Saturday 24 November 2012

DuGaAn dan PeRaSaAn...

 Entah kenapa hari ini aku menjadi terlalu sensitif, dan cepat menjadi kecil hati, tak pasal2 budak Ria, menjadi mangsa..kesiannya dia..Mungkin aku menjadi hilang sabar dan cepat marah,,Ya allah ampunkan hambamu ..atas kelalaianku dan tidak dapat mengawal hati dan perasaan amarahku ini..

Adakah ini dugaan dan cubaanmu ya allah..

Allah berfirman bermaksud:


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?


Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.


Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.


Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,

Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.

Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.





Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.











Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.


No comments: