Wednesday 31 December 2008

Photo#

Salah satu bangunan di Unisel.
Bergambar sebelum check in.

Ibu tersayang di tempat menunggu.











Masjid di Unisel.

Tuesday 30 December 2008

Hari -hari terakhir 2008

27 Dec 2008: Hari ini kami sekeluarga menghantar adikku Nur'ain ke UNISEL ( Universiti Industri Selangor) di Batang Berjuntai Selangor. Perjalanan Dari Klang ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Kami melalui jalan Kapar. Adikku Zulhaidi yang memandu.Dengan mengikut jalan Kapar ke Batang Berjuntai mengambil perjalanan sejauh kira-kira 80km jaraknya.Melalui Ijok kami lihat jalannya baru diturap dan berdebu bila keringdan panas. Sampai disana kampus berjuntai bestari kami mengambil no giliran untuk perdaftaran kemasukkan. Selesai pendaftaran kami pergi keblok yg lain untuk mengambil kunci asrama dan no blok. Sebelum balik kami singgah sembahyang Zohor Di masjid Di unisel. Sampai dirumah kira-kira pukul 5.30 ptg. Badan terlalu penat tak sempat pergi track hari ini.
Sampai disana kampus berjuntai bestari kami mengambil no giliran untuk perdaftaran kemasukkan. Selesai pendaftaran kami pergi keblok yg lain untuk mengambil kunci asrama dan no blok. Sebelum balik kami singgah sembahyang Zohor Di masjid Di unisel. Sampai dirumah kira-kira pukul 5.30 ptg. Badan terlalu penat tak sempat pergi track hari ini.
28 DEC 2008 ; Pagi ini aku awal bangun kira -kira pukul 6.50 pagi. Terus pergi mandi dan bersiap serta sembahyang subuh. Pukul 9.30 pg aku terus bersiap untuk menghantar ibu aku ke airport.
Kami pergi dengan menaik kereta yg dipandu aloh abang ipar aku. Ibu aku akan pulang ke kampung dengan di temani oleh kakak aku.Kami menunggu di balai berlepas sampai pukul 12.30 tengahari. sebelum kakak dan ibu aku check in tiket. Tapi sempat la buat sesi bergambar.
Sampai dirumah kira-kira pukul 2 .30 ptg , kepala sakit tak tau la ptg ini sempat ke tak pergi track diKlang. kepada semua rakan- rakan aku menyucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009. SEMOGA IMPIAN MENJADI KENYATAAN....

29-30Dec 2008 : Boring sangat aku habis baca buku sebanyak 3 buah dan lihat dvd cartoon 2 movie.
petang aku pergi track dapat la lari sebanyak 4 laps lebih kurang 3 km.
Kepada rakan2 aku aku ucap kan HAPPY NEW YEAR 2009...

Kenangan.


Gambar ini di ambil
dihadapan masjid Unisel
Batang Berjuntai.

Monday 15 December 2008

Obsesi

Ini aku petik dari sebuah novel karya Abdul Rahim Awang.

Mengapa.....?

Mengapa aku harus didedahkan kepada penderitaan ini sedangkan aku berada disini.
Bukan atas kehendakku juga bukan atas permintaanku?

Salahkah aku semata-mata kerana merelakan permintaan yang sememangnya
tidak mampu ku tolak?

Engkau....?

Mengapa engkau yang sudah tiada masih terus mencorakkan segalanya?
Mengapa engkau yang tidak pernah kukenali terus mewarnakan hidup dan masa depanku?
Mengapa engkau enggan melepaskan sesuatu yang tidak boleh ku miliki lagi?

Dan dia.....?

Mengapa dia harus terus berahsia, sedangkan engkau dan aku sama-sama merelakannya?

Friday 12 December 2008

Wish

I wish all my friends : Selamat Maal Hijrah, Merry Christmas and Happy New Year 2009.

Wednesday 10 December 2008

PERJALANAN...........

Setiap insan tidak ada yg sempurna, tetap ada kesilapan yg dilakukan.
Begitu juga diri ini, Kadang2 terfikir betul ke apa yg aku lakukan, tapi tetap tak ada jawapan.
Memang payah memikirkan , jalan masih panjang yg perlu dilalui. Dlm cuti ini aku tak buat apa2
cuma pergi lihat kakak aku yg tak sihat yg baru keguguran. memang jika lihatnya siapa yg tak sedih , dijaga dengan baik selama 7 bulan lebih tiba -tiba hilang begitu sahaja. Kakak benasib baik mempunyai suami yg perihatin. Yg menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Hari raya aidil adha tu aku tak balik kampung tiket bas dah habis jadi duduk disini sahaja sambil melihat kakak yg tak berapa sihat tu. raya tu hujan sampai petang, berhenti sekejap dlm pukul 5.00 ptg so aku keluar pergi track di stadium klang, dapat buat dlm 4 laps , sebelum hujan turun lagi.Harap tak terlewat untuk aku ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN BUAT UMAT ISLAM SEMUA.

Tuesday 7 October 2008

TARIKH YG DINANTIKAN.

Buat rakan2 islam semua di ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA DIHARI YANG MULIA INI MEMBERI KEBERKATAN BUAT KITA SEMUA.
Buat ibu dan ayah tersayang im minta ampun dan maaf jika selama ini im ada buat salah dan silap dan ada perkataan yg mengguris hati .

Saturday 4 October 2008

Friday 29 August 2008

Berpuasa.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK 1429 HIJRAH PADA SEMUA UMAT ISLAM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 51 THN.

Sunday 11 May 2008

IBU KAULAH RATU.

BUAT IBU YG TERSAYANG YG SENTIASA SABAR MELAYAN KERENAH AKU, PERANGAI AKU, RAJUK AKU YG TIADA BANDINGNYA, KAU LAH SEGALA2NYA BAGI AKU.
SELAMAT HARI IBU MA , AKU SENTIASA MENYAYANGI MU SEHINGGA AKHIR HAYAT KU. LOVE YOU SO MUCH,
BUAT SEMUA IBU SELAMAT HARI IBU.

Tuesday 22 April 2008

Kenangan.

Hari ini hari yg penuh bermakna bagi aku, nak tahu kenapa?
hari ini tak disangka2 aku berjumpa semula dengan rakan sekolah aku.
Tuhan sahaja yg tahu bertapa gembiranya hati aku? bertemu dng J mengingatkan tentang kenakalan kami waktu sekolah dulu? Banyak cerita kami dikongsi bersama.
Sebelum berpisah kami berjanji akan bertemu lagi dan aku telah pun tahu beliau telah berumah tangga.Dan J berjanji akan mengenalkan aku dng keluarganya.

J Walau dimana pun kau berada aku akan sentiasa teringat tentang pahit manis sewaktu kita sekolah dulu.

Kerja tak habis, lebih2 lagi hujung bulan, balik lambat lagi la jawapnya, aku ingat nak chow senyap2 tapi orang tua 2 nampak pula? kantoi program aku?
Aku baru aje habis tengok Vcd hindi bhol bulaya? he, he ? layan hindi la pulak?

Music yg didengar The best of kitaro.
Ahad...gi track berjln dan berlari selama 1jam setengah.

Tuesday 8 April 2008

HARI YG MENYEKSAKAN.

Dah lama juga aku tak menulis, Agaknya 3 minggu lebih kut, aku pun tak pasti. Kecederaan kaki aku pun dah pulih, hanya dalam 2 minggu ni kesihatan aku tak berapa baik. Batuk aku tak berhenti , seksa rasanya . Dah bermacam jenis ubat aku telan tapi tak hilang jugak. hai nasib, nasib....
Semalam gi track di klang, sampai sana aku hanya berjalan aje sebelum tanda2 hujan nak turun.
Walau batuk aku tak berapa teruk tapi aku rasa macam nak tercabut jantung aku.
sakit dada aku dibuatnya. Hari isnin aku ambik cuti untuk menguruskan urusan aku dan pergi klinik , jadi tengahari dalam pukul 12.00 tngh aku pergi klinik Koo dan Quay .
di Klang jln Gopeng . Sampai disana , aku parking kereta dan terus pergi tempat perdaftaran ambik no giliran. Sampai giliran aku , aku jumpa doktor dan beri tahu tentang batuk aku yg belum hilang lebih kurang 2 minggu .Doktor check aku dan tulis sesuatu di kertas report aku.

Keluar dan tunggu nama dipanggil dan ambik ubat di konter ubat.
Balik umah dan rest kejap. ( Aku baru aje menghabiskan baca karya Shahnon Ahmad yg bertajuk Setitis Embun Semarak Api. Terbitan Alaf 21 ). Kisah yg diambik dari suka duka dan pengalaman beliau. Muzik yg didengar KITARO dari pemain muzik Japan.

Wednesday 12 March 2008

Kemalangan.....

Hari ahad em tak pergi track kaki em cedera dari paras lulut . Masa tu em dalam perjalanan ke tempat kerja, ketika itu gelap dan em tak nampak tiba2 em terasa macm sesuatu benda berada dicelah kaki em dan em tak dapat mengimbangkan badan em. bedebuk macm nangka busuk em terjatuh , terkena lutut dan em tengok lulut em luka . Em ingat tak ada apa2 rupanya hari sabtu tu kaki em dah bengkak nak berjalan pun sakit so selepas mengundi brother in law em bawak em ke klinik dapat mc hari isnin duduk rumah , adoi boringnya tak dapat nak cakap.

Hari selasa kaki em dah kurang sakitnya so em plan nak pergi ( panasonic sport centre ) jika tak sakit em plan nak running mungkin lebih kurang 3 atau 4 kilometer.

Thursday 6 March 2008

Rehat.

Semalam pergi umah my uncle di Ampang , ada buat sedikit kenduri doa selamat .
Panggil orang masjid dan kebetulan My uncle imam disana.habis kenduri tu dalam pukul 10.00mlm. Ingat nak cabut aja, tapi makcik em tak bagi balik awal ,so kena la tolong dia orang berkemas.Habis berkemas tengok jam dah pukul 10.30 pm. Penat sangat dan balik ke umah di Klang dalam pukul 12.00 pg.Sampai aje terus masuk bilik , fikir terus nak tidur tak larat sangat.
Salin baju tidur dan terus zzzzz. Nak kerja esok hai pening la nanti mengadap boss. kerja tak pernah habis. Plan hari ini nak pergi ke PSC ( Panasonic Sport Centra ) di Shah Alam sesyen 21.

Wednesday 5 March 2008

LIFE

Syukur, em dpt menulis lagi, dan dipanjangkan umur oleh yg esa.
Tak dapat em bayangkan apa akan berlaku jika perkara itu tak terjadi pd em.
Mungkin em tak bersyukur dan lupa akan kehidupan ini.
Kadang2 kita terlupa dan leka akan peluang yg diberi serta lepa akan kehidupan yg diberi oleh yg esa.
Ketika itu em dlm perjalanan pulang dari pejabat pos dari membayar bil2.
Kereta em parking di seberang jalan. Masa itu em nak melintas tiba2 datang sebuah lori dipandu dng lajunya.Em tergaman dan terkejut sekejap . Walau pun hon lori itu dibunyikan em rasa seperti dipukau dan rasa kaki tu terlekat di jalan. Lori itu terus membelok dan berhenti mendadak dikawasan sekolah, Syukur tak terjadi apa2 keatas diri em.

Sunday.. pergi track dan berlari seperti biasa.400x 10 laps = 4km
Baru habis baca blog seorang rakan runner pm33 dan Damya hanna.penulis kegemaran ku.

Thursday 28 February 2008

Banjir kilat.

Rabu...8 mlm.
hujan turun kira2 pukul 5.30pm , masa tu aku terlalu sibuk dng kerja aku .
tak la aku ambik tahu dng keadaan luar. masih stay lagi ngan kerja, ingat nak balik awal. kerja pun tak siap lagi , akhirnya siap juga dlm pukul 8.00 pm. apa lagi balik la, hujan pun dah berhenti. Dlm perjalanan balik rupanya jln jamed , sampai ke Sungai Rasa Klang aku bawa kereta perlahan2 tak tahu apa yg berlaku didepan, tapi aku tengok ada kereta berhenti dipinggir jalan, bawa kereta slow sangat naik kram kaki aku. sampai di pertengahan jalan rupanya banjir
kilat . Air naik sampai paras lutut . Aku tengok semua kereta pusing balik dan lalu ke tol highway . Aku pun ikut sekali .Di sana pun jamed juga tapi x apalah janji sampai rumah .

kereta bersimpang siur dan jalan perlahan2. sampai ke tol aku bayar duit tol dan terus ke klang.
Digigi jalan aku lihat ada kereta yg rosak dan kemalangan kecil berlaku.
Akhirnya aku sampai rumah kira2 pukul 9.30 mlm.
Syukurlah tiada apa2 yg berlaku pada aku....
Planing ; Sabtu ke track klang. running 5 km.

Monday 18 February 2008

New year.........

Dah lama tak menulis, rasa lama sangat. Tahun 2008 ini adalah first time aku menulis.

Semalam pergi track di Stadium Klang kira2 pukul 5.30pm. Berlari macam biasa.

Cuaca ok. panas juga la. Dalam pukul 6.45 gelap macam nak hujan so balik la lagipun janji dng adik nak hantar ke hentian bas sebelum pukul 9.00 pm. Disana ramai org bergegas nak balik takut hujan lebat. jalan jammed sekejap. Sampai rumah dalam pukul 7.15pm.