Saturday, 21 August 2010

Memori ....

 Bila masuk aje bulan ramadan fikiranku terimbas kembali kenanganku dng arwah sahabat baikku
Shahriza Otok. Beliau meninggal dibulan Ramadan dalam usia 33thn atas sakit yg sangat ditakuti oleh kaum wanita sekarang ini ( breast cancer ). Aku rasa ralat sangat tak dapat berjumpa dngnya disaat terakhir beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang yg beriman....ALFATIHAH.........huk huk huk huk....

Didepan...Mikin, Arwah dan siapa lagi aku la yg cantik jelita keh keh keh......dan dibelakang Aisyah......
Alang ...tak pernah aku melupakan dirimu , kau tetap bersemadi dihati sanubari ku.....AL FATIHAH ....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Saturday, 14 August 2010

Bazar Ramadan

Hari ini  dah hari ke4 kita semua berpuasa, memang terasa penat dan letih lebih2 lagi cuaca panas terik.
Tapi bila petang rasa seronok juga , sebab apa , bila petang ramai yg akan pergi ke Bazar ramadan .
Disana bermacam2 jenis juadah dijual antaranya ayam panggang, ikan percik dan panggang , murtabak dan bermacam2 jenis kiuh muih. Bagi yang tak sempat memasak dibazarlah mereka mencari lauk pauk untuk berbuka nanti.

Hari ini aku hanya membeli Air cendol sahaja, org kata time ini lah semuanya teringin tapi janganlah membazir......bila tengok makanan dibazar ini rasa semuanya nampak sedap....
Kepada teman2 semuanya beli lah mana yg perlu sahaja ...



pemandangan disalah satu bazar ramadan , disini tak kira berbagai kaum datang membeli dan ketika inilah bermacam2 jenis juadah dijual , ketika hari biasa jarang nak jumpa bila ramadanlah juadah itu dijumpai dan dijual.

bermacam jenis lauk pauk dijual...

Ikan panggang dan percik

salah satu kuih kegemaranku...Kuih ondeh ondeh ataupun kuih melaka...

Wednesday, 11 August 2010

Tak sedap badan.

Esok bermulalah seluruh umat islam menunaikan rukun yg kelima, berpuasa dibulan Ramadan. Aku harap semuanya dapat melaksanakan rukun itu dng penuh tawaduk dan keinsafan didlm diri. Hari ini kepala sakit pulak, Dah mula start selsema ni, esok dah posa adoi mintalah aku dpt laksanakan rukun islam ni.

Ambik cuti hari ini plan nak gi ambik gran keta di Kompleks PKNS hari ini, hrp tak ada apa2 yg menghalangnya. Janji dng Sue jika tak ada apa2 nak jumpa ptg nanti. Sebelum tu nak singgah gi klinik jap ambik ubat , hidung dah start gatal ni huwaaaaa, mama tulung anakanda mu ini, Oklah dah rasa penat la tangan ni ,nak ceta lagi tak tahu apa yg nak diceta dan ditulis kat post ni............



http://www.emocutez.com
Selamat berpuasa buat semua muslimun dan muslimat , jangan pulak jadi puasa yang yok pagi2 bukak tudung periuk..hehehehe....

http://www.emocutez.com

Monday, 9 August 2010

Salam Ramadan.

Tiada hari seindah JUMAAT , tiada kata seindah ZiKIR , tiada ibadah seindah SOLAT , tiada bulan seindah RAMADAN, salam Ramadan AL-Mubarak dan Selamat berpuasa ...( kepada Rakan2 muslimin dan muslimat )....  )(No portion of the day Friday, there is no remembrance of Allah said portion, no portion of ritual prayer, no portion of the month of Ramadan, Ramadan Al-Mubarak greetings and Happy Fasting ... (to friends of the Muslims ...)
http://www.emocutez.com

Sunday, 8 August 2010

Kaew Tah Pee (Apple of My Eyes)



Baru aje menonton drama bersiri Thailand yg bertajuk Kaew tah pee (Apple of my eyes. ) cerita ini aku tengok dari You Tube.

sinopsis

Chisanu jutawan buta yang kehilangan cintanya setelah dia kemalangan kereta yang membuat dia buta dan kekasihnya meninggalkannya untuk berkahwin dengan orang lain .

Suatu hari , ia bertemu dengan seorang guru tadika yang cantik , Nathlada, Yang baru saja kehilangan cinta dan hampir bunuh diri . Tetapi Dia berubah fikiran setelah dia melihat seorang buta penuh harapan seperti dia . Dia fikir bahawa ia adalah seorang nelayan miskin . kebaikan nya menyentuh hatinya dan dia tidak ingin kehilangan lagi , sehingga ia mencadangkan untuk menikahinya dan ia menerimanya walaupun ia berfikir bahawa ia adalah seorang nelayan buta miskin .

Selepas perkahwinan mereka dan Nathlada tahu kebenaran , mereka pergi ke Perancis untuk dioperasi . Namun, bekas kekasih Chisanu ingin kembali dan melakukan segala muslihat untuk memisahkan mereka . "

http://www.emocutez.com

Selesai sudah menonton drama Artit Ching Duang / Striving For A Sun bahagian akhir. Melihat cerita ni membuat aku sakit hati rasanya. Diakhir cerita rasa kesian pulak pada  heroinnya yg akhirnya terpaksa menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

http://www.emocutez.com

Saturday, 7 August 2010

DOA HARIAN DAN PENGERTIAN DOA

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.


Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.

TUJUAN DAN ADAB BERDOA

◦Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.
◦Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
◦Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
◦Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
◦Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T

http://www.emocutez.com

Monday, 2 August 2010

BAD MOOD.

Tak tahu mcmana nak cakap , mood nak buat kerja pun tak ada,hati tu usah nak ckplah nak marah ada, nak menangis ada, nak meraung pun ada hehehe ....(Sabarrrr)......
http://www.emocutez.com
Serba tak kena dibuatnya...muka tu tak usah nak cakaplah masam aje heheheh..
(takut org pandang ) kelat semcm aje...
http://www.emocutez.com
Kawan2 nak dekat pun naik takut heheheh....
http://www.emocutez.com
Malas nak fikir lagi mood pun tak elok lagi ni...
http://www.emocutez.com