Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri.
Makhluk
planet manalah ni? Pelik sungguh! Wah, rambut macam kari tumpah sekilo.
Kat
telinga ada subang. Kat leher ada rantai perak. Tak senonoh betul!
Muda dan… handsome. Handsome tak handsome, memang aku blacklist la jadi
laki aku. - Damia Farisha
Hmmm...
Boleh tahan cantik. Berwajah putih kemerah-merahan. Neutral tanpa
mekap. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki. Tapi
nampak kolot aje perempuan ni. - Tengku Aaron Shah
Dan tak sangka
pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga
sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan
kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua
jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada
jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat
dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh,
ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana
harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan
gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih
daripada sebuah eksperimen saja. Ada sebab dia berkahwin. Sebab dia
bukanlah seorang yang tewas! Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak
terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah
Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen.
Novel yang telah didramakan bertajuk Ariana Roses
“Saya memohon maaf kerana
mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan
Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...”
- Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal.
Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin
lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa
tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis
pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya
akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak
peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I
know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya?
Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu
kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu
dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir
dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat
dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang
ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil..