudah kedenganran azan subuh menendakan sudah masuk waktu solat fardu subuh bagi umat muslimin dan muslimat. 


                                         Selamat pagi wahai sahabat , Selamat pagi MALAYSIA.

Tuesday 18 March 2014

Selamat beradu.


Tangis Tak Berairmata lyrics- Jamal Abdillah

Nak ku nangis tak berairmata
Nak ku rayu pada siapa
Bagaikan lagu tanpa irama


Nak ku nangis tak berairmata
Nak ku rayu pada siapa
Setelah aku serahkan cinta
Engkau cari kekasih yang lain
Biar aku membawa diri yang lain
Dengan hati yang kecewa


Janganlah kau seksa diriku ini
Biar derita ku tanggung sendiri
Mengapakah ini harus terjadi
Dikala cinta sedang bersemi
Mengapa oh mengapa


Dunia ini ku rasa sepi
Tiap hari aku merintih
Aku menangis seorang diri
Kau gembira aku merana
Tinggallah kasih tinggallah sayang
Aku pergi membawa diri..


WISH DULU

Mata dah mengantuk , kepala dah berat , mulut tak berhenti menguap.
Tak boleh tahan dah,.....Gi dulu la ya....

Monday 17 March 2014

Kek Labu gebu.

Sudah terlalu lama aku tak update blog aku, Dengan kengkangan masa dan kesibukan kerja serta badan terlalu penat membuat aku terpaksa melupakan hasrat hati untuk menulis dilaman ini. Baru-baru ini aku mencuba satu resepi yg aku dapat dari satu resepi dari Mat gebu..Thanks so much.
Kek aku gebu dan sedap rasanya. Kawan2 aku pun suka siap mintak resepi lagi.
                             Kek yang sudah masak dan baru keluar dari oven.

            





                                 Kek yang sudah disejukkan dan diletak diatas pinggan.



                                                    
                                RESEPI   "   KEK  LABU MANIS.


1  )   450 gram Labu yg dikopek dan dikukus sehingga masak serta dilenyek.
2 )  250 gram butter atau 1 cawan minyak jagung.
3 )  4 biji telur gred A atau 6 biji gred C
4 )   1 sudu teh garam *
5 )  1 1/2 sudu teh Baking powder *
6 )  1 sudu besar soda baikarbonat *
7 )  2 1/2 cawan tepung gandum  *
8 )  1 1/2 cawan gula castor
9 )  1 sudu teh esen vanilla
10 )  1 sudu besar susu tepung*

Tanda * diayak sebanyak 3 kali .
letak minyak atau butter dengan gula dan pukul sehingga putih dan kembang dengan hand wisk.
Lepas itu letak telur dan pukul lagi  sehingga gebu .
Masukkan Labu yang dilecek dan gaul sehinnga rata dan pukul perlahan.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata .
Panaskan oven dalam 180. 0 C . Sapukan majerin  di sekeliling didalam bekas   dan letakkan tepung gandum serta keluarkan lebihan nya.
 Masukkan adunan tadi  didalam bekas dan bakar selama 50 minit ke 1 jam.
Siap dihidangkan .Lebih sedap jika dibiarkan semalaman dan dimakan keesokan harinya.

SELAMAT MENCUBA.


Friday 14 March 2014

Pray to MH370

 Masih lagi menanti kepulangan penumpang dan anak2 kapal MH370.
Ya allah kaulah yang maha mengetahui.

Sunday 9 March 2014

MUTIARA KATA

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat....

 Cintaku kepada Tuhan kerana kita adalah ciptaan-Nya. Cinta  terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

Monday 3 March 2014

MY EGG TART

Tak sangka kali pertama aku membuat tart telur dan jadi , ia dibantu oleh ibu angkatku.
Thanks ummi.
                                                    Kulit egg tart yg dah siap


                                                                Tart yg dibakar didalam oven


                              Tart yg sudah masak dan disejukkan serta disimpan didalam bekas..