Monday, 8 June 2020

Kuih Kayu Keramat permintaan bonda

Resepi Kayu Keramat

500 gram Tepung Gandum
sebiji Telur Ayam
Secawan gula pasir
Secawan air
Sesudu kecil soda baikarbonat
Sesudu besar mauripan atau serbuk roti
2 atau 3 sudu margerin atau mentega

Masukkan tepung gandum kedalam bekas atau bm
Masukkan  gula pasir, telur, soda dan mauripan
Masukkan margerin dan air. Kacau sebati
Rehatkan selama 1 jam atau lebih. Buang angin dan bentukkan ikut suka. Goreng sehingga masak.


SeLaMaT mencuba ya😘

Maaf atas kekurangan πŸ™

FB page: Zaimah Zakaria dan masakan

Intergram: zaimah_roziah

Akaun ke 2 : zaimahzakaria52
      Sedap dan lembut sangatπŸ˜‹
   Kuih kayu keramat yg sudah digoreng.

Saturday, 6 June 2020

Selamat hari raya aidil fitri

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
- Zaimah Zakaria sekeluarga πŸ˜ŠπŸ™
πŸ’šπŸ’›❤

Monday, 20 April 2020

Resepi badak berendam

Hari ni buat badak berendam teringin nk mkn..ada yg suka kuih legend nie?
sy share resepinye..mmg sedap..tq pada tuan punya resepi dr group MAHI  di facebook😊😊 
Resepi badak berendam :

Bancuhan tepung :
2 1/2 cwn tpg pulut
1 cwn air pandan (blend daun pandan 5helai)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau

Cara2..
Campur semua bahan diatas, uli jd doh.. ps tu amek sikit doh, tekan2 bg leper, masukkan inti.. ps tu bulat2kan.. lps bulatkan, rebus doh td, tunggu dia timbul baru angkat.. (mcm buat buah melaka).. 

Bancuhan inti :
1/2 biji kelapa parut
2 sudu gula pasir
5 sudu gula merah
1/2 sudu kecil garam
Daun pandan simpul
1/4 cwn air
1/2 sudu besar tpg gandum

Cara2..
Campur semua bahan diatas kecuali tpg gandum, masak guna api sederhana.. kacau hingga kering. Last, masukkn tpg gandum dan kacau bg sekata, tutup api..
Bila dh sejuk, bulat2kan inti utk letak dlm tepung..

Bancuhan santan :
3 cwn santan
3 sudu besar tpg beras (bancuh guna air biasa)
1 sudu kecil garam
Daun pandan simpul

Cara2..
Campur semua bahan diatas, masak guna api  sederhana sambil kacau.. dh pekat sikit tutup api.. 
Bila dh siap rebus doh kuih td, tuang bancuhan santan, dannnn makan 😍

#badakberendam
Resepi by Siti Amirah Mat Isa(MAHN)
Terima kadih banyak2😊😊😊😘😘😘