Thursday, 20 March 2014

Novel Semanis Gula  Kapas karya Kak Norhayati Berahim adalah sebuah karya yang berbeza daripada karya-karyanya yang terdahulu. Tidak tahu mengapa saya merasa menjadi seorang pembaca yang mengkhianati diri sendiri dan melangkaui bacaan dengan menyelak beberapa halaman terakhir . Okay..saya tahu saya belot dan tidak adil kerana menipu dengan melihat pengakhiran watak budak comel bernama Aiman. Saya kecewa sebab watak Aiman dimatikan seperti rasa kecewa saya dengan watak Amin dalam novel karya beliau terdahulu iaitu Menunggu keretapi. Namun ketika ini, saat ini, saya telah puas menangis tersedu-sedu kerana watak Aiman ini. Pengakhiran yang sedih bila terungkap segala tandatanya dengan pertemuan emak Syed Khaled dengan keluarga Nurin. Saya sedih dengan perginya Aiman sebelum sempat dipertemukan dengan Mak Mah dan Nurin. 
Walau saya sakit hati watak Aiman dimatikan, namun pengakhiran cerita dengan kebahagiaan keluarga ini menjadi penawar. Apa lagi bila Aiman tidak dilupakan , malahan menjadi kesayangan semua orang.
Novel ini masih berlatarkan keluarga bahagia , cara didikan dan pergaulan yang lembut, didikan agama yang dititik- beratkan dan nilai kasih sayang. Kita dibawa ke dalam dunia dileksia dan mengasihi anak-anak istimewa ini. Jika saya puas hati dengan novel ini  kenapa tidak anda ? Bahasanya mudah difahami, dan mesej yang disampaikan dekat dengan hidp kita seharian..
 
Kenapa dia tidak pernah berasa gembira ketika bersama Matt? Kenapa hati ini seperti tidak ada rasa cinta? Sedangkan kalau dibandingkan Matt dengan Syed Khaled, Matt lebih tampan. Matt berwajah pan-Asia, sedangkan Syed Khaled biasa-biasa sahaja. Kulitnya tidaklah terlalu putih jika dibandingkan dengan Matt. Hanya sawo matang. Kadangkala bercukur dan kadangkala tidak kalau lelaki itu terlalu sibuk.

Kalau di jalanan Matt dengan Syed Khaled jalan beriringan, pasti ramai yang tergoda dengan Matt, bukannya dengan Syed Khaled!

Namun kenapa hatinya selalu mengingati Syed Khaled.....

No comments: