Wonderful Life
HIDUP ITU TERLALU INDAH JIKA KITA MENGHARGAI KEHIDUPAN.:-)
Sunday 27 February 2022
Ayam kunyit kacang panjang
Pagi tadi pergi pasar nampak kacang panjang beli 3 ikat kebetulan dah lama tak masak kacang panjang goreng kebetulan ada ayam dirumah so masakayam kunyit kacang panjang. Boleh juga goreng dng daging. Jika ada yg tak makan pedas boleh skip cili..Jom kita check bahannya.
Bahan bahannya.
Ayam yg telah dipotong kecil2
Halia dimayang kecil kecil
Bawang besar dipotong halus
Bawang puting dimayang kecil kecil
Cili besar
Cili padi
Serbuk kunyit
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Lada hitam
Minyak utk menumis
Bawang besar,bawang putih,halia,cili besar,cili padi
Ayam yg dopotong kecil dan dibersihkan
Kacang panjang yg telah dipotong dan dibersihkan.
Goreng ayam separuh masak.
Masukkan bawang ,cili dan tumis sehingga naik bau.
Letak kacang dan kacau sebati, campur kicap,sos tiram dan garam secukup rasa.
Letak ayam yg telah digoreng.
Siap dan boleh dihidangkan,sedap dimakan dng nasi panas.
Saturday 26 February 2022
Rori Nestum Homemade
Dah lama tak meroti hari ini tertunailah nak meroti.
Sedap dimakan dng kari ayam ke, kari daging ke atau sambal sardin.
Jom kita lihat bahannya.
Tepung gamdum 2 cawan
1 1/2 cawan nestum
2 sudu besar gula
3 sudu besar margerin
1 sudu kecil garam
11 gram yis
200 ml air suam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar pelembut roti
1 sudu besar serbuk penaik
1 biji telur
Monday 24 January 2022
tepung premix
Assalamualaikum uolls...๐๐
hujung minggu nak santai2 ngn family terpikir2 nk bermetime ngn ank2 nk buat ape kan?
ape kata buat kek ๐ฐ๐๐ฎbersama ank2 seronok kan..
❎perlu nk timbang2 tepung lg dah..nk google cri resepi lepas tu buat tak tentu jadi..
Jom try tepung premix kami semudah ๐ค uolls nk buat kek..☑️bakar&☑️kukus,,hnya tmbh beberapa bahan shj & semestinya confirm jadi..xkecewa๐๐๐๐..
Anak2 pom suka mak2 lagi suka kan๐ bukan tepung kek je yang ada,tepung premix aiskrim๐ฆ๐งpun ada dan ada minuman sawanah koko satu gabungan yg serasi.
Sesuai untuk semua golongan.
Jika beli Tepung premix 2 pack keatas, Kami beri gift ๐ istimewa ,
Cepat2 grab laju laju sebelum kehabisan stock.
Jom klik link wassap di bawah
Beli premix 3 pack keatas dapat gift dan harga istimewa.
Wednesday 22 December 2021
kuih poli ubi kayu
Salah satu kuih traditional kelantan berasaskan ubi kayu.
Digaul dng kelapa parut dan gula merah yg dimasak. Sungguh sedap lemak2 rasanya.
Bahan2
Ubi kayu yang diparut.
Daun pisang
Tali rupia
Gula merah*
2 sudu gula pasir*
3 cawan air*
Kelapa parut+ sedikit garam
* dimasak sehingga hancur dan tapiskan
๐๐๐๐๐
#traditional
#kuihmelayulama
#Traditionalkelantan
#Kuihkelantan
Ubi Kayu
Diparut
Dibungkus dng daun pisang
Direbus sehingga masak
Digaul dng kelapa parut
Diletak air gula merah
JEMPUT SEMUA DAN SELAMAT MENCUBA๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Tuesday 14 December 2021
Homemade Wedges ala Kfc
Jom cuba buat kentang wedges , sedap makan dng chesee dan sos cili.
Kentang yang telah dibasuh dalam 5 biji
Monday 13 December 2021
Mee goreng basah homemade, sungguh sedap.
Pagi pagi ni perkena mee goreng basah pun sedap, jadi buatlah mee, guna bahan apa yg ada. Jom kuta semak bahan2nya.
2 bungkus mee kuning.kalau tak ramai guna 1 bungkus sahaja.
1@2 bungkus mee kuning
*4ulas bawang merah
*3ulas bawang putih
*10 biji lada kering
1 labu bawang hollad, dimayang halus
* diblender
Udang
Isi ayam
Fish ball
2 kpngTauhu jika ada ( digoreng dan potong 6)
Kicap manis
Cili sos
Sos tiram
Minyak utk menumis
Sedikit air
Sawi
Kubis
Taugeh jika suka
Daun kucai jika suka
Udang dan isi ayam
Kubis dng fish ball
Sayur sawi
Friday 3 December 2021
Ondeh Ondeh @Buah Melaka
Sudah lama teringin nak buat buah melaka atau ondeh2 ,baru hari ini terlsksana.Kebetulan hujan diluar tu sedap jika jadi kudapan. Bukan bulan puasa aje , bulan biasa pun boleh buat.
Pewarna hijau saya letak daun pandan dan untuk memekatkan warna dia saya letak daun pucuk manis. Daun pucuk manis ni jika masak dng ubi keledek masak lemak memang sedap.
Saya blend daun pandan dng pucuk manis dng 2 gelas air.
Jom kita lihat resepinya.
2 1/2cawan Tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Sedikit kapur makan + 4 sudu air
7 helai Daun pandan*
3 tangkai daun pucuk manis*
2 gelas air*
* dicampur dan diblend sehingga lumat
Gula merah atau nise
Kelapa parut + garam secukup rasa.
Dibentuk bulat bulat atau ikut suka besar mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)