Wednesday, 31 December 2008

Photo#

Salah satu bangunan di Unisel.
Bergambar sebelum check in.

Ibu tersayang di tempat menunggu.











Masjid di Unisel.

Tuesday, 30 December 2008

Hari -hari terakhir 2008

27 Dec 2008: Hari ini kami sekeluarga menghantar adikku Nur'ain ke UNISEL ( Universiti Industri Selangor) di Batang Berjuntai Selangor. Perjalanan Dari Klang ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Kami melalui jalan Kapar. Adikku Zulhaidi yang memandu.Dengan mengikut jalan Kapar ke Batang Berjuntai mengambil perjalanan sejauh kira-kira 80km jaraknya.Melalui Ijok kami lihat jalannya baru diturap dan berdebu bila keringdan panas. Sampai disana kampus berjuntai bestari kami mengambil no giliran untuk perdaftaran kemasukkan. Selesai pendaftaran kami pergi keblok yg lain untuk mengambil kunci asrama dan no blok. Sebelum balik kami singgah sembahyang Zohor Di masjid Di unisel. Sampai dirumah kira-kira pukul 5.30 ptg. Badan terlalu penat tak sempat pergi track hari ini.
Sampai disana kampus berjuntai bestari kami mengambil no giliran untuk perdaftaran kemasukkan. Selesai pendaftaran kami pergi keblok yg lain untuk mengambil kunci asrama dan no blok. Sebelum balik kami singgah sembahyang Zohor Di masjid Di unisel. Sampai dirumah kira-kira pukul 5.30 ptg. Badan terlalu penat tak sempat pergi track hari ini.
28 DEC 2008 ; Pagi ini aku awal bangun kira -kira pukul 6.50 pagi. Terus pergi mandi dan bersiap serta sembahyang subuh. Pukul 9.30 pg aku terus bersiap untuk menghantar ibu aku ke airport.
Kami pergi dengan menaik kereta yg dipandu aloh abang ipar aku. Ibu aku akan pulang ke kampung dengan di temani oleh kakak aku.Kami menunggu di balai berlepas sampai pukul 12.30 tengahari. sebelum kakak dan ibu aku check in tiket. Tapi sempat la buat sesi bergambar.
Sampai dirumah kira-kira pukul 2 .30 ptg , kepala sakit tak tau la ptg ini sempat ke tak pergi track diKlang. kepada semua rakan- rakan aku menyucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009. SEMOGA IMPIAN MENJADI KENYATAAN....

29-30Dec 2008 : Boring sangat aku habis baca buku sebanyak 3 buah dan lihat dvd cartoon 2 movie.
petang aku pergi track dapat la lari sebanyak 4 laps lebih kurang 3 km.
Kepada rakan2 aku aku ucap kan HAPPY NEW YEAR 2009...

Kenangan.


Gambar ini di ambil
dihadapan masjid Unisel
Batang Berjuntai.

Monday, 15 December 2008

Obsesi

Ini aku petik dari sebuah novel karya Abdul Rahim Awang.

Mengapa.....?

Mengapa aku harus didedahkan kepada penderitaan ini sedangkan aku berada disini.
Bukan atas kehendakku juga bukan atas permintaanku?

Salahkah aku semata-mata kerana merelakan permintaan yang sememangnya
tidak mampu ku tolak?

Engkau....?

Mengapa engkau yang sudah tiada masih terus mencorakkan segalanya?
Mengapa engkau yang tidak pernah kukenali terus mewarnakan hidup dan masa depanku?
Mengapa engkau enggan melepaskan sesuatu yang tidak boleh ku miliki lagi?

Dan dia.....?

Mengapa dia harus terus berahsia, sedangkan engkau dan aku sama-sama merelakannya?

Friday, 12 December 2008

Wish

I wish all my friends : Selamat Maal Hijrah, Merry Christmas and Happy New Year 2009.

Wednesday, 10 December 2008

PERJALANAN...........

Setiap insan tidak ada yg sempurna, tetap ada kesilapan yg dilakukan.
Begitu juga diri ini, Kadang2 terfikir betul ke apa yg aku lakukan, tapi tetap tak ada jawapan.
Memang payah memikirkan , jalan masih panjang yg perlu dilalui. Dlm cuti ini aku tak buat apa2
cuma pergi lihat kakak aku yg tak sihat yg baru keguguran. memang jika lihatnya siapa yg tak sedih , dijaga dengan baik selama 7 bulan lebih tiba -tiba hilang begitu sahaja. Kakak benasib baik mempunyai suami yg perihatin. Yg menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Hari raya aidil adha tu aku tak balik kampung tiket bas dah habis jadi duduk disini sahaja sambil melihat kakak yg tak berapa sihat tu. raya tu hujan sampai petang, berhenti sekejap dlm pukul 5.00 ptg so aku keluar pergi track di stadium klang, dapat buat dlm 4 laps , sebelum hujan turun lagi.Harap tak terlewat untuk aku ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN BUAT UMAT ISLAM SEMUA.