Entah la tak faham orang sekarang ini, orang kata rambut sama hitam hati lain2. Kenapa masih ada orang yg busuk hati , dengki kianat terhadap orang lain. Tak boleh melihat orang lain lebih berjaya dari dia.Manusia, manusia. Kisah ni terjadi pada orang yang aku kenali. Mak mah berniaga makanan dan jualannya sungguh laku, bukan sahaja makanan yg dimsaknya sedap dan layanan terhadap pelanggannya bagus. Dan ada sebuah restoran yg tak jauh dari restoran Mak mah, restorannya nak kata tak ada org , boleh la tahan tapi servisnya kurang dan masakannya tak memuaskan..Hari tu Mak mah berniaga mcm biasa, tapi mak mah pelik kenapa tak ramai pelanggan, tapi mak mah tak kisah. Mak mah tutup restoran awal hari tu dan pulang kerumah , elok sahaja sampai kerumah Mak mah rebah dan nasib baik ada anaknya yg berdekatan dengan mak mah. Anaknya terus bawa keklinik dan jumpa doktor, tapi pelik doktor cakap Mak mah tak ada sakit apa2.
Mak Mah dibawa balik dan anaknya memanggil seorang ustaz dan dari ustaz itu la tau Mak mah terkena buatan orang. Bila mak Mah sedar Mak Mah muntah tak henti2. Ustaz tu menyuruh memanggil bomoh yang boleh mengubat . Anak2 Mak Mah memanggil bomoh dan kata Bomoh tu Mak Mah kena Santau dan dirumah Mak Mah ditanam benda dalam siput sebanyak 8 penjuru dan dikedai Mak mah pun Sama.
Bomoh tu suruh sediakan Cili Padi yg dimesin dan garam. Anak2 Mak Mah sediakan barang2 tu.
Bomoh tu terus menjalankan tugasnya. Dan dia pergi disekelilingi rumah Mak Mah dan menyorek lubang dan siram dengan cili Padi dan garam. Dan menyuruh anak Mak Mah mengali lubang tu dan akhirnya terkeluarlah kulit siput babi dan didlmnya ada miang buluh , tulang dan jarum. Kesemuanya dapat dikeluarkan begitu jugak direstoran Mak Mah.. Mak Mah dah pun sedar dan tak muntah lagi. Bomoh tu ckp nak balas ke? Mak Mah ckp tak apa lah biar Allah s.w.t yg balas atas berbuatanya.
Bila Mak Mah sihat Mak Mah buka kedai mcm biasa dan Mak Mah lihat restoran yg berdekatannya tu tutup. Mak Mah tak tahu apa yg terjadi padanya. Allahualam....
Susah nak cakap zaman sekarang tak percaya perkara ini terjadi depan mata..Entahlah ..........Fikirlah sendiri....
No comments:
Post a Comment