Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.
“Deo. Just call me Deo.”
“Deo? Deodorant?”
“Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”
Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu.
"What were you expecting Najla?"
"Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
"Oh..."
"Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
"Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"
Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.
Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.
Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.
Sikapnya yang suka mengusik... itu yang membuatkan aku tersenyum malu. Tetapi...
Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."
Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.
“Tahniah.” Hanya itu yang lelaki itu ucapkan. Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.
“Assalamualaikum.” Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.
*****
No comments:
Post a Comment