Sunday, 30 May 2021

Covid dan patuh serta kedegilan

Kes covid semakin hari semakin naik, susah jika ada yang tidak patuh dan ikut saranan kerajaan. Bila meningkat salahkan kerajaan tapi tidak lihat diri sendiri. Baru2 ini lihat laluan gombak ke pantai timur jamed dng kereta menghala kepantai timur, Itu salah siapa , salah kerajaan ke?
 Janganlah petingkan diri sendiri  sedangkan aku sendiri pun sanggup tak jumpa adik beradik,sepupu sepapat,  makcik pakcik hakta jiran sebelah rumah πŸ˜”.
Bila penyakit ini kena pada keluarga baru menyesal tak sudah tapi sayang semua dah terlambatπŸ˜“ Satu keluarga kena , tolonglah berfikir dng akal yang waras, jangan petingkan diri sahaja.

Sayangkan keluarga anda. Bukan dng balik kampung jumpa mak ayah. Dikampung aku , anak balik raya tak tahu macamana boleh lepasπŸ€”πŸ˜“ akhirnya sekeluarga kena covid, ayah meninggal dan tak boleh melawat dan menghantar jenazah dikubur.Menyesal dah tak guna, 😠😷

Kes hari kehari makin naik, tak sedar ke lagi.


Tarikh hari ini. Tolonglah, Semakin parah.😠😠
Esok lusa tak tahu lagiπŸ˜·πŸ˜·πŸ˜·πŸ€”
ini semalam, dng kedegilan anda, sendiri membawa punca untuk keluarga anda dan orang kampung,mengalami covid,  Tahniah  , langsung tiada rasa bersalah kepada keluarga dan takut.😠😠😑😑
Anda semua memang hebat.
Akhirnya 1/6-14/6 kerajaan mengumunkan tarikh untuk darurat pkp.Hanya mampu berdoa semoga kes menurun.Ok lah melalut dah aku.Rindu semua, adik beradik ku.   Semoga akan pulih  seperti dulu.🀲🀲🀲
#Stayhome,
#Stayathome,
#Kawalanpergerakan
#Covid19,
#padamuallahhambamemohon,

Sunday, 23 May 2021

Gulai Daging Ala Zaimah Kitchens

Sudah lama nak makan gulai daging hari ini baru berkesempatan membuatnya.Bahan pun tak sesukar mana.Jom kita lihat bahan bahannya.

Bawang putih, bawang merah/besar, kayu manis , bunga lawang, cengkih, Halia, 
bahan yg disangai , jintan manis, jintan putih ketumbar, cengkih, pelaga, buah keras,Tumbuk sehingga halus dan campur didalam serbuk kari.
                  Daging lembu
         Untuk ditumis,
Diblender, bawang merah/besar, halia , bawang putih.

           Tumis sehingga naik bau
masukkan serbuk kari dan sedikit air dan masukkan daging,.
masak sehingga daging masak, Masukkan ubi kentang masak sehingga ubi masak masukkan santan , garam , bahan perasa dan sesudu kecil gula.Tunggu sehingga masak

Siap dihidang, makan dng roti atau nasi πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Selamat mencuba.

Reveiw drama Thailand( Love Destiny)

Review drama Thai yang sangat awesome. Genre time-travel. Period drama, cerita di kurun 17. Kingdom Ayutthaya, di zaman King Narai.

    barisan pelakon 2  Love destiny

Kudos to the scripwriter yang berjaya mengolah cerita fiksyen bersulam dengan sejarah dan politik. Sangat menarik dan tak membosankan. Tak heavy, boleh lah layan..

Pertama kali tonton Thai boran (ancient history), rasa sangat wow, ibarat menyelusuri sejarah Kingdom Ayutthaya bersama female lead.



female and male lead
their chemistry makes your heart flutter, rasa goosebumps
 
Lakonan dan plot drama yang SOLID, takde watak bodoh-bodoh alang, plot filler, extreme villain, balas dendam, love triangle, misunderstanding, boleh katakan plot yang sangat flowing. Cinematografi yang awesome, light humour, serta introduction to Thai culture. 

Cuma bab pakaian yang tak berapa best. Hamba-hamba perempuan yang low-class, semua berkemban, gigi diwarnakan hitam. Lelaki bangsawan masa perjumpaan dengan King, tak pakai baju, berlenggeng je..haishh..

Plot/Storyline

Cerita mengenai roh seorang pelajar arkeologi bernama Ketsurang yang masuk ke dalam badan seorang perempuan bangsawan yang cantik jelita tapi jahat/kejam di kurun 17 yang bernama Karakade. Karakade bertunang dengan Det, golongan bangsawan juga dan anak kepada kawan bapa dia. Bila ibubapa Karakade mati, Karakade tinggal di rumah keluarga Det. Karakade ni sangat jahat dan kurang ajar sampaikan Det pun benci dia. Det sukakan Canward yang lemah-lembut. Karakade nampak Det dan Canward asyik main-main mata, senyum-senyum simpul. Dia cemburu dan sakit hati

Opening drama di kurun 17. Karakade suruh dayang dia buat khianat kepada Canward dengan menyelam dalam sungai dan terbalikkan sampan. Canward terselamat tapi dayang dia mati. Det sangat marah. Dia syak Karakade tapi takde bukti. Dia berpakat dengan bapa dia buat upacara 'mandrem'. Masa ni Karakade mati dan menyesal.

Langsung ke kurun 21, Ketsurang dengan boyfriend dia, Reungrit berjalan-jalan dalam kawasan kuil. Tetiba Ketsurang ternampak hantu Karakade. Mereka berdua ketakutan, naik kereta nak balik rumah. Hantu Karakade ikut mereka dalam kereta. Kerana terperanjat, Ketsurang dan Reungrit kemalangan. Ketsurang mati, roh dia ikut roh Karakade. Roh Karakade minta roh Ketsurang masuk ke dalam badan dia dan berharap Ketsurang bersihkan nama dia, buat baik, buat kebajikan supaya roh dia dapat hidup tenang. Ketsurang tak tahu yang dia dah mati dalam accident diera 21

Kembali ke kurun 17, Karakade yang terbaring, tak bernyawa, tiba-tiba bangun sebab roh Ketsurang dah masuk dalam badan dia. Masa ni kelakar giler. Dayang-dayang Karakade sangat takut. Bila Karakade tak mati walaupun dah melakukan mandram, Det & keluarga serta kaum-kerabat terdekat ragu-ragu, nak percaya ke tidak. Det masih tak percaya.

cantik - ukiran buah2an - Thai craft

Bermulalah perjalanan hidup Ketsurang dalam badan Karakade. Ketsurang tak tahu ramai yang sangat benci Karakade sebab dia sangat jahat. Yang bestnya, bila pelajar arkeologi/sejarah kembali ke zaman silam, sangatlah teruja bila dapat merasai secara praktikal subjek yang dipelajarinya. 

 
             Ayuthaya dalam drama ni
Ketsurang sangat teruja. Dia nak pergi, nak tengok semua tempat yang dia belajar. Setiap kali dia melawat tempat sejarah atau jumpa orang yang ada ditulis dalam buku sejarah, mesti dia cakap 'Reungrit, saya harap awak ada bersama saya ketika ini". Kemudian flashback ke kelas sejarah Ketsurang, mendengar penerangan pensyarah Ketsurang.

Semua kisah sejarah dalam drama ni ialah sejarah benar Kingdom Ayutthaya. Walaupun Ketsurang tahu apa yang akan berlaku, dia tidak mengganggu sejarah, dia biarkan sejarah terjadi seperti yang sepatutnya, "what will happen, will happen"

          Ketsurang yang ceria 
            jeti depan rumah Date
Berjayakah Ketsurang bersihkan nama Karakade? drama ni happy ending and well wrap-up. Ketsurang akhirnya tau yang dia dah mati di kurun 21, sedih juga bila roh dia kembali ke rumah, tengok mak dan nenek dia tengah bersedih. Boyfriend dia jadi sami, sebab sedih kerana dia yang pandu kereta masa kemalangan tu.
Diakhir cerita Ketsurang berkahwin dng Det dan mempunyai anak. 
Diakhir Det suruh anaknya yg sulung kit mengali buku yg telah ditanam, disitu kita tahu ada sambungannya.
Tak menyesal menontonnya ada dalam 40 episode di saluran Dimsu entertaiment.
Lakonan Bella Renne dan Pope 
Tunggu sambungan Love Destiny 2 kisah anak Ketsurang dan Det


Wednesday, 5 May 2021

Tart nenas gebu Cair didalam mulut,

Raya tak lama lagi , jadi hari ini nak buat tart nenas.Kalau beli tak cukup .Harganya pun boleh tahan.
#Tartgebu
#Baking
#bakewithlove

Jom kita tengok bahan nak membuatnya.


Bahan2

Tepung gandum 3 cawan
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar minyak sapi/ ghee
3 sudu besar tepung castard
2 sudu besar tepung jagung
250 gram butter/ margerin


https://youtu.be/PmfKNkeavCk