Sudah terlau lama rasanya aku tidak menulis didlm laman ini. Kesebukan dng tugas membuatkn aku terpaksa melupakn minat aku ini.. Baru aje selesai menghabiskan bacaan novel yg bertajuke Seorang Untuk Aku karya penulis Rehan Makthar. Menarik kisahnya, Kisah pergorbanan seseorang kakak kepada adiknya
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul
punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian.
Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja
dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah
ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap
berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr,
membuatkan dia hilang punca.
“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul
“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr
Demi
rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka
sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada
Qadr, semua itu boleh dipupuk.
“Haaa... Lagi satu nak sedekah
dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak
mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr
Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua
memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh
apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh
apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita
tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi
seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu
menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.
“Lai
rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang
merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” -
Qadr
“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu
abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul
“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr
Kerana
Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan
masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah
bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta
bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas
perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga
ke syurga. Mampukah dia?...
No comments:
Post a Comment