Sunday, 15 March 2020

Kek birthday march (14/3/2020)

Alhamdulillah  siap  jugak kek  untuk bawak  ke pokluck ahad ini.  Biasalah amateur tak  secantik  orang  yg  dah  Biasa@ master chef πŸ˜€. Lima  Jam  Mula buat  Dari mengadun  , membakar hinggalah  menghias. 
Alhamdulillah  , shukur  sangat. 
#budakbarubelajar 

Monday, 2 March 2020

last day to pidmy

Last as kerja kilangπŸ˜”πŸ˜”
.
Pejam celik pejam celik..dah  29 tahun 3 bulan aku di sini, LamakanπŸ˜…. Setelah sekian lama..akhirnya berhenti  jugak(Retired)haha..Tipu lah kalau tak sedih 😭😭. Tamat sekolah pon sedih...apatah lg  29 tahun pengalaman sebagai pekerja disini.😭😭😭

Sepanjang harini aku berjalan jalan keliling kilang bersalaman..minta maaf..minta halalkan hutang dan makan minum..dan ucapankan bye bye. Rata rata ucapkan tahniah (why?) Dan doakan selamat maju jaya untuk fasa hidup aku lepas ni. Aammiinn 🀲🀲.. terima kasih atas doa kalian.. juga ucapan Hari lahir Aku Hari ini  πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚ dah bertambah usia Aku, πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

29 tahun dan 3 bulan..pelbagai perkara berlaku πŸ€—.. daripada berkawan dan berkominiti di dalam kilang hinggalah bergado manja. Daripada zero microsoft excel to something. Daripada yes boss sampailah berani bersuara. Kt sini suasana tak aggressive. Kat sini juga lah aku belajar untuk tolerate terhadap org lain.. πŸ˜…πŸ˜…
.
Berat hati nak tinggalkan kawan2 tapi mungkin setakat ini sahaja rezeki Aku disini.. banyak lagi nak cerita..nanti2 lah πŸ˜…..demi mengejar cita2 Dan jugak Masalah kesihatan Yang aku alami😭😭.. walau  pun masa  kerja ketika itu  ada Yang suka perli perli Aku, biarlah. Allah yg Akan membalasnya πŸ˜”, harp mereka berubah πŸ˜”πŸ˜”
Bermulalah kisah seorang full timer businesswomen and baking lepas ni ..aamiinπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ€—
 Untuk sahabat sejati my bff  dan rakan2 Yang lain kita tetap boleh berjumpa diluar walau keadaan apa punπŸ€—πŸ€—πŸ€— Doakan Aku , wish me all the best guysπŸ‘πŸ‘πŸ‘
 BYE  BYE PIDMY 😭 BYE BYE  PANASONIC 😭😭😭😭

Wednesday, 26 February 2020

Apam mekar

Apam Mekar😊

Ni resepinya...

Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
Satu sudu besar ovalette
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air ice cream soda
2 cawan tepung gandum

Cara-cara:
Pukul telur, ovalette, gula dan esen vanilla sampai pekat dan kembang. Betul2 kembang tau. Biar bertanduk gitu. Pakai mixer baru cantik. πŸ˜€ Lepastu masukkan air ice cream soda dan mixer lagi sampai sebati. Dalam 30 saat gitu. Lepastu masukkan tepung gandum perlahan-lahan. Ni kaup balik je. Jangan mixer. Nanti apam jadi padat dan keras lepas masak. Bila adunan dah siap, bahagikan kepada warna-warna kesukaan anda. Dan masukkan dalam cup saiz sedang2. Ikut kreativiti la nak dapat kelopak macam tu. Kukus dengan API KUAT selama 10 minit. Penutup periuk kukus balut dengan kain batik. JANGAN buka penutup hingga sampai waktu, takut nanti kembang tu menguncup malu. πŸ˜‚ Dan MESTI guna api kuat kalau nak dia merekah macam tu. Dan kalo nak dia merekah sampai keluar cup tu, korang bohlah banyak sikit dalam cup tu.

Untuk adunan ni, kalau pakai cup macam dalam gambar, dapat 18 cup. Dan jangan risau. Sis punya tak manis sangat. Kalau nak kurang lagi manis, 1/2 cawan gula cukup. 

Sedikit tips yang Sis baca daripada blog2 orang:
1. Masa kukus air mesti dah mendidih betul.
2. Guna api kuat. Supaya apam merekah. 
3. Air soda tu mesti yang baru. Jangan yang dah buka. Nanti gas tak cukup. Tak kembang. 
4. Ovalette check. Takut dh expired atau rosak. 5. Guna cup kecik dan keras sikit supaya tak lembut bila dikukus. Kalau cup melembut, nanti apam tak naik. 
6. Pukul telur, ovalette, dan gula mesti gebu segebunya. Seeloknya pakai mixer. Kalau pakai blender, susah nak dapat gebu ala2 meringue tu. 
7. Masukkan tepung slow2 dan kaup balik saja. Jangan mixer. Kalau over mix, nanti lepas masak, apam jadi keras sebab padat sangat. 
8. Balut penutup periuk kukus supaya wapair tak menitik atas apam. 
9. Jangan buka penutup periuk kukus nak check2 dalam tu. Buka hanya lepas 10/11 minit. Kalau awal sangat buka, apam yg dh merekah tu akan turun balik.

Ni je yg Sis ada baca. Petua lain korang boleh search lagi. Harap jadilah ye. πŸ˜‚

Sunday, 16 February 2020

roti boy Mexico bun

Hari ini teringin sangat nak buat roti  .maka terhasilah roti ini Roti Mexico boy.. .yummy dapnyaπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

kelas roti 16/2 🍞🍞🌭🌭🌭

Alhamdulillah, siap kelas roti Hari ini.Terima kasih Sara dan yati join kelas roti Hari ini.

tanamanku

Alhamdulillah, mengisi masa lapang Dan akhirnya membuahkan hasil😍