Wednesday, 10 December 2008

PERJALANAN...........

Setiap insan tidak ada yg sempurna, tetap ada kesilapan yg dilakukan.
Begitu juga diri ini, Kadang2 terfikir betul ke apa yg aku lakukan, tapi tetap tak ada jawapan.
Memang payah memikirkan , jalan masih panjang yg perlu dilalui. Dlm cuti ini aku tak buat apa2
cuma pergi lihat kakak aku yg tak sihat yg baru keguguran. memang jika lihatnya siapa yg tak sedih , dijaga dengan baik selama 7 bulan lebih tiba -tiba hilang begitu sahaja. Kakak benasib baik mempunyai suami yg perihatin. Yg menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Hari raya aidil adha tu aku tak balik kampung tiket bas dah habis jadi duduk disini sahaja sambil melihat kakak yg tak berapa sihat tu. raya tu hujan sampai petang, berhenti sekejap dlm pukul 5.00 ptg so aku keluar pergi track di stadium klang, dapat buat dlm 4 laps , sebelum hujan turun lagi.Harap tak terlewat untuk aku ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN BUAT UMAT ISLAM SEMUA.

No comments: