Tuesday, 7 January 2014

KISAH NABI SALEH DAN KAUM TSAMUD


Nabi Saleh A.S. dengan rasa rendah hati menghadap ke hadrat Allah SWT berdoa, bermohon kepadaNya agar memberikan kepadanya satu mukjizat bagi membuktikan kebenaran risalah dan ajarannya sekaligus mematahkan segala tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia bermohon kepada Allah SWT supaya menciptakan seekor unta betina yang dikeluarkan daripada sebuah batu karang yang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit di situ.

Maka sejurus kemudian dengan keizinan daripada Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang itu dan keluarlah seekor unta betina daripadanya. Dengan menunjukkan kepada binatang yang baru keluar daripada perut batu besar itu, berkatalah Nabi Saleh A.S. kepada kaumnya; “Inilah unta yang Allah SWT telah datangkan kepada kamu sekalian sebagai bukti. Oleh itu janganlah kamu ganggui dia dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas muka bumi Allah SWT ini. Dan satu perkara lagi iaitu, unta ini akan bergilir-gilir dengan kamu dan ternakan kamu bagi mendapatkan air minuman dan ketahuilah bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya sekiranya kamu cuba mengganggu unta ini.”
Unta Nabi Salleh A.S. bebas berkeliaran memakan rumput sesuka hatinya tanpa gangguan. Begitu juga, apabila tiba gilirannya untuk minum air, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari semakin merasakan bahawa dengan kedatangan unta itu di tengah-tengah masyarakat mereka itu merupakan gangguan, bagaikan duri yang melintang di dalam kerongkong. Tetapi, dengan berhasilnya Nabi Saleh A.S. mendatangkan mukjizat itu, maka gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usaha mereka ingin menjatuhkan dan menghilangkan pengaruh Nabi Sa leh A.S. bahkan sebaliknya telah menebalkan pula kepercayaan orang ramai dan menghilangkan rasa ragu-ragu ter hadap ajaran yang dibawa olehnya. Kini dendam kaum Tsamud semakin kuat.
Mereka berusaha pula untuk menghasut para pemilik-pemilik ternak agar mem bunuh unta itu dan kemudian mengusir Nabi Saleh A.S. keluar daripada kota itu. Satu kumpulan ditubuhkan oleh orang-orang dari kaum Tsamud bagi mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh A.S. itu. Rancangan itu dikuatkan lagi apabila muncul seorang janda bangsawani yang kaya raya, menawarkan akan menyerahkan dirinya ke pada sesiapa sahaja yang berjaya mem-bunuh unta Nabi Saleh A.S. Di samping janda itu, seorang wanita lain yang mempunyai beberapa orang anak perempuan yang cantik menawarkan tawaran yang sama seandainya ada orang yang berhasil membunuh unta itu.
Tawaran-tawaran seumpama itu dan berserta dengan rasa benci terhadap kaum Nabi Saleh A.S. akhirnya menarik perhatian dua orang pemuda daripada kaum Tsamud yang bernama Mushadda’ bin Muharrij dan Qudar bin Salif de ngan bantuan tujuh orang pemuda lain menampilkan diri mereka untuk pergi membunuh unta itu. Lalu mereka pergi bersembunyi di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta itu dalam perjalanannya ke perigi tempat ia minum. Di situlah berakhirnya hidup unta yang tidak berdosa itu apabila panah yang diajukan oleh Musadda’ mengenai betisnya disusuli pula oleh Qudar dengan menikamkan pedang di perut unta itu.
Dengan rasa bongkak dan sombong, pergilah para pemuda pembunuh unta itu keliling kota menyampaikan berita pembunuhan unta Nabi Saleh A.S. yang mendapat sambutan sorak-sorai dan riang gembira daripada orang ramai seakan-akan mereka baru kembali dari medan peperangan dengan membawa kemenangan yang gilang-gemilang. Ada di antara mereka mengejek-ejek mencabar Nabi Saleh A.S. dengan berkata: “Wahai Saleh, untamu telah kami bunuh. Oleh itu cubalah pula engkau datangkan kepada kami tentang ancaman sepertimana yang engkau janjikan, jika engkau sungguh-sungguh termasuk di dalam orang-orang yang sentiasa benar dalam berkata-kata.”
Nabi Saleh A.S. menjawab: “Telah aku peringatkan kepada kamu sekalian, bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya ke atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu, tunggulah kamu saat tibanya giliran kamu pula menerima azab yang Allah SWT telah janjikan. Kamu telah menentang Allah SWT, dan terimalah kelak akan akibatnya. Sesungguhnya janji Allah SWT tidak pernah meleset. Kamu sekalian boleh bersuka ria dan bersenang-senang hanya selama tiga hari, kemudian datanglah balasan Allah yang setimpal pada hari yang keempat. Demikianlah kehendak Allah SWT dan takdir-Nya yang tidak dapat dihalang atau dielakkan.”
Ada setengah pendapat daripada para ahli-ahli tafsir mengatakan bahawa, Al lah SWT sengaja memberi waktu selama tiga hari kepada kaum Tsamud, bagi memberi kesempatan kalau-kalau mere ka sedar akan dosa yang mereka lakukan dan bertaubat meminta keampunan seterusnya beriman kepada Allah SWT Namun kaum Tsamud tetap mengengkarinya, bahkan mengejek Na bi Saleh A.S. supaya menpercepatkan tempoh waktu datangnya azab yang dijanjikan dan tak perlu menanti selama tiga hari lagi.
Sebelum turun azab daripada Allah SWT, Nabi Saleh memberitahu kepada kaumnya bahawa azab Allah yang akan menimpa ke atas mereka itu akan didahului dengan tanda-tanda melalui tiga peringkat. Iaitu di peringkat hari yang pertama, wajah mereka akan menjadi kuning dan berubah kepada warna merah pada peringkat hari yang kedua dan berubah sekali lagi menjadi hitam berkilat pada peringkat hari yang ketiga sete rusnya turunlah azab Allah SWT yang amat pedih.
Setelah mendengar akan ancaman azab yang dijanjikan oleh Nabi Saleh A.S. kaum Tsamud terdiri daripada Mushadda’, Qudar dan tujuh orang pemuda lain cuba merancang untuk membunuh Nabi Saleh A.S. Mereka bercadang mem bunuh Nabi Saleh di waktu malam hari bagi mengelakkan dari pengetahuan pengikut-pengikutnya. Tetapi Allah SWT tidak terus membiarkan hamba-hamba-Nya yang kafir itu membunuh Rasul-Nya sepertimana yang berlaku terhadap unta Nabi Saleh A.S. Sewaktu mereka pergi ke tempat Nabi Saleh A.S. bagi melaksanakan rancangan pembunuhan di malam yang gelap dan sunyi itu, tiba-tiba satu longgokan batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya menimpa ke atas mereka sehingga mengakibatkan kematian. Demikianlah Allah SWT telah melindungi Rasul-Nya dari perbuatan mungkar dan niat jahat kaum Tsamud.
Nabi Saleh A.S. diperintahkan oleh Al lah SWT supaya meninggalkan kota Hijir dan kemudiannya menuju ke Ramlah, sebuah daerah di Palestin. Sebaik-baik sahaja Nabi Saleh A.S. berserta para pengikut-pengikutnya keluar daripada situ, Allah SWT telah menurunkan azab-Nya yang amat dahsyat disusuli dengan panah petir dan gempa bumi menghancurkan bangunan, rumah-rumah serta menelan kesemua penduduk- penduduknya.
Demikianlah keadaan yang berlaku terhadap kaum Nabi Saleh A.S. iaitu suku Tsamud yang engkar kepada perintah-perintah Allah SWT Di dunia lagi Allah SWT telah musnahkan kehidupan mereka sebelum menerima azab seksaan yang lebih pedih di akhirat nanti. Apa yang dapat kita jadikan pelajaran daripada kisah Nabi Saleh A.S. ini, bahawa kerana dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sebahagian kecil sahaja boleh mengakibatkan seluruh masyarakat yang lain turut binasa.
Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah SWT agar kita melakukan ‘amal makruf nahi mungkar’. Kerana dengan melakukan tugas itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran dan maksiat, kita telah berjaya mengelakkan diri dari dosa bersubahat atau menyetujui pekerjaan mungkar itu. Bersikap sambil lewa, acuh tidak acuh terhadap maksiat serta kemungkaran yang berlaku di hadapan mata, bererti kita secara tidak langsung telah sama-sama terlibat di dalam perbuatan mungkar itu..

Monday, 6 January 2014

My fovorite authour -part 2

       PABILA ROMEO VS JULIET

                  
                                             BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.                    

Sunday, 5 January 2014

My favorite authors- E-MAN SUFI

Dah lama aku minat sangat dengan penulis ni. Novel-novelnya tidak pernah aku miss dari memilikinya.
Salah satunya novel yg bertajuk Pabila Romeo VS Juliet terbitan karya seni.
Aku sudah mengorder secara online walau pun tidak dapat lagi ketangan aku. Mudah2an aku akan dapat memilikinya.
  Dan salah satunya novel yg bertajuk Bukan kerana aku tak cinta yg sekarang disiarkan di Astro Mustika HD

Akhirnya..


Sudah lama aku tidak menjenguk laman ku ini, Sudah lupa log masuk dan kesibukkan kerja yg tidak berpenghujungnya. Shukurlah akhirnya dapat juga aku menbuka dng mengunakan log masuk yg baru.
Bahang Tahun baru 2014 masih terasa , harap aku tidak terlewat untuk mengucapkan  Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua .
 Diriku masih Still begini,
Bosan duduk kat rumah , buka youtube dan melihat cerita lagenda ketika zaman aku kecil2 dulu.
Cerita animasi siputih.  Putih ialah sebuah filem animasi Malaysia yang diterbitkan sekitar 2001 arahan Rashid Sibir. Ceritanya adalah berasaskan cerita rakyat "Bawang Putih Bawang Merah.

Dan juga aku menonton dari siri Lagenda Indonesia betajuk DONGENG SI MERAH & SI PUTIH - YouTube.Dibintagi oleh Andrew Andika dan Mita Permadi.
Kadang2 seronok juga bila melihat cerita lagenda ini.Rindunya dengan bonda tersayang, walau setiap hari aku call tapi masih rindu , Nak balik kampung cuti tak ada, Bulan Feb nanti nak ambil cuti dan balik jumpa ibu tersayang. Rindunya..(^/^)....
 

Tuesday, 26 March 2013

Happy birthday Nur Iman Darwisa

Tak sangka Sicomel ini sudah pun berumur  2 tahun hari ini..
Cepat sungguh masa berlalu,  Selamat Hari lahir Iman Darwyisa..
Semoga dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg solehah  kepada kedua ibu bapa.

Wednesday, 27 February 2013

Batuk

Batuk, bilalah nak hilang ni..itulah yg aku sering ucapkan..dah jenuh makan ubat tetap macam tu juga..mungkin persekitaran.atau aku ni alah kot..NAK CUBALAH..MANA TAU DAPAT MENGHILANGKAN BATUKKU INI......

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1


Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau

nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1


Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau

nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.




LIMAU + MADU



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 3


Bahan:

1. limau kasturi + kicap

2. limau + madu

3. minum air rebusan epal merah

sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu

tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi

almaklumlah terlebih rajin…








Sunday, 24 February 2013

Debat Perdana: Abu Hanifah VS Dahri


Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang

benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya

dipenggal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis iru.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengar dengan penuh khusyuk.

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya.Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.

.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda in i berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.


"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.


"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh

dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung...!" Suasana menjadi agak bingar.

Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.


"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu

sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.


Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..."

Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.


"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.