C
I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata
cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya
sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu
sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik
cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita
kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan
mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk
diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah
cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis
cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta
palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai
ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi
untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab
neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada
Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka
sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan
penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka
mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak
mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka
tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang
pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?
Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru,
janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan
makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada
apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan
oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini
membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu
orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah
Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana
Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah
seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut
ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar,
maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan
bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk
menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai
Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang
lain. SubhanAllah..
Katakanlah
“Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga
dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih
untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Cinta yang sebenar-benar cinta!