Tuesday 5 May 2015

KIMCHI UNTUK AWAK~ SURI RYANA

Baru aje habis baca novel yg bertajuk kimchi untuk awak karya Suri Ryana yg ke 4.Tak rugi membacanya.
Jalan cerita yg mantap, dan penuh gelak ketawa, ada sedih dan juga membuat kita tersenyum sorang2..Ada suspen..




Sinopsis :
Mati-mati Bella atau nama penuhnya Salsabila Salehuddin ingatkan dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Tidak pernah terlintas di fikiran Bella yang jangkaannya akan meleset teruk. Huru-hara dalam hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi.
“Jang-nim!” - Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.
Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan melayu-korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau di dalam hidupnya. Hilang terus mood nya untuk menikmati penerbangan business class yang dihadiahkan Kak Long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menyebalkan hatinya itu. Kacak tetapi perangai macam samseng!
Episod huru-hara berterusan apabila Kak Long memaksa Bella untuk membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan Presiden syarikat tempat Kak Longnya bekerja ke Malaysia.
"What?! Kimchi?!! Biar betul Kak Long!"
Ah sudah! Manalah Bella pandai menyediakan makanan traditional korea tersebut! Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang big boss Kak Long itu adalah Danial Lee. Sememangnya lelaki itu tidak boleh hidup tanpa kimchi.
Otak Bella semakin bertambah rungsing apabila mendapat tahu yang Danial Lee dan papanya kenal rapat dengan keluarga Bella. Pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka semakin galak bertegang urat. Pendek kata, tidak ada yang manis langsung dalam hubungan mereka. Semuanya masam dan pedas belaka. Danial pula mempunyai sejarah silam dengan arwah Kak Ngah Bella.
Faris Hardy yang tidak faham bahasa dan cuba memburu cinta Bella dari Seoul sehingga ke Malaysia juga turut sama membuatkan otak gadis itu berserabut teruk.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-dua buah keluarga bersetuju untuk menjodohkan Bella dan Danial Lee. Satu insiden yang berlaku di kampung Bella memaksa dia dan Danial untuk bersetuju dengan hasrat keluarga mereka. Setelah berkahwin, tidak ada apa yang berubah. Hubungan mereka masih seperti anjing dan kucing.
Apabila ada perasaan cinta bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella pula melarikan diri dan pulang ke Seoul gara-gara tersalah sangka. Pelbagai perkara yang menyusahkan Bella berlaku di Seoul namun dia bernasib baik kerana ada omma, wanita yang penuh misteri di sampingnya. Bella pula cuba untuk merungkai setiap persoalan di hatinya tentang hubungan di antara omma dan Danial.
Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee mengenepikan egonya dan cuba menjejaki gadis itu di Seoul. Siapa sangka hubungan mereka yang awalnya masam dan pedas seperti kimchi itu menjadi satu episod cinta musim luruh yang sangat manis..lebih manis daripada cotton candy!
Adat berumah tangga, kadang kala ada badai yang menimpa. Dalam keasyikan mereka menyulam cinta di Korea Selatan, Yoo Ri dan Zara Lisa berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan bahtera perkahwinan mereka.
Dapatkah Danial Lee Jae Hwan dan Salsabila Salehuddin mempertahankan keagungan cinta mereka? Ataupun Yoo Ri dan Zara Lisa berjaya memisahkan mereka? Dapatkah Zara merampas Danial dari Bella? Tambahan pula apabila dia mengetahui sebahagian daripada resipi rahsia kimchi kegemaran Danial. Apakah pula sebenarnya hubungan omma dan Danial? Semuanya akan terjawab dalam kimchi untuk awak!

Suspen jugak...hehehehe..jeng jeng...

No comments: