Baru aje habis baca novel yg bertajuk kimchi untuk awak karya Suri Ryana yg ke 4.Tak rugi membacanya.
Jalan cerita yg mantap, dan penuh gelak ketawa, ada sedih dan juga membuat kita tersenyum sorang2..Ada suspen..
Sinopsis :
Mati-mati Bella atau nama penuhnya Salsabila Salehuddin ingatkan dia
dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia.
Tidak pernah terlintas di fikiran Bella yang jangkaannya akan meleset
teruk. Huru-hara dalam hidup pelajar di salah sebuah universiti di
Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang
Antarabangsa Incheon lagi.
“Jang-nim!” - Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.
Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan melayu-korea yang bernama
Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau di dalam hidupnya.
Hilang terus mood nya untuk menikmati penerbangan business class yang
dihadiahkan Kak Long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang
menyebalkan hatinya itu. Kacak tetapi perangai macam samseng!
Episod
huru-hara berterusan apabila Kak Long memaksa Bella untuk membuat
kimchi sempena majlis menyambut kedatangan Presiden syarikat tempat Kak
Longnya bekerja ke Malaysia.
"What?! Kimchi?!! Biar betul Kak Long!"
Ah sudah! Manalah Bella pandai menyediakan makanan traditional korea
tersebut! Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang big boss
Kak Long itu adalah Danial Lee. Sememangnya lelaki itu tidak boleh
hidup tanpa kimchi.
Otak Bella semakin bertambah rungsing
apabila mendapat tahu yang Danial Lee dan papanya kenal rapat dengan
keluarga Bella. Pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka semakin galak
bertegang urat. Pendek kata, tidak ada yang manis langsung dalam
hubungan mereka. Semuanya masam dan pedas belaka. Danial pula mempunyai
sejarah silam dengan arwah Kak Ngah Bella.
Faris Hardy yang
tidak faham bahasa dan cuba memburu cinta Bella dari Seoul sehingga ke
Malaysia juga turut sama membuatkan otak gadis itu berserabut teruk.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-dua buah keluarga bersetuju
untuk menjodohkan Bella dan Danial Lee. Satu insiden yang berlaku di
kampung Bella memaksa dia dan Danial untuk bersetuju dengan hasrat
keluarga mereka. Setelah berkahwin, tidak ada apa yang berubah. Hubungan
mereka masih seperti anjing dan kucing.
Apabila ada perasaan
cinta bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella pula melarikan diri dan
pulang ke Seoul gara-gara tersalah sangka. Pelbagai perkara yang
menyusahkan Bella berlaku di Seoul namun dia bernasib baik kerana ada
omma, wanita yang penuh misteri di sampingnya. Bella pula cuba untuk
merungkai setiap persoalan di hatinya tentang hubungan di antara omma
dan Danial.
Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee
mengenepikan egonya dan cuba menjejaki gadis itu di Seoul. Siapa sangka
hubungan mereka yang awalnya masam dan pedas seperti kimchi itu menjadi
satu episod cinta musim luruh yang sangat manis..lebih manis daripada
cotton candy!
Adat berumah tangga, kadang kala ada badai yang
menimpa. Dalam keasyikan mereka menyulam cinta di Korea Selatan, Yoo Ri
dan Zara Lisa berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan bahtera
perkahwinan mereka.
Dapatkah Danial Lee Jae Hwan dan Salsabila
Salehuddin mempertahankan keagungan cinta mereka? Ataupun Yoo Ri dan
Zara Lisa berjaya memisahkan mereka? Dapatkah Zara merampas Danial dari
Bella? Tambahan pula apabila dia mengetahui sebahagian daripada resipi
rahsia kimchi kegemaran Danial. Apakah pula sebenarnya hubungan omma
dan Danial? Semuanya akan terjawab dalam kimchi untuk awak!
Suspen jugak...hehehehe..jeng jeng...
No comments:
Post a Comment