Thursday, 10 December 2020
Tuesday, 8 December 2020
Donut gebu homemade
Bila terlebih rajin buat lah donut, Guna tepung gandum aje.Sangat gebu dan lembut.
Label:
#Mendonut
Friday, 4 December 2020
karipap inti kentang sardin.
Dah lama nak buat karipap inti kentang sardin,Hari ini baru berkesempatan.Bahan untuk inti pun tak banyak.Jika tak suka pedas boleh kurangkan qty cili padi dan cili bohnya.
Jom kita semak bahannya.
Kentang (( dipotong dadu dan direbus)
Bawang holland ( diracek halus)
Bawang putih ( diracik halus)
Cili besar*
Cili padi *
Halia *
Sardin dalam tin ( dibuang tulang dan dilenyek )
Cili boh
* Diblender
Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau dan garing.
Kacau sehingga kering.
Bahan untuk dohnya.
500 grm Tepung gandum
3 1/2 sudu besar margerin
3/4 minyak
2 sudu air kapur
Air
Selamat mencuba.
Label:
#Karipap#sardin
Thursday, 3 December 2020
Bubur Blonok makan tradisi kelantan
Sudah lama tak membuat bubur jadi hari ini terus bubuk bubur blonok , Dibuat dari sagu biji
Terasa nikmat ditekak.
Air panas
Sagu biji
Gula merah
Gula pasir( ikut manis)
Helba
Santan
1 sudu besar tepung beras dibancuh dng air
Selamat memcuba
Label:
#Pengat
Curry ikan Zaimah Kitchens Style
Lama tak makan kari ikan kebetulan tengok ada ikan yg dibeli semalam jadi buatlah kari.
Jom tengok resepinya.
Ikan( apa saja jenis ikan)
Bawang besar( Dimayang halus)
Bawang merah diblender
Bawang putih dlm 8 ulas dipotong halus separuh diblend+ bawang+ halia
Halia
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Biji sawi
Serbuk kari ikan
Daun kari
Bendi
Tomoto
Cili besar
Cara2nya
Bawang merah+halia+bawang putih di blend sehingga lumat
Tumis bawang putih + bawang besar sehingga naik bau.
Letak kayu manis+Buah pelaga + bunga lawang dan biji sawi tumis sehingga naik bau
Letak daun kari dan masukkan kari setbuk yang diletak air ,tumis sehingga masak dan letak bawang yg diblend tadi kacau sehingga naik minyak.
Letak santan dan masukkan bendi +Tomoto+cili
Masukkan ikan.Masukkan air asam jawa dan perasa. Tunggu sampai masak dan naik minyak.
Hidangkan.
Saturday, 28 November 2020
Roti putih @Roti benggali versi zaimah kitchens
Musim musim mcm ni susah nak pergi kedai , jadi buat lah roti sendiri guna tepung gandum sahaja.
Saya guna tepung gandum baker's choice ,baru nak buat sambal cicah dng Sambal. Saya tengok resepi dari youtube . Mudah rupanya, Bahannya pun tak banyak . Saya guna mixer aje malas uli tangan. Lagi pun tangan saya pun tak kuat nak uli😅
Saya campur dulu bahan kering kecuali yis dalam mangkuk dan kacau , baru letak yis dan letak air serta margerin
Saya aduk sehingga kalis alestik. Versi penuh boleh tengok dalam youtube saya .
https://youtu.be/okVVRn0DFkw
Zaimah kitchens and family vlog.
Tepung gandum 350 gram
Susu tepung 1 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Air 155ml
Margerin 2 sudu
Yis 1 1/2 sudu
Selamat mencuba.😘
Sunday, 1 November 2020
Tart telur super yummy😋🤩
Dah lama tak buat tart telur, Dulu buat dng mak angkat ,, mudah2an sedap rasanya,
Rasanya dah 10 tahun , lamakan.
Start buat uli tepung dan buat filling dari pukul 6 ptg akhirnya hasilnya memang mabeles🤩
Boleh lihat diyoutube untuk lihat cara dan stepnya
https://youtu.be/-M-Q9Bk01kM
Label:
#Newbaker #Eggtart
Subscribe to:
Posts (Atom)
