Wednesday, 12 March 2008

Kemalangan.....

Hari ahad em tak pergi track kaki em cedera dari paras lulut . Masa tu em dalam perjalanan ke tempat kerja, ketika itu gelap dan em tak nampak tiba2 em terasa macm sesuatu benda berada dicelah kaki em dan em tak dapat mengimbangkan badan em. bedebuk macm nangka busuk em terjatuh , terkena lutut dan em tengok lulut em luka . Em ingat tak ada apa2 rupanya hari sabtu tu kaki em dah bengkak nak berjalan pun sakit so selepas mengundi brother in law em bawak em ke klinik dapat mc hari isnin duduk rumah , adoi boringnya tak dapat nak cakap.

Hari selasa kaki em dah kurang sakitnya so em plan nak pergi ( panasonic sport centre ) jika tak sakit em plan nak running mungkin lebih kurang 3 atau 4 kilometer.

Thursday, 6 March 2008

Rehat.

Semalam pergi umah my uncle di Ampang , ada buat sedikit kenduri doa selamat .
Panggil orang masjid dan kebetulan My uncle imam disana.habis kenduri tu dalam pukul 10.00mlm. Ingat nak cabut aja, tapi makcik em tak bagi balik awal ,so kena la tolong dia orang berkemas.Habis berkemas tengok jam dah pukul 10.30 pm. Penat sangat dan balik ke umah di Klang dalam pukul 12.00 pg.Sampai aje terus masuk bilik , fikir terus nak tidur tak larat sangat.
Salin baju tidur dan terus zzzzz. Nak kerja esok hai pening la nanti mengadap boss. kerja tak pernah habis. Plan hari ini nak pergi ke PSC ( Panasonic Sport Centra ) di Shah Alam sesyen 21.

Wednesday, 5 March 2008

LIFE

Syukur, em dpt menulis lagi, dan dipanjangkan umur oleh yg esa.
Tak dapat em bayangkan apa akan berlaku jika perkara itu tak terjadi pd em.
Mungkin em tak bersyukur dan lupa akan kehidupan ini.
Kadang2 kita terlupa dan leka akan peluang yg diberi serta lepa akan kehidupan yg diberi oleh yg esa.
Ketika itu em dlm perjalanan pulang dari pejabat pos dari membayar bil2.
Kereta em parking di seberang jalan. Masa itu em nak melintas tiba2 datang sebuah lori dipandu dng lajunya.Em tergaman dan terkejut sekejap . Walau pun hon lori itu dibunyikan em rasa seperti dipukau dan rasa kaki tu terlekat di jalan. Lori itu terus membelok dan berhenti mendadak dikawasan sekolah, Syukur tak terjadi apa2 keatas diri em.

Sunday.. pergi track dan berlari seperti biasa.400x 10 laps = 4km
Baru habis baca blog seorang rakan runner pm33 dan Damya hanna.penulis kegemaran ku.