Hari ini balik dari kerja, hujan turun selebat-lebatnya..Basah habis baju kerja yg aku pakai..Nak cepat kekereta rasa jauh sangat .Padahal Barisan keempat dari pagar.. Masuk kekereta , cermin kereta pulak problem tersangkut , Tak boleh nak rapat..Adoi..Habis tempias dibuatnya. Dugaan betul..
Viper dilajukan , tak nampak jalan ,dan lampu dipasang..Niat nak pergi CNI nak ambik barang yg kawan dan kakak aku order, Nasib malang bila sampai ..Kedai dituitup.Dan dia akan dibuka masa GST,..OHHHH
GST..Adoi la..nasib, nasib..Sampai rumah aku terus mandi..Tapi hidung dan lain macam..Kepala dah mula sakit..Memang la dah kena selsema,,Esok annual Stock Check..Visitor luar yg datang check stock. mudah2an semuanya ok. Nak masuk bilik la..kepala sakit sangat..Esok nak kena kerja.. SELAMAT MALAM SEMUA
Monday, 30 March 2015
Saturday, 28 March 2015
Sesindah kasih cadeo
CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal
apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan
supermodel di Asia itu… naik komuter? What?
Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.
“Deo. Just call me Deo.”
“Deo? Deodorant?”
“Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”
Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu.
"What were you expecting Najla?"
"Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
"Oh..."
"Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
"Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"
Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.
Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.
Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.
Sikapnya yang suka mengusik... itu yang membuatkan aku tersenyum malu. Tetapi...
Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."
Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.
“Tahniah.” Hanya itu yang lelaki itu ucapkan. Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.
“Assalamualaikum.” Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.

*****
"Unsung Hero" (Official HD) : TVC Thai Life Insurance 2014 : โฆษณาไทยประ...
Berapa ramai di antara kita setiap hari ada melakukan perkara kecil
tetapi tidak didendangkan. dan dihebahkan Berapa ramai diantara kita perasan perkara
kecil inilah yang selalu membahagiakan kita. Membuat kita selalu berfikir tidak ada yg lebih sempurna dan dapat melihat senyuman dibibir orang lain dan juga membuat kita tersenyum sama..

Lakukan sesuatu yang sekecil ini supaya kehidupan lebih bermakna kepada kita biar pun tidak dihargai oleh orang lain...
Maaf selama ini tidak peduli ~ Norhayati Berahim..
Baru mula baca novel ini, yg dipinjam dari rakan aku..sunggu menarik sinopsisnya..Dan aku tahu perkara ini masih lagi terjadi di realiti ini..
Zaida memberhentikan keretanya
di Jalan Chow Kit. Tidak jauh dari perhentian teksi. Dia kemudian mengajak
Madena keluar.
“Aku sedang menunggu
seseorang…”
“Siapa?”
“Lelaki yang menelefon tadi tu.”
Beberapa orang gelandangan sedang
menghamparkan kotak untuk tidur memandang ke arah mereka. Ada yang sedang lalok, tersenyum-senyum memandang
Madena.
Madena mengangkat tangan kepada
lelaki itu. Lelaki itu tersengih-sengih membalas.
“Kau ni kak, menakutkan aku saja tau.
Kau percaya ke dengan lelaki yang menelefon kau tu?”
“Aku percaya.”
“Kenapa kau boleh percaya?”
“Hati aku mengatakan aku percaya.”
“Kalau dia buat sesuatu tak senonoh
dengan kau, macam mana?”
“Maksud kau, bagaimana?”
“Kau tahukan kak, orang sekarang
ramai yang tak jujur!”
Madena merengus. Dia melihat seorang
lelaki berbadan tegap menghampiri mereka. Dada Madena sudah bergoncang.
Debarnya kian terasa.
“Cik Zaida ke?”
“Ya, Cik Zaida.”
“Saya Johnny.”
Lelaki itu membongkokkan badannya.
Mereka berbalas senyuman.
“Ini adik saya, Madena.”
“Oh ya… mari ikut saya.”
Madena rasa tidak sedap hati. Namun Zaida
sudah menarik tangannya supaya mengikut lelaki itu.
“Kau tak takut ke, kak?”
Madena seakan berbisik, namun diatur juga
langkahnya. Lelaki berbadan tegap itu diperhati dari belakang.
Poliskah dia? Atau lelaki ini seorang
penjahat? Bagaimana Zaida boleh berhubung dengan lelaki ini?
“ALLAH ada perhatikan kita. Nak takut
apa?”
Aduh, zaman sekarang terutama bila
sudah terlampau ramai pendatang asing, semua perkara harus diambil kira. Orang
berniat baik pun harus diragui kerana kita sukar membaca hati orang.
“Maaf, saya menyusahkan cik berdua.”
Suara lelaki itu perlahan sahaja.
“Tak mengapa.”
Zaida menjawab lembut.
“Tapi saya selalu melihat mereka di
sini. Pakaian kotor, percakapan tidak seperti usia mereka.”
Lelaki itu bersuara perlahan. Sedap
suaranya! Madena berkata dalam hati. Tidak tahu kenapa perwatakan lelaki yang
tegas itu cepat dapat menangkap tingkah laku lelaki tersebut.
Mereka melalui kaki lima di Jalan Chow
Kit itu. Ada beberapa buah kedai masih lagi dibuka. Salah satunya kedai runcit
yang dikuasai bangsa Arab sedang menurunkan pelbagai makanan di dalam kotak
dari lorinya.
“Saya risau dengan keadaan masyarakat
sekarang ini yang tak pernah ambil peduli.”
Lelaki itu sudah memperlahankan
langkahnya. Menoleh pada Madena. Wajah lelaki itu seperti ada keresahan yang
sukar diungkapkan.
“Maksud Johnny, bagaimana?”
“Masyarakat kita sudah tidak ambil
peduli lagi. Pembangunan insan sudah lebur bersama pembangunan fizikal. Kita
sudah tidak ambil tahu dan tidak pernah peduli walau ada jiran kita yang mati
kelaparan.”
Kata-kata itu bagaikan sengatan di
telinga Madena. Membangkitkan rasa bersalah dan menghilangkan rasa prasangkanya
terhadap lelaki ini dengan begitu mendadak.
“Hati saya rusuh sungguh melihat
kehidupan mereka. Di mana-mana ada saja gelandangan. Di mana-mana ada saja anak
yang terbiar. Bagaimana pula dengan hidup kita ni nanti? Terlalu mementingkan
diri. Kenapa semua orang tidak peduli? Esok kalau Tuhan persoalkan, bagaimana
kita mahu mengelak diri daripada menjawabnya?”
Lelaki itu terus bersuara. Mereka
sudah berjalan masuk ke satu lorong yang Madena tidak perasan apa namanya. Lama
sungguh dia tidak ke situ! Dan lelaki itu terus melangkah.
“Itu dia, Zaida.”
Lelaki itu berhenti buat seketika dan
kemudian melangkah perlahan di bawah pokok. Ada dua tubuh yang sedang berbaring
dialas dengan kertas.
Mendadak perasaan hiba yang sukar
diluahkan berkumpul di dada Madena.
“Saya tak tahu sama ada mereka tu
adik-beradik atau bukan. Tapi kesian mereka tu. Beberapa hari yang lepas, saya
mendengar mereka berkata; emak pergi hisap dadah, dia tinggalkan kita. Kenapa emak
tak bagi kita dadah? Dia makan sorang…”
Mata Madena terbeliak. Dia rasa
tercekik mendengar kata Johnny itu.
“Johnny tahu bapak dia orang di
mana?”
“Saya tak pasti. Zaida, lakukanlah
sesuatu. Zaida kenal ramai orang, kan? Berilah kepada sesiapa yang boleh
menjaga mereka. Saya mahu menjaga, tapi saya tak mampu.”
Friday, 27 March 2015
Blurrr
Tak tahu ape patut aku loretkan dilaman ini, Otak kosong , blurr..Aduhhh. Apa nak jadi ni.Tak ada edia langsung.Aduhhh...Nak gi tidur dulu la...
Thursday, 26 March 2015
Seni tangan
Tak sangka kakak Ku berbakat pd seni ini. Minat pd kecantikan pelamin dan seni gubahan. Mungkin INI adalh anugerah dr ilahi kpdnya.
![]() | |
| Untuk majlis pertunangan |
![]() |
| Untuk Baby girl. |
Label:
kecantikan
Wednesday, 25 March 2015
Happy birthday my lovely niece
Happy birthday sayang acik iman.semoga menjadi anak yg soleh Dan diberi kesihatan yg baik serta berbakti kpd org tua..love you soo much.
Subscribe to:
Posts (Atom)