Monday, 2 August 2010

Terseliuh.

Ptg tu aku plan nak gi track, tapi aku cancel last minit dan aku pergi finest , diKlang. Sampai disana dlm pukul 6.00 ptg, syukur org tak ramai lagi aku pergi kaunter dan bayar untuk jam yg aku gunakan. Gi di treadmill dan startkan dan aku buatkan speed nya mula dng 2 sehingga 8 .Aku berlari disitu dan buat sebanyak 4km. Aku mulakan slow balik dan check jam aku dah hampir pukul 7.30 mlm akhirnya aku stopkan dan aku pergi ambil beg aku diloker dan keluar untuk pulang kerumah.

Keika aku buat tu bahu aku tak terasa , tapi ketika aku memandu aku rasa bahu aku sakit. Aku dah cuba bermacam2 dan juga berjumpa doktor tak tahu la belum ada lagi perubahannya.

http://www.emocutez.com

Sunday, 1 August 2010

Umie Aida - Salam Taj Mahal (With Lyrics)



Salam Taj Mahal
Artist: Umie Aida

Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

Ku sambut suratan
Penuh rindu dendam
Menyusur naungan masa
Lambaian kelam asmara

Di sana dikau bertamu
Di sini aku beradu
Hujung pasrah ku bertandang
Lena bersama rahsiamu

Usah biarkan ia ditelan masa
Semalaman menghitung kelewatan
Semoga hati kita bisa mengerti
Walaupun hanya sekelip mata

Angin bisikan khabar kasih dan sayang
Leraikanlah mimpi malam yang sama
Di jiwaku namamu gemerlapan
Abadinya suatu pengorbanan

Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

http://www.emocutez.com

Michael Jackson's This Is It - New 'Smooth Criminal' Clip

Lagu dari Micheal Jackson...rasa enjoy bila mendengarnya.

Realiti kehidupan

Sememangnya kehidupan di dunia ini adalah sementara,hanya yang kekal zat Tuhan yang maha Esa.Selepas kita dimatikan,kita semua pasti akan dihidupkan kembali.Aku tak tahu sejauh mana pemikiran aku tentang kehidupan selepas mati,kadang-kadang bila teringatkan mati aku mula menangis mengenang dosa-dosaku yang telah banyak aku lakukan,akan tetapi bila waktu aku lupa kesilapan yang sama aku lakukan.Dimana letaknya diri pada pandangan Tuhan, terasa diriku kecil sangat.Ku mengharap bila menghadap Tuhan yang MAHA AGUNG satu hari nanti aku tidak dipandang hina walaupun aku telah banyak lakukan dosa.


YA ALLAH YA TUHANKU AMPUNILAH SEGALA DOSA HAMBAMU YG HINA INI.

http://www.emocutez.com




SETIAP hari kita mendapat maklumat mengenai kematian yang meragut nyawa manusia di mana saja dengan sebab berbeza. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian yang akan menghampiri setiap manusia, di mana saja dan bila-bila saja.Namun, secara umum pembicaraan mengenai kematian bukan sesuatu yang menyenangkan. Bahkan naluri manusia cenderung ingin hidup seribu tahun. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).


Kematian juga dikemukakan al-Quran dalam konteks menghuraikan nikmat Allah kepada manusia. Dalam surah Al Baqarah ayat 28 Allah bertanya kepada orang kafir: “Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedangkan kamu tadinya mati kemudian dihidupkan (oleh-Nya) kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya.” (Surah Al Baqarah: Ayat 28).


Bila aku duduk seorang diri aku berfikir terlalu banyak manusia yg alpa , ...Ya allah berikanlah petunjuk terhadap mereka...

http://www.emocutez.com

Template baru...

Pening betul nak cari lagout yg baru, cuba punya cuba nah ini lah hasilnya. Walau belum 100% aku puas hati tapi boleh lah. Tak tahu berapa lama template ini dpt duduk disinggah sana ini.

http://www.emocutez.com

Friday, 30 July 2010

Banjir Kilat...

Dalam pukul 4 petang hujan turun lebat tanpa henti , dalam pukul 5 ptg aku terpaksa menunggu sehingga pukul 5.30 ptg. Hujan belum lagi berhenti terpaksa juga aku meredah untuk pulang kerumah.
Jalan sudah pun jamed lebih2 lagi hujan turun dng lebat dari  tadi. Sampai di traffic light diPadang Jawa  Lihat kereta jamed teruk. Aku ikut dibelakang dan sampai ke Jalan Sungai Rasau rupa2nya terjadi Banjir Kilat, kereta terpaksa berjalan perlahan2 ada yg pusing balik dan melalui tol highway.

Perkara ini terjadi sungai sempit dan masaalah ini dapat dilihat setiapa kali hujan turun banjir kilat pasti akan berlaku. Tak tahu bila perkara ini akan berakhir. .Terlalu kerap banjir ini berlaku , bila hujan turun lebat aje mesti perkara ini akan terjadi. Pada umumnya, kejadian hujan ribut perolakan semasa musim-musim peralihan monsun pada bulan-bulan April dan Oktober adalah serentak dengan kejadian banjir kilat. Namun begitu, banjir kilat juga sering berlaku di pantai timur semasa musim monsun timur laut. Di pantai barat semenanjung, kejadian banjir kilat juga berlaku pada musim monsun barat daya di negeri-negeri utara semenanjung seperti Kedah dan Perlis. Semasa musim monsun barat daya, angin barat selatan yang diikuti kejadian ‘badai selari’ (line squalls) yang dikenali sebagai ‘Angin Sumatra’ juga membawa hujan lebat di pantai barat semenanjung, khasnya di Pulau Pinang dan sepanjang pantai Kedah dan Perlis. Pada masa itu, banjir kilat sering berlaku.


Aku lihat Satu kemalangan kecik antara penunggang motorsikal dan pemandu kereta berdekatan sekolah Rendah Cina di Sungai Rasau berdekatan jambatan. Dalam pukul 6.50ptg aku sampai kerumah walau pun jalan jamed teruk ...;-(



Salah satu contoh gambar banjir kilat dan gambar ini aku dapati di google.
http://www.emocutez.com

Friday, 23 July 2010

Tak berfikir Panjang...

KISAH INI BUKANNYA NAK MENJATUHKAN SESEORANG CUMA KITA AMBIL IKTIBAR DARI KISAH INI......Kita  kena berfikir semua insan mempunyai hati dan perasaan. Baru2 ini aku mendapat khabar dari tempat kerja aku, seorang perkerja lelaki bunuh diri kerana kecewa.
Kenapa terlalu mudah nak menghabiskan nyawa sendiri kenapa tak nak kembali pada iman. Kenapa tak berfikir panjang, tak kesian ke pada keluarga dikampung. Memang jika mereka dah nekad bertindak
mereka tak akan berfikir lagi, hilang segala keimanan didlm hati. Akal dah tak boleh berfikir lagi dan membataskan fikiran...... ..Nahuzubillah...Jika ugama lain kita tak hairan sangat tapi ini ...Ya allah , apa nak jadi dng dunia ini..Apa yg aku tahu dia seorang Oku dan kecewa kerana seorg perempuan mempermainkan dia dan mengambil kesempatan terhadap dia, Banyak dah berhabis kerana perempuan tersebut...Kenapa perempuan itu terlalu kejam terhadap insan yg tak berupaya itu..Tak terfikirkah perempuan itu lelaki itu pun manusia ada hati dan perasaan hanya dia tak bernasib baik mcm org lain...
Untuk menebus kekecewaan dia ambil jalan mudah dengan menamatkan riwayat hidupnya sendiri...Tak rasa bersalah kah perempuan itu...Memang banyak kes yg aku dengar ada yg membunuh diri kerana ada bynk masaalah yg tak dapat ditangani ,dan bermacam2 hal lagi...NAHUZUBILLAH MINZALIK

YA ALLAH KAU JAUHI DIRI KU DAN AHLI KELUARGAKU DARI PERKARA YANG MENYESATKAN DAN LINDUNGILAH AKU DAN KELUARGAKU DARI SYAITAN YG DIREJAM...

http://www.emocutez.com