Ini aku petik dari sebuah novel karya Abdul Rahim Awang.
Mengapa.....?
Mengapa aku harus didedahkan kepada penderitaan ini sedangkan aku berada disini.
Bukan atas kehendakku juga bukan atas permintaanku?
Salahkah aku semata-mata kerana merelakan permintaan yang sememangnya
tidak mampu ku tolak?
Engkau....?
Mengapa engkau yang sudah tiada masih terus mencorakkan segalanya?
Mengapa engkau yang tidak pernah kukenali terus mewarnakan hidup dan masa depanku?
Mengapa engkau enggan melepaskan sesuatu yang tidak boleh ku miliki lagi?
Dan dia.....?
Mengapa dia harus terus berahsia, sedangkan engkau dan aku sama-sama merelakannya?
No comments:
Post a Comment