Wednesday, 23 December 2020

Kuih cik mek molek kuih tradisi kelantan( PantaiTimur )

Orang kelantan mesti dah biasa dng kuih ni, Dengan air gula yang melileh , Rasa nikmat sangat.
Rasa ubi keledek dan air gula. Sedap sangat.
Disini saya sertakan resepinya .

600 gram ubi keledek yang direbus dan dileyek
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Gula pasir
1 cawan air
             Kuih cek mek molek
Adunan yang telah dicampur dng ubi dan tepung

         adunan yang telah diletak gula.

              Siap sebelum digoreng

                Yang dah digoreng

Thursday, 10 December 2020

Bingka labu

Sayang pada labu yang dibeli bulan lepas alhamdulillah masih elok lagi jadi hari ni buatlah bingka , tak berapa manis tapi terasa labunya.

Donut Gebu tanpa pelembut

Tuesday, 8 December 2020

Donut gebu homemade

Bila terlebih rajin buat lah donut, Guna tepung gandum aje.Sangat gebu dan lembut.
sesiapa pun boleh cuba.

Friday, 4 December 2020

karipap inti kentang sardin.

Dah lama nak buat karipap  inti kentang sardin,Hari ini baru berkesempatan.Bahan untuk inti pun tak banyak.Jika tak suka pedas boleh kurangkan qty cili padi dan cili bohnya.
Jom kita semak bahannya.
bahan bahannya.
Kentang (( dipotong dadu dan direbus)
Bawang holland ( diracek halus)
Bawang putih ( diracik halus)
Cili besar*
Cili padi *
Halia *
Sardin dalam tin ( dibuang tulang dan dilenyek )
Cili boh
* Diblender
Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau dan garing.
masukkan cili yg dibleder tadi , kacau sehingga masak dan naik minyak.
masukkan sardin kacau lagi dan masukkan ubi kentang yg direbus . Masukkan garam, gula.
Kacau sehingga kering.
kacau sehingga kering dan sejukkan.
Bahan untuk dohnya.
500 grm Tepung gandum
3 1/2 sudu besar margerin
3/4 minyak 
2 sudu air kapur
Air


doh yang dibulat bulatkan
             sebelum digoreng
Karipap yang dah siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

Thursday, 3 December 2020

Bubur Blonok makan tradisi kelantan

Sudah lama tak membuat bubur jadi hari ini terus bubuk bubur blonok , Dibuat dari sagu biji
Saya buat warna warni.Rasa ramai yg tau berkenaan bubur ini.Manis gula merah , dan wangi helba.
Terasa nikmat ditekak.

Bahan bahannya

Sagu biji
( gula pasir, nise,santan dan sagu biji warna putih )

Jom tengok resepinya.
Air panas
Sagu biji
Gula merah
Gula pasir( ikut manis)
Helba
Santan
1 sudu besar tepung beras dibancuh dng air
Selamat memcuba

Curry ikan Zaimah Kitchens Style

Lama tak makan kari ikan kebetulan tengok ada ikan yg dibeli semalam jadi buatlah kari.
Atas dapur letak bendi banyak banyak nikmat betul.
Kari tengah mengelegak .bau semerbak 😋
Dah siap .Yummy😋
Jom tengok resepinya.

Ikan( apa saja jenis ikan)
Bawang besar( Dimayang halus)
Bawang merah diblender
Bawang putih dlm 8 ulas dipotong halus separuh diblend+ bawang+ halia
Halia
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Biji sawi
Serbuk kari ikan
Daun kari
Bendi
Tomoto
Cili besar

Cara2nya
Bawang merah+halia+bawang putih di blend sehingga lumat
Tumis bawang putih + bawang besar sehingga naik bau.
Letak kayu manis+Buah pelaga + bunga lawang dan biji sawi tumis sehingga naik bau
Letak daun kari dan masukkan kari setbuk yang diletak air ,tumis sehingga masak dan letak bawang yg diblend tadi kacau sehingga naik minyak.
Letak santan dan masukkan bendi +Tomoto+cili
Masukkan ikan.Masukkan air asam jawa dan perasa. Tunggu sampai masak dan naik minyak.
Hidangkan.

Saturday, 28 November 2020

Roti putih @Roti benggali versi zaimah kitchens

Musim musim mcm ni susah nak pergi kedai , jadi buat lah roti sendiri guna tepung gandum sahaja.
Saya guna tepung gandum  baker's choice ,baru nak buat sambal cicah dng Sambal. Saya tengok resepi dari youtube . Mudah rupanya, Bahannya pun tak banyak . Saya guna mixer aje malas uli tangan. Lagi pun tangan saya pun tak kuat nak uli😅
Saya campur dulu bahan kering kecuali yis dalam mangkuk dan kacau , baru letak yis dan letak air serta margerin
Saya aduk sehingga kalis alestik. Versi penuh boleh tengok dalam youtube saya .

https://youtu.be/okVVRn0DFkw
Zaimah kitchens and family vlog.
Ini bahan bahannya.

Tepung gandum 350 gram
Susu tepung 1 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Air 155ml
Margerin 2 sudu 
Yis 1 1/2 sudu

Selamat mencuba.😘

Sunday, 1 November 2020

Tart telur super yummy😋🤩

Dah lama tak buat tart telur, Dulu buat dng mak angkat ,, mudah2an sedap rasanya, 
Rasanya dah 10 tahun , lamakan.
Start buat uli tepung dan buat filling dari pukul 6 ptg akhirnya hasilnya memang mabeles🤩
Boleh lihat diyoutube untuk lihat cara dan stepnya

https://youtu.be/-M-Q9Bk01kM

kulit pastry yang dah siap untuk diletak fillingnya.Abaikan kaki dibawah😅
             dah letak fillingnya.
                  Dalam oven   
          Done tart ywasng dah masak😘😋

Monday, 26 October 2020

meroti bila terlebih rajin

Bangun setelah sembahyang subuh pergi dapur dalam otak nak membaking akhirnya ambik tepung telur dan sebagainya akhirnya meroti pagi ini.
Rasa satu terapy buat saya.
Fikiran tenang sangat, lihat ada jem plum buatan sendiri letak sebagai inti. Sedap dan nikmat.
Mak nak letak jem stawrberry, ok layan.

kek labu gebu dan moeist

Beli labu tak tahu nak buat apa akhirnya!!!
Sayang pada labu kuning atau pumkin akhirnya buatlah cake yang ternyata sedap dan moiest,
Memang dah lama tak membaking, jadi satu terapy pulak,

 
Bahan diperlukan 
Tepung 2 1/2 cawan @ 
Butter 250 gram 
Telur 4 biji 
Baking powder @ 
Labu yang telah direbus dan dilenyet 
Gula pasir 170 gram
Secubit garam @ 
Esen vanilla Perwarna kuning , saya tak letak sebab tak ada
Serbuk kayu manis jika suka
  @ dicampur dan diayak

Friday, 14 August 2020

Donut@Pau sardin gebu sedap

Dah lama sangat nak buat donut sardin ni, so bangun pagi tu terus buat intinya dan dohnya ,Alhamdulillah bila siap dimasak rasa tak percaya lembut sangat .
Bahan untuk inti
Ikan selayang direbus dan diasingkan tulang
1 Tin ikan sardin
Halia dalam sebesar ibu jari *
Lada kering jika suka pedas lebihkan *
Cili padi dalam 6 biji* 
Bawang putih  dalam 6 ulas 3 ulas diblender*
Bawang merah dalam 6 ulas *
Bawang besar dalam 2 labu *
Bawang holand dalam 3 labu -dihiris halus

Cara-caranya
Halia,lada kering, cili padi,bawang putih, bawang merah dan bawang besar diblender.
Tumis bawang putih hingga kekuningan , masukkan bawang holand dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan yg diblender tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ikan sardin dan ikan rebus yg dihancur tadi kedlm bahan tumisan .kacau sehingga masak.masukkan garam, gula dan air asam jawa. .Tunggu sehingga kering. Sejukkan.

Bahan untuk doh.

350 gram tepung gandum
150 gram tepung ubi kentang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar pelembut roti/ k fine
80 gram gula halus
80 gram mentega atau margerin
200 ml susu cair / air
Sebiji telur
Mauripan sepeket

Masukkan semua bahan kedalam bowl mixer . Putar bahan tadi sehingga kalis . Setelah kalis bentukkan doh tadi dan masukkan inti ikan tadi dan tunggu sehigga naik dan goreng sehigga masak dng api kecil. Siap dihidangkan.




Monday, 6 July 2020

Ikan Kering berlada istimewa





Jemput tonton di youtube video terbaru. 😊



https://youtu.be/t-6yBojzZEI


Tuesday, 23 June 2020

My youtube channel

Assalamualaikum,
Good morning everyone, Cuma nak imform dah ada youtube nanti boleh lah pergi tengok youtube channel , walau banyak yang kena belajar lagi dan ada kesalahan dan kesilapan diyoutube channel aku.Jemput ya dan jangan lupa like share comment  dan Subcribse channel youtube aku. 
Thanks ❤❤❤