Sudah lama rasanya aku tak update blog ni, atas kesibukan kerja yg tidak menentu. Biasalah jika kuli jepun.masa ditempat kerja lebih banyak dari dirumah. Balik pun kadang2 lambat sekitar pukul 10pm. Ibubapa ku pun bising takut aku jatuh sakit..Kesian mereka ..Memang terdetik kepiluan dihati ini bila teringatkan mereka.. Ma & Abah anakmu ini sangat menyayangimu .
Ok jom kita bercakap tentang cinta, ramai orang yg suka bila bercakap tentang cinta. CInta ini banyak, Ada cinta terhadap lelaki atau pun wanita, cinta terhadap adik beradik, kawan , ibubapa , makcik , pakcik dan yg paling utama cinta terhadap yg maha pencipta..Allah S.W.T..
Bagiku cinta itu terlalu subjektif..cinta untuk lelaki ..perlukah.entahlah.memang didalam hidup ini kita perlukan cinta , kasih sayang dari seseorang. Bagiku itu semuanya sudah tidak penting.memang ramai yg bertanya , tapi aku buat endah tak endah sahaja. Cinta ku sekarang cuma kepada keluarga , ibubapa dan kepada tuhan yg satu.
Didalam Telivision sekarang ni banyak drama, filem yg menyiarkan cerita berkisar cinta. Salah satunya drama Adam dan Hawa, dan yg terbaru Sehangat Asmara. diabdatasi dari novel Aisya Sofea.
Cerita hindustan pun banyak cerita berkisar cinta. yg paling aku suka cerita, cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. tidak banyak berkisar cinta teruna dara tapi cinta terhadap ibubapa.menitik airmata bila melihat cerita ini.
Ramai orang suka akan novel ini, aku pun suka dan aku sendiri membelinya, walaupun sekarang ini sudah tiada didalam simpanan aku..
Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.
Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.
Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.
Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.
Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.
Bapanya yang merancang untuk memaparkan gambar Misya dan Kay di dalam sebuah majalah dengan harapan Zainal dapat bertemu kembali dengan Kay.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masihmenyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.
Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnyameskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.
Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.
Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka.
Tamat
Ye happy ending akhirnya Zainal dan Kay hidup bahagia dengan anak mereka Misya.
Hari ini semua bercuti untuk menyambut sambutan junjugan kita Nabi Muhammad S.a.w.
Esok dah mula bekerja balik.malas rasanya dihati. Tapi terpaksa juga.Adoi hai.
Ok nanti aku sambong lagi nak beredar dulu..
.SALAM MAULIDUR RASUL MUHAMMAD S.A.W
No comments:
Post a Comment