Sunday, 23 May 2021

Reveiw drama Thailand( Love Destiny)

Review drama Thai yang sangat awesome. Genre time-travel. Period drama, cerita di kurun 17. Kingdom Ayutthaya, di zaman King Narai.

    barisan pelakon 2  Love destiny

Kudos to the scripwriter yang berjaya mengolah cerita fiksyen bersulam dengan sejarah dan politik. Sangat menarik dan tak membosankan. Tak heavy, boleh lah layan..

Pertama kali tonton Thai boran (ancient history), rasa sangat wow, ibarat menyelusuri sejarah Kingdom Ayutthaya bersama female lead.



female and male lead
their chemistry makes your heart flutter, rasa goosebumps
 
Lakonan dan plot drama yang SOLID, takde watak bodoh-bodoh alang, plot filler, extreme villain, balas dendam, love triangle, misunderstanding, boleh katakan plot yang sangat flowing. Cinematografi yang awesome, light humour, serta introduction to Thai culture. 

Cuma bab pakaian yang tak berapa best. Hamba-hamba perempuan yang low-class, semua berkemban, gigi diwarnakan hitam. Lelaki bangsawan masa perjumpaan dengan King, tak pakai baju, berlenggeng je..haishh..

Plot/Storyline

Cerita mengenai roh seorang pelajar arkeologi bernama Ketsurang yang masuk ke dalam badan seorang perempuan bangsawan yang cantik jelita tapi jahat/kejam di kurun 17 yang bernama Karakade. Karakade bertunang dengan Det, golongan bangsawan juga dan anak kepada kawan bapa dia. Bila ibubapa Karakade mati, Karakade tinggal di rumah keluarga Det. Karakade ni sangat jahat dan kurang ajar sampaikan Det pun benci dia. Det sukakan Canward yang lemah-lembut. Karakade nampak Det dan Canward asyik main-main mata, senyum-senyum simpul. Dia cemburu dan sakit hati

Opening drama di kurun 17. Karakade suruh dayang dia buat khianat kepada Canward dengan menyelam dalam sungai dan terbalikkan sampan. Canward terselamat tapi dayang dia mati. Det sangat marah. Dia syak Karakade tapi takde bukti. Dia berpakat dengan bapa dia buat upacara 'mandrem'. Masa ni Karakade mati dan menyesal.

Langsung ke kurun 21, Ketsurang dengan boyfriend dia, Reungrit berjalan-jalan dalam kawasan kuil. Tetiba Ketsurang ternampak hantu Karakade. Mereka berdua ketakutan, naik kereta nak balik rumah. Hantu Karakade ikut mereka dalam kereta. Kerana terperanjat, Ketsurang dan Reungrit kemalangan. Ketsurang mati, roh dia ikut roh Karakade. Roh Karakade minta roh Ketsurang masuk ke dalam badan dia dan berharap Ketsurang bersihkan nama dia, buat baik, buat kebajikan supaya roh dia dapat hidup tenang. Ketsurang tak tahu yang dia dah mati dalam accident diera 21

Kembali ke kurun 17, Karakade yang terbaring, tak bernyawa, tiba-tiba bangun sebab roh Ketsurang dah masuk dalam badan dia. Masa ni kelakar giler. Dayang-dayang Karakade sangat takut. Bila Karakade tak mati walaupun dah melakukan mandram, Det & keluarga serta kaum-kerabat terdekat ragu-ragu, nak percaya ke tidak. Det masih tak percaya.

cantik - ukiran buah2an - Thai craft

Bermulalah perjalanan hidup Ketsurang dalam badan Karakade. Ketsurang tak tahu ramai yang sangat benci Karakade sebab dia sangat jahat. Yang bestnya, bila pelajar arkeologi/sejarah kembali ke zaman silam, sangatlah teruja bila dapat merasai secara praktikal subjek yang dipelajarinya. 

 
             Ayuthaya dalam drama ni
Ketsurang sangat teruja. Dia nak pergi, nak tengok semua tempat yang dia belajar. Setiap kali dia melawat tempat sejarah atau jumpa orang yang ada ditulis dalam buku sejarah, mesti dia cakap 'Reungrit, saya harap awak ada bersama saya ketika ini". Kemudian flashback ke kelas sejarah Ketsurang, mendengar penerangan pensyarah Ketsurang.

Semua kisah sejarah dalam drama ni ialah sejarah benar Kingdom Ayutthaya. Walaupun Ketsurang tahu apa yang akan berlaku, dia tidak mengganggu sejarah, dia biarkan sejarah terjadi seperti yang sepatutnya, "what will happen, will happen"

          Ketsurang yang ceria 
            jeti depan rumah Date
Berjayakah Ketsurang bersihkan nama Karakade? drama ni happy ending and well wrap-up. Ketsurang akhirnya tau yang dia dah mati di kurun 21, sedih juga bila roh dia kembali ke rumah, tengok mak dan nenek dia tengah bersedih. Boyfriend dia jadi sami, sebab sedih kerana dia yang pandu kereta masa kemalangan tu.
Diakhir cerita Ketsurang berkahwin dng Det dan mempunyai anak. 
Diakhir Det suruh anaknya yg sulung kit mengali buku yg telah ditanam, disitu kita tahu ada sambungannya.
Tak menyesal menontonnya ada dalam 40 episode di saluran Dimsu entertaiment.
Lakonan Bella Renne dan Pope 
Tunggu sambungan Love Destiny 2 kisah anak Ketsurang dan Det


Wednesday, 5 May 2021

Tart nenas gebu Cair didalam mulut,

Raya tak lama lagi , jadi hari ini nak buat tart nenas.Kalau beli tak cukup .Harganya pun boleh tahan.
#Tartgebu
#Baking
#bakewithlove

Jom kita tengok bahan nak membuatnya.


Bahan2

Tepung gandum 3 cawan
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar minyak sapi/ ghee
3 sudu besar tepung castard
2 sudu besar tepung jagung
250 gram butter/ margerin


https://youtu.be/PmfKNkeavCk

Wednesday, 28 April 2021

biskut raya, biskut forentine

Biskut raya yg mudah tapi harga kayangan, jadi apa kata kita buat sendiri.Bahan pun senang dicari 
Cuma guna  tepung forentine dan kekacang.
Campur semua bahan dan kacau.

dah siap bakar, yum yum.

Friday, 23 April 2021

Popia sardin menu simple utk berbuka

Lama tak buat popia, hari ini terus bUat utk Berbuka nanti, popIa sardin , simple sahaja.
Jom kita lihat bahannya. 
#Cili padi 10 biji, jika suka pedas boleh lebihkan. #halia sebesar ibu jari 
#4 ulas bawang putih 
# 3 labu bawang besar 
# diblender 


3 labu bawang besar dipotong halus
2 ubi kentang dan dipotong
  1 biji carrot Dipotong kecil2 
Kacang peas kalau suka boleh lebihkan
3 sudu besar air perahan limau nipis 
Sardin tin besar


            Inti yg telah siap dimasak
              popia yg telah  digoreng 

Tuesday, 20 April 2021

bubur butir nangka(Hidangan untuk berbuka puasa/minum petang.

Bubur butir nangka adalah salah satu manisan tradisional kelantan. Sedap untuk minum petang dan untuk berbuka puasa. Ini aku buat untuk berbuka puasa ramadhan yg pertama.
Bahan untuk membuatnya pun tak banyak dan renyah.
jom kita tengok bahannya.

2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
3 keping nise/ gula kabung( 1/2 cawan )
1 sudu kecil garam
2 kotak kecil santan
Pewarna hijau
250 ml air
2 sudu tepung beras+3 sudu besar air
2 sudu besar halba
2 helai daun pandan
2 sudu besar air kapur

              Bubur butir nanka yg telah siap😋

Adunan yg telah siap diadun(Tepung pulut+tepung gandum+ air kapur+air+pewarna)Bentukkan dan direbus mcam buat ondeh2.
Air direbus dan dimasak+ halba hingga mendidih+masuk santan + nise+ gula+ daun pandan+ garam baru madmsukkan adunan butir nangka yg telah direbus tadi.
Butir nangka siap dan boleh dimakan.
Selamat mencuba.

Friday, 9 April 2021

Cucur Ikan bilis @Jemput jemput ikan bilis🐟🐟

Cucur atau jemput2 sesuai dimakan waktu pagi atau sebagai minum petang, Bahan pun simple sahaja.Jom kita lihat bahannya

Bawang besar dalam 6 ulas @Labu 
1 cawan ikan bilis
2 biji kentang ukuran besar
2 biji carrot
500 gram tepung gandum
1 sudu besar garam
1 sudu serbuk penaik
Air 250 ml ikut adunan

              Adunan tengah digoreng
                  Siap digoreng,
Sedapnya dng rasa ikan bilis😋😋😋
Jom makannnn😋😋😋🤤🤤🤤

Wednesday, 7 April 2021

kek coklate moist leleh

Kek coklat moist dng coklat dicairkan sedap sangat, Sesiapa Pengemar coklat dan kek coklat Tentu suka , kek ini boleh dikukUs atau dibakar. 
Tengok coklate cair tu  meleleh air liur🤤🤤🤤🤤
Jom kita lihat resepinya,

Saya guna tepung naik sendiri.
2 cawan tepung
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu soda baikabonat
1 sudu serbuk penaik
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam
250 gram margerin/ butter dicairkan

Untuk topping
1 buku coklat masakan
2 sudu koko serbuk
2 sudu besar margerin
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu cair
Selamat memcuba
😊😊😊😊😊