Saturday, 4 September 2010

LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN.

Ada seorang lelaki yg memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa MUSA  faham bahasa binatang, dia merayu  MUSA  supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar , lelaki itu memgunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda  bahawa kuda itu akan mati tak lama lagi, lelaki itu segera menjual kudanya untuk menyelakkan kerugian.

Beberapa ketika kemudian  , dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan  memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati . Jadi untuk mengelakkan kerugian , lelaki itu  menjualkan keldainya . Selepas peristiwa itu , sekali lagi ayam jantan berkata2 dengan binatang lain, kata ayam jantan , bahawa hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi . Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat menyelakkan kerugian. Dia gembira dng tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yg ada padanya, - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.

Satu hari , lelaki itu terdengar pula ayam jantan itu berkata kepada anjing bahawa dia  - tuan mereka pula akan mati . Dalam ketakutan lelaki itu pergi menjumpai  MUSA dan meminta nasihat.
Kata MUSA   "sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula "
 Fahamilah ajaran cerita ini : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yg paling besar - diri kita sendiri.

                                        Sabda Rasulullah S.A.W :

    Yang amat ku takuti atas kamu ialah syirik yg paling kecil ( halus yakni Riya )


           
                                  Doa mohon Dijauhi Syirik

 Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau ,
                  dari menyekutukan  Engkau dengan
             sesuatu apa jua pun yang kami tahu sendiri dan
kami memohon ampun daripada Engkau apa yang kami tidak ketahui ;

              Firman Allah s.w.t. AL-Ra'ad , ayat 9 :

9. ; Dialah yang mengetahui perkara2 yg ghaib dan
yg nyata ; ( Dialah jua ) Yang  Maha Besar  lagi Maha Tinggi
             ( Yang mengatasi segala-galanya )
                                

Friday, 3 September 2010

Ramadan oh Ramadan...

Sedih rasanya  bila mengingatkan puasa dah penghujung hari, mungkin dalam 4- 5 hari mungkin kita semua akan menyambut bulan syawal. Tak tahu bila akan bertemu lagi......huk huk huk ...
DISINI AKU MENYAMBIL KESEMPATAN MENYUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.......

IBU TUNGGULAH KEPULANGAN ANAKMU INI....





BALIK KAMPUNG OH OH OH BALIK KAMPUNG....

Sudirman - Balik Kampung


Hayatilah , dan selamat balik kampong dan hati2 dalam perjalanan.....
Salam Aidil Fitri....

Tuesday, 31 August 2010

salam kemerdekaan

Bendera jalur Gemilang dikibarkan

Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah ’1malaysia menjana transformasi’. Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik.

Selepas 31 Ogos terus kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara kerana kita bakal menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini,"

P/S  ; Merdeka ! merdeka ! merdeka ...

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Monday, 30 August 2010

sahabat ...........

Setiap orang mempunyai rakan baik dan sahabat, tapi jika sahabat yg mendajalkan kita macamana?Ada seorang kakak ditempat kerja aku suruh baca salah satu post dlm blog aku.....dan dia kata ada kena mengena dng aku...sebab kakak tu tahu aku tak suka menulis cerita yg mungkin menjatuhkan maruah orang , dan akan menaikkan kemarahan orang lain  ,macamna boleh ada cerita demikian....dan hari ini ada seorang yg aku kenali memberitahu aku tentang cerita ini dan memberitahu aku yg dia marah kerana cerita itu mcm kisah hidup beliau, lagilah aku pelik....dan akhirnya.......

Aku baru aje baca salah satu post dlm blog aku yg bertajuk Makcik Ami....Adoi ...Macamana ada cerita ini padahal aku tak menulisnya... aku rasa hanya seorang yg tahu no akuan blog aku  ., Akhirnya aku menalipon rakan aku Nadia dan dia mengaku dia yg tulis ...Aku tahu dia tahu password blog aku...Kenapa dia sanggup dajalkan aku....Sakit betul hati aku dibuatnya.

Ada jugak kawan macam ni, Aku telah menukarkan password aku dan aku sungguh menyesal mempercayai dia.Kerana sebelum itu dia kata hanya nak tengok aje . Kenapa dia sanggup buat demikian apa yg dia dapat, cerita itu bukan sahaja menyakitkan hati orang lain tapi org yang aku kenali jugak...Macamana aku tak terperasaan dan tidak membaca  post itu.....

Aku minta maaf pada sesiapa yg terbabit yg aku kenali dan tidak aku kenali...atas tajuk post itu...
Nadia beritahu kisah tu kisah mak saudaranya dan dia tengah bengang dng makcik dia kerana makcik dialah hubungan dia dng teman lelaki dia putus.. tapi tak kanlah blog aku jadi sasaranya nak meluahkan apa yg terbuku dihatinya...Bagi aku dah orang tak sudi biarlah kumbang bukan seekor , bunga bukan sekuntum.....( orang macam ni pun ada dlm dunia ini )

Aku akui aku ni memang lembut hati., marah pun tak lama jadi senang2 dia pijak kepala aku...
Aku harap Nadia sedarlah , awak tu muda dan cantik ramai lelaki lain akan suka pd awak., Tak payah fikir pd org yg tak sudi. Dan aku harap nadia sedar apa yg dia lakukan ini salah , Kerana cara dia meluahkan rasa hati dia tu buat aku yg dapat nama busuk........INGATLAH NADIA  YOU DO NOT REPLY IT IS WHO BENEFITS THAT NOT ONLY corrupt degrading OTHER PERSON BUT YOU OWN PERSONAL..

Buat masa ini biarlah aku memikirkan persahabatan kita, bagi aku Sahabat tak akan menjatuhkan  maruah sahabat yg lain dan tak akan memalukkan sahabat yg lain, malah dia sanggup berkorban walau nyawa dia tergadai..

Disaat ini aku teringatkan sahabat karibku yg pergi meninggalkan aku, tiada sahabat sebaiknya...
Al Fatihah buatmu sahabat ku ( Shahriza )...

Seronok ke masuk hospital...

Pernah tak anda semua masuk dan kena tahan wad dhospital. Mungkin itu jadi persolaannya?
Aku ingat ketika aku ditingkatan satu aku pernah kena tahan diwad atas sebab kemalangan.
Ketika itu aku pulang dari sekolah dan ketika itu aku nak turun dari bas tiba2 bas jalan tak sempat kaki ku mencecah tanah dan aku terus terpelanting dan terbaring diatas jalan.Ayah aku cakap aku ni barnasib baik jika tidak nyawa aku melayang kerana ketika itu teksi sempat brek bila melihat aku terbaring diatas jalan.

Mereka membawa aku kehospital dan ditahan wad kecemasan. sebelum itu aku muntah doktor cakap  kepala aku tak apa2 dan aku di xray..Alhandullillah aku tak apa2 . Duduk disana selama seminggu..Adoi boring sangat2...Bila aku melawat adikku baru2  ini , teringat  kisah2  dulu..Lebih2 lagi anak buahku cakap  SERONOK KE MASUK HOSPITAL...




Dihospital inilah aku pernah ditahan dan dimasukkan selama seminggu...