Tuesday, 23 June 2020

My youtube channel

Assalamualaikum,
Good morning everyone, Cuma nak imform dah ada youtube nanti boleh lah pergi tengok youtube channel , walau banyak yang kena belajar lagi dan ada kesalahan dan kesilapan diyoutube channel aku.Jemput ya dan jangan lupa like share comment  dan Subcribse channel youtube aku. 
Thanks ❤❤❤

Monday, 8 June 2020

Kuih Kayu Keramat permintaan bonda

Resepi Kayu Keramat

500 gram Tepung Gandum
sebiji Telur Ayam
Secawan gula pasir
Secawan air
Sesudu kecil soda baikarbonat
Sesudu besar mauripan atau serbuk roti
2 atau 3 sudu margerin atau mentega

Masukkan tepung gandum kedalam bekas atau bm
Masukkan  gula pasir, telur, soda dan mauripan
Masukkan margerin dan air. Kacau sebati
Rehatkan selama 1 jam atau lebih. Buang angin dan bentukkan ikut suka. Goreng sehingga masak.


SeLaMaT mencuba ya😘

Maaf atas kekurangan πŸ™

FB page: Zaimah Zakaria dan masakan

Intergram: zaimah_roziah

Akaun ke 2 : zaimahzakaria52
      Sedap dan lembut sangatπŸ˜‹
   Kuih kayu keramat yg sudah digoreng.

Saturday, 6 June 2020

Selamat hari raya aidil fitri

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
- Zaimah Zakaria sekeluarga πŸ˜ŠπŸ™
πŸ’šπŸ’›❤