Monday 30 March 2015

Permulaan Isnin

Hari ini balik dari kerja, hujan turun selebat-lebatnya..Basah habis baju kerja yg aku pakai..Nak cepat kekereta rasa jauh sangat .Padahal  Barisan keempat dari pagar.. Masuk kekereta , cermin kereta pulak problem tersangkut , Tak boleh nak rapat..Adoi..Habis tempias dibuatnya. Dugaan betul..
Viper dilajukan , tak nampak jalan ,dan lampu dipasang..Niat nak pergi CNI nak ambik barang yg kawan dan kakak aku order, Nasib malang bila sampai ..Kedai dituitup.Dan dia akan dibuka masa GST,..OHHHH
GST..Adoi la..nasib, nasib..Sampai rumah aku terus mandi..Tapi hidung dan lain macam..Kepala dah mula sakit..Memang la dah kena selsema,,Esok annual Stock Check..Visitor luar yg datang check stock. mudah2an semuanya ok. Nak masuk bilik la..kepala sakit sangat..Esok nak kena kerja..                                          SELAMAT MALAM SEMUA

Saturday 28 March 2015

Sesindah kasih cadeo

CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan supermodel di Asia itu… naik komuter? What?

Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.

“Deo. Just call me Deo.”
“Deo? Deodorant?”
“Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu.

"What were you expecting Najla?"
"Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
"Oh..."
"Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
"Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"
Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.

Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.
Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.
Sikapnya yang suka mengusik... itu yang membuatkan aku tersenyum malu. Tetapi...
Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."
Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.

“Tahniah.” Hanya itu yang lelaki itu ucapkan. Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.

“Assalamualaikum.” Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.

*****

"Unsung Hero" (Official HD) : TVC Thai Life Insurance 2014 : โฆษณาไทยประ...











Berapa ramai di antara kita setiap hari ada melakukan perkara kecil
tetapi tidak didendangkan. dan dihebahkan Berapa ramai diantara kita perasan perkara
kecil inilah yang selalu membahagiakan kita. Membuat kita selalu berfikir tidak ada yg lebih sempurna dan dapat melihat senyuman dibibir orang lain  dan juga membuat kita tersenyum sama..
Lakukan sesuatu yang sekecil ini supaya kehidupan lebih bermakna kepada kita biar pun tidak dihargai oleh orang lain...

Maaf selama ini tidak peduli ~ Norhayati Berahim..


Baru mula baca novel ini, yg dipinjam dari rakan aku..sunggu menarik sinopsisnya..Dan aku tahu perkara ini masih lagi terjadi di realiti ini..



Zaida memberhentikan keretanya di Jalan Chow Kit. Tidak jauh dari perhentian teksi. Dia kemudian mengajak Madena keluar.
“Aku sedang menunggu seseorang…”
“Siapa?”
“Lelaki yang menelefon tadi tu.”
Beberapa orang gelandangan sedang menghamparkan kotak untuk tidur memandang ke arah mereka. Ada yang sedang lalok, tersenyum-senyum memandang Madena.
Madena mengangkat tangan kepada lelaki itu. Lelaki itu tersengih-sengih membalas.
“Kau ni kak, menakutkan aku saja tau. Kau percaya ke dengan lelaki yang menelefon kau tu?”
“Aku percaya.”
“Kenapa kau boleh percaya?”
“Hati aku mengatakan aku percaya.”
“Kalau dia buat sesuatu tak senonoh dengan kau, macam mana?”
“Maksud kau, bagaimana?”
“Kau tahukan kak, orang sekarang ramai yang tak jujur!”
Madena merengus. Dia melihat seorang lelaki berbadan tegap menghampiri mereka. Dada Madena sudah bergoncang. Debarnya kian terasa.
“Cik Zaida ke?”
“Ya, Cik Zaida.”
“Saya Johnny.”
Lelaki itu membongkokkan badannya.
Mereka berbalas senyuman.
“Ini adik saya, Madena.”
“Oh ya… mari ikut saya.”
Madena rasa tidak sedap hati. Namun Zaida sudah menarik tangannya supaya mengikut lelaki itu.
“Kau tak takut ke, kak?”
Madena seakan berbisik, namun diatur juga langkahnya. Lelaki berbadan tegap itu diperhati dari belakang.
Poliskah dia? Atau lelaki ini seorang penjahat? Bagaimana Zaida boleh berhubung dengan lelaki ini?
“ALLAH ada perhatikan kita. Nak takut apa?”
Aduh, zaman sekarang terutama bila sudah terlampau ramai pendatang asing, semua perkara harus diambil kira. Orang berniat baik pun harus diragui kerana kita sukar membaca hati orang.
“Maaf, saya menyusahkan cik berdua.”
Suara lelaki itu perlahan sahaja.
“Tak mengapa.”
Zaida menjawab lembut.
“Tapi saya selalu melihat mereka di sini. Pakaian kotor, percakapan tidak seperti usia mereka.”
Lelaki itu bersuara perlahan. Sedap suaranya! Madena berkata dalam hati. Tidak tahu kenapa perwatakan lelaki yang tegas itu cepat dapat menangkap tingkah laku lelaki tersebut.
Mereka melalui kaki lima di Jalan Chow Kit itu. Ada beberapa buah kedai masih lagi dibuka. Salah satunya kedai runcit yang dikuasai bangsa Arab sedang menurunkan pelbagai makanan di dalam kotak dari lorinya.
“Saya risau dengan keadaan masyarakat sekarang ini yang tak pernah ambil peduli.”
Lelaki itu sudah memperlahankan langkahnya. Menoleh pada Madena. Wajah lelaki itu seperti ada keresahan yang sukar diungkapkan.
“Maksud Johnny, bagaimana?”
“Masyarakat kita sudah tidak ambil peduli lagi. Pembangunan insan sudah lebur bersama pembangunan fizikal. Kita sudah tidak ambil tahu dan tidak pernah peduli walau ada jiran kita yang mati kelaparan.”
Kata-kata itu bagaikan sengatan di telinga Madena. Membangkitkan rasa bersalah dan menghilangkan rasa prasangkanya terhadap lelaki ini dengan begitu mendadak.
“Hati saya rusuh sungguh melihat kehidupan mereka. Di mana-mana ada saja gelandangan. Di mana-mana ada saja anak yang terbiar. Bagaimana pula dengan hidup kita ni nanti? Terlalu mementingkan diri. Kenapa semua orang tidak peduli? Esok kalau Tuhan persoalkan, bagaimana kita mahu mengelak diri daripada menjawabnya?”
Lelaki itu terus bersuara. Mereka sudah berjalan masuk ke satu lorong yang Madena tidak perasan apa namanya. Lama sungguh dia tidak ke situ! Dan lelaki itu terus melangkah.
“Itu dia, Zaida.”
Lelaki itu berhenti buat seketika dan kemudian melangkah perlahan di bawah pokok. Ada dua tubuh yang sedang berbaring dialas dengan kertas.
Mendadak perasaan hiba yang sukar diluahkan berkumpul di dada Madena.
“Saya tak tahu sama ada mereka tu adik-beradik atau bukan. Tapi kesian mereka tu. Beberapa hari yang lepas, saya mendengar mereka berkata; emak pergi hisap dadah, dia tinggalkan kita. Kenapa emak tak bagi kita dadah? Dia makan sorang…”
Mata Madena terbeliak. Dia rasa tercekik mendengar kata Johnny itu.
“Johnny tahu bapak dia orang di mana?”
“Saya tak pasti. Zaida, lakukanlah sesuatu. Zaida kenal ramai orang, kan? Berilah kepada sesiapa yang boleh menjaga mereka. Saya mahu menjaga, tapi saya tak mampu.”

Friday 27 March 2015

Blurrr

 Tak tahu ape patut aku loretkan dilaman ini, Otak kosong , blurr..Aduhhh. Apa nak jadi ni.Tak ada edia langsung.Aduhhh...Nak gi tidur dulu la...



Thursday 26 March 2015

Seni tangan

Tak sangka kakak Ku berbakat pd seni ini. Minat pd kecantikan pelamin dan seni gubahan. Mungkin INI adalh anugerah dr ilahi kpdnya. 


Untuk majlis pertunangan
Untuk Baby girl.

Wednesday 25 March 2015

Happy birthday my lovely niece

Happy birthday sayang acik iman.semoga menjadi anak yg soleh Dan diberi kesihatan yg baik serta berbakti kpd org tua..love you soo much.

Sesal Separuh Nyawa




Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu
Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Lagu : Sesal Separuh Nyawa
Artis : Alyah
Album :

Alyah - Sesal Separuh Nyawa (Official Music Video)

Wednesday 11 March 2015

Selfie with family

Bergambar dng ahli keluarga di kediaman mahsuri langkawi.

Lovely novel..

Dari mula chapter 1 hingga lah epilog ..ada je yg boleh buat aku ketawa dgn gelagat shazwan yg workholic dan dayah.
Yg buat aku tertarik nak habis baca novel ni sbb aku nak tahu mcmana dayah ni nak pikat suami dia yg ala-ala stone dan workholic tu.serius, apa yg aku blh ckp bila baca novel ni ku blh senyum sendiri, ketawa terbahak,geram dan marah..
Suka dgn watak dayah yang non stop berusaha nak pikat hati sang suami. Baca novel ni tahap stress hanya bape persen je..sbb novel more kepada kelakar.
Cerita yg santai..mmg berlaku dlm kehidupan harian kita. Mmg blh hadm sgt ..tambahan lagi cara penulis yg sempoi..akhir2 sekali mmg aku tak rugi beli novel ni setelah aku mengikuti dari laman blog penulis..



Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah.

“Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!” - Dayah

Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri!

“Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?” - Syazwan.
“Tak boleh ke?” - Dayah
“Kopi tongkat Ali?” - Syazwan
“Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum.” - Dayah

Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?


Tuesday 10 March 2015

HANA ILHAMI WRITER



NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.

“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA

“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” - RAHUL

RAHUL... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.

Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan.

“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA

“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA

“Rahul...” - DONA

Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya.

“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?


Karya  penulis yang memang mengkagumkan aku. Novel pertama Beliau iaitu Perempuan lindungan Kaabah sangatlah memotivasikan aku. membaca novel kedua ini membuatkan aku teringat-ringat novel pertama beliau. Fokus penulis masih lagi berdakwah melalui penulisan, terbaikk ..






 Ya Maulana mengisahkan tentang Mohamad Iqbal Datuk Salam yang mengambil alih pengurusan Pulau Sayak Resort dan Darul Ulum dan cuba mempertahankan rumah anak yatim Darul Ulum At Taufiqiyah di tapak asal tanah pusaka datuknya daripada dipindahkan ke tempat lain untuk pembangunan hotel resort. Kedatangan Cik Adra anak Tan Sri Haniff  pemilik projek pembangunan hotel yang lincah dan moden ke Kampung Pulau Sayak bagi membincangkan pembinaan hotel tersebut telah menyebabkan berlakunya insiden sehingga Maulana Iqbal mengambil keputusan menikahi Adra Liyana. Pelbagai konflik dan tekanan dalaman keluarga dan penduduk kampung terpaksa dihadapi oleh Iqbal, di samping cabaran dan ujian yang perlu dihadapi dalam melayan karenah dan mendidik isteri yang baru dikenali itu. Manakala Cik Adra pula terpaksa mengharungi kehidupan di tempat baru yang amat berbeza bersama orang yang paling dibenci berada di dalam keadaan dilema di antara memenuhi kehendak daddynya bagi meneruskan rancangan projek tersebut dan menjadi isteri kepada Maulana Iqbal. Kalau nak tahu apakah yang terjadi sehingga mereka boleh bernikah ? Adakah Darul Ulum berjaya dipindahkan? Kalau nak tahu bagaimana kesudahan cerita ini, mesti dapatkan buku ini ye.... 



Adra Liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skirt masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

Maulana Iqbal, Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

Pendapat peribadi aku, karya ini merupakan antara karya yang paling terbaik pengisiannya yang pernah aku baca setakat ini. Membaca setiap baris ayat dari karya ini bukan sahaja buat aku tersedar dan menginsafkan aku malah membuatkan aku berfikir panjang, aku terasa seperti berada di dalam watak Adra, jiwaku meronta untuk berubah menjadi seperti wataknya di akhir cerita ini sehingga menitiskan airmataku dan sungguh terkesan hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam. Sejujurnya aku mengakui aku juga masih banyak kekurangan dan menginsafi kekhilafan diri ini. Masih banyak tanggungjawabku yang tidak terlaksana dan perlu diteruskan walau sebesar mana sekalipun ujian dan dugaan duniawi yang perlu aku tempuhi, permudahkan aku ya Allah untuk menjadi wanita beriman dan solehah insya-Allah dan aku memohon keredhaan-Mu. 



Wednesday 4 March 2015

Happy birthday my dear sister

Bermulalah peningkatan umur.adikku Syamsiah hari ini. Bulan yg Sama dng Ku march.Selamat menyambut ulngtahun kelahiran my lovely sister.Love you always....