Dalam pukul 4 petang hujan turun lebat tanpa henti , dalam pukul 5 ptg aku terpaksa menunggu sehingga pukul 5.30 ptg. Hujan belum lagi berhenti terpaksa juga aku meredah untuk pulang kerumah.
Jalan sudah pun jamed lebih2 lagi hujan turun dng lebat dari tadi. Sampai di traffic light diPadang Jawa Lihat kereta jamed teruk. Aku ikut dibelakang dan sampai ke Jalan Sungai Rasau rupa2nya terjadi Banjir Kilat, kereta terpaksa berjalan perlahan2 ada yg pusing balik dan melalui tol highway.
Perkara ini terjadi sungai sempit dan masaalah ini dapat dilihat setiapa kali hujan turun banjir kilat pasti akan berlaku. Tak tahu bila perkara ini akan berakhir. .Terlalu kerap banjir ini berlaku , bila hujan turun lebat aje mesti perkara ini akan terjadi. Pada umumnya, kejadian hujan ribut perolakan semasa musim-musim peralihan monsun pada bulan-bulan April dan Oktober adalah serentak dengan kejadian banjir kilat. Namun begitu, banjir kilat juga sering berlaku di pantai timur semasa musim monsun timur laut. Di pantai barat semenanjung, kejadian banjir kilat juga berlaku pada musim monsun barat daya di negeri-negeri utara semenanjung seperti Kedah dan Perlis. Semasa musim monsun barat daya, angin barat selatan yang diikuti kejadian ‘badai selari’ (line squalls) yang dikenali sebagai ‘Angin Sumatra’ juga membawa hujan lebat di pantai barat semenanjung, khasnya di Pulau Pinang dan sepanjang pantai Kedah dan Perlis. Pada masa itu, banjir kilat sering berlaku.
Aku lihat Satu kemalangan kecik antara penunggang motorsikal dan pemandu kereta berdekatan sekolah Rendah Cina di Sungai Rasau berdekatan jambatan. Dalam pukul 6.50ptg aku sampai kerumah walau pun jalan jamed teruk ...;-(
Salah satu contoh gambar banjir kilat dan gambar ini aku dapati di google.
No comments:
Post a Comment