Tuesday, 8 April 2008

HARI YG MENYEKSAKAN.

Dah lama juga aku tak menulis, Agaknya 3 minggu lebih kut, aku pun tak pasti. Kecederaan kaki aku pun dah pulih, hanya dalam 2 minggu ni kesihatan aku tak berapa baik. Batuk aku tak berhenti , seksa rasanya . Dah bermacam jenis ubat aku telan tapi tak hilang jugak. hai nasib, nasib....
Semalam gi track di klang, sampai sana aku hanya berjalan aje sebelum tanda2 hujan nak turun.
Walau batuk aku tak berapa teruk tapi aku rasa macam nak tercabut jantung aku.
sakit dada aku dibuatnya. Hari isnin aku ambik cuti untuk menguruskan urusan aku dan pergi klinik , jadi tengahari dalam pukul 12.00 tngh aku pergi klinik Koo dan Quay .
di Klang jln Gopeng . Sampai disana , aku parking kereta dan terus pergi tempat perdaftaran ambik no giliran. Sampai giliran aku , aku jumpa doktor dan beri tahu tentang batuk aku yg belum hilang lebih kurang 2 minggu .Doktor check aku dan tulis sesuatu di kertas report aku.

Keluar dan tunggu nama dipanggil dan ambik ubat di konter ubat.
Balik umah dan rest kejap. ( Aku baru aje menghabiskan baca karya Shahnon Ahmad yg bertajuk Setitis Embun Semarak Api. Terbitan Alaf 21 ). Kisah yg diambik dari suka duka dan pengalaman beliau. Muzik yg didengar KITARO dari pemain muzik Japan.

No comments: