Sunday, 25 January 2015

Melancong ke Langkawi

Sudah lama kami sekeluarga merancang untuk melangcong lebih2 lagi di pulau legenda LANGKAWI.
Akhirnya pada 25/1/2015 aku , kakakku sekeluarga , ibubapaku , adik-adikku akhirnya bertolak ke pulau lengenda. Aku dan kakakku sekeluarga dihantar ke KLIA2 oleh biras kakakku Rani.Ibubapaku dihantar oleh adikku Syamsiah setelah ibubapa ku bermalam semalamam dirumahnya.


                                    MENUNGGU KETIBAAN AHLI KELUARGA DI KLIA2

                         AKHIRNYA SAMPAI JUGA KAMI DI LANGKAWI.

               26 Jan 2015 barulah plan kami bermula untuk Menjelajahi Langkawi.

Thursday, 1 January 2015

Biarlah berlalu..

Sunggu lama aku tidak menulis apa2 entry didalam blog ini..Tahun 2014 adalah tahun yg meninggal kan terlalu banyak kenangan pahit manis didalam hidupku.. Tahun 2014 jugak berlaku tragedi yg menyayat hati kepada semua..Tragedi kehilangan MH 370 , Tragedi MH 17 dan baru2 ini bencana alam di Pantai timur ..
Terlalu sedihnya hati melihat kejadian ini. Biarlah berlalu,  Semoga 2015 lebih baik dari yg lepas . Selamat Datang 2015 dan Selamat Tinggal dalam kenangan 2014 terimakasih segalanya..Walau perit ku tempohi jua untuk masa yg mendatang.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.



                                         BIARLAH JADI KENANGAN


Masjid  yg ditenggelami air banjir di kampong ku.


                                                          Banjir yg berlaku di Kelantan darul Naim 2014



Salah satu jalan di Kampong Laut Palekbang kelantan yg rosak teruk
Disekitar kampongku

Sunday, 5 October 2014

Gastrik datang lagi

Adoi la, gastrik aku datang lagi, rasa macam2 dlm perut, nak kata lambat makan baru aje makan, tapi memang dah nasib nak kena. Jap lagi nak pergi rumah kakak aku ..Tangan dan kaki aku pulak sakit.
Nak berjalan pun seksa. Ya allah jika ujian ini yg kau turunkan kepada aku , aku terima ya allah..ampunilah dosa2 yg aku lakukan dan yg lalu.Rindunya dengan rakan2 lamaku, tapi mungkin mereka sudah melupakan aku..Tak mengapalah , Apa yg aku harap mereka bahagia walau dimana pun berada.

                                               Selamat menunaikan ibadah korban.                      



               

Saturday, 4 October 2014

Salam Aidil Adha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

SELAMAT HARI AIDIL ADHA BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN..


Rindu

Rindunya aku dengan trak , dah lama aku tak berlari, rindu nak berlari, rindu dengan ragam orang disana, rindu dng kerenah mereka, Bila aku dapat peluang itu semula..SEmoga impian aku tercapai ..

                                                      Suasana ditrak Stadium Sultan Sulaiman

Friday, 3 October 2014

MY LOVE WRITTER

Baru habis baca Blog Penulis kesayanganku, Suri .http://queenlpermaisuri.blogspot.kr dilaman blog beliau..Bila Jari jemari menulis.Memang tidak menjemukan.
Pelakon yg dijadikan hero dalam blog tersebut..
Tidak sabar menantikan kelahiran cerita ini dicetak ..Bella dan Danial  (KIMCHI UNTUK DIA   )
                                                              Hero-hero Suri Ryana

Saturday, 23 August 2014

MH17 dlm kenangan

Al-fatihah untuk mangsa MH17 , semoga rohmu ditempatkan  digolongan yg beriman Amin ya rabilalamin..Kepiluan terakam disetiap wajah..Takziah untuk keluarga semua mangsa nahas MH17
Mati itu pasti tapi kita tidak tahu bagaimana caranya kita akan pergi dan bila waktunya kita akan menemui yg esa. AL-FATIHAH.....T_____T