Tuesday, 14 June 2016

Rindu

Lamanya x menulis sebarang pos dlm laman ini. Dah bersawang dh blog aku ini. Hari ini genap la 9 ramadhan utk thn 2016 ini. Alhamdullillah masih diberi kesempatan utk bernafas dimuka bumi ini.
Salam ramadhan buat semua..

Tuesday, 14 July 2015

Salam aidil fitri..

Dah lama aku x update..alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini..Hari ini 27 ramadhan...Dan esok bermulalah cuti panjang Selama seminggu.Disini aku ingin mengambil kesempatan menyucapkan Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin.menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap selama INI..

Sunday, 14 June 2015

Sudirman Hj, Arshad - Ayah dan Ibu

SElamat Hari Lahir Maa dan Abah..

Tentu ada yg pernah dengar rangkap lagu ini  nyanyian Allahyarhan Sudirman Haji Arsyad..

Ayah dan ibu , itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari...

Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat,,


Hargailah ibu bapa kitaa..9 jun dan 10 jun merupakn tarikh lahir abah dan maa,,

Tanpa mereka aku tidak akan ada didunia ini.  Sayang sangat padmu maa , abah.. tiada ucapan dapat mengambarkan rasa hati aku ini.

Selamat hari lahir maa , abah..semoga dirimu sentiada dipelihara oleh ilahi.

Love you soo much.. 


 



Sunday, 7 June 2015

Seseorang Untuk Aku~ Rehan Makthar

Sudah terlau lama rasanya aku tidak menulis didlm laman ini. Kesebukan dng tugas membuatkn aku terpaksa melupakn minat aku ini.. Baru aje selesai  menghabiskan bacaan novel yg bertajuke Seorang Untuk Aku karya penulis Rehan Makthar. Menarik kisahnya, Kisah pergorbanan seseorang kakak kepada adiknya

Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?...



Saturday, 9 May 2015

Bolehkah aku..

Dh lama aku tak update di DLM lmn ini. Kesibukkan kerja menghalang aku .Biasalah jika berkerja di syarikat jepun..langsung x dpt aku curi masa.huhuhu. Terlalu bnyk kejadian yg berlaku. Kematian abg sepupuku kerahmahtulah ..mengingsafkan. Aku... Bagaimana dng kehidupan aku dimasa akan dtg..Cinta bg aku tiada nilainya. Ia terlalu berharga dn mahal harganya.. Mampukh aku memilikinya walau pun ia se cebis.. Aku melihat keadaan disekelilingku. Dan mendengar disekitar Ku..boleh kah aku memilikinya. Bukanlh kisah sebuah novel atau pun drama. Is satu kenyataan. Walau terasa sakit bibir tetap menyuntum senyuman.. Redhakah aku dng semua ini....berikanlh aku kekuatan untuk menghangat kn hati insan yg aku sayang.. Love you soo much ibu...