Wednesday 29 April 2015

Ibu

IBU oh ibu Lah segala2nya..IBU ENGKAULAH RATU HATIKU..
TAK DAPAT KU LUPA IBU OH IBU..

Thursday 23 April 2015

Pergembaraan bermula pd 24/4/2015

Esok PBAKL , dan esok juga bermulalah pegembaraan peminat buku dan novel sekalian. Aku plan dng kawan aku nak pergi cuti hari pekerja ni..Harap dapat berjumpa dng penulis kesayanganku ..
Ada juga buku yg dijual cara kombo, dan diberi diskaun yg murah gila...







Salah satu novel yg mesti dimiliki..Karya SURI RYANA Penulis novel M,A.I.D.yg sekarang diadtasikan kedrama..


RIA QISTINA NOVEL BY BIKASH NUR IDRIS



Mungkin anda semua pernah membaca novel ini, Terbitan Alaf 21 tahun 2003. Karya penulis kesayanganku, Bikash nur Idris.Ada tawa , tangis , gelak ketawa dan air mata..


Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.


Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?

Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat ''''setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?''''

Saturday 18 April 2015

Jamuan end contract my nepalies staff

Hari ni aku dan rakan aku mengadakan jamuan untuk staff aku seramai 3 org yg akan tamat contract hr isnin ini. Cuma 2 org  staff yg Tamat contract  shj yg dtg . seorang lagi x dtg..ape nk buat..walau bagaimana pun kami gembira ..atas kesudian mereka  menerima jemputan kami.. Walaupun kami hanya buat di KFC sek18 shj...bergambar Dan mkn..dng penuh gelak ketawa..

 Selepas makan bergambar dng staff dan my boss En Akmal..
Kenang2an with staff
En Akmal , bob , Syam and Karna
Nepalise and Indonesian girl staff
Selfie with Winti Mardian
Bergambar dulu sebelum makan..
Sedia, 1, 2, 3..

Tuesday 14 April 2015

Stress..

Tak pernah aku rasa penat mcm ni..Letihnya badan, kepala dah rasa sakit...dugaan betul hr ni.. Alhamdullillah.. Selesai jugk kerja yg disuruh..Dlm kepala hanya ingat bantal Dan selimut ...balik dulu ya...harapan semoga perjlnan ini Selamat sampai kedistinasi..#Selamat malam guys...

Monday 13 April 2015

Ini lah hidup

Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan..kita sebagai hambanya kena redha..baru mendapat berita dari kampong yg abang sepupuku Abe ki telah kembali kerahmatullah ptg Td..sedih rasanya aku tak sempat jumpa beliau .memohon ampon Dan maaf jika ada kesilapan..Arwah seorang OKU..cacat perdengran..Arwah meninggalkn seorg ibu.Arwah seorang bujang semasa hayatnya..Al-Fatihah..semoga rohnya ditempatkan digolongan org yg beriman dan beramal soleh..Aminnn.. Inilah kehidupan, kita tidak tahu ajal kita..Harta kekayaan tidak bermakna lg..nilai diri carilah diri..walau banyak rintangan..hadapilh..semoga ada yg lurus buat kita..

Friday 10 April 2015

iNGATLAH

INGATLAH..( Jaga diri dan  anggota tubuh  anda, Ia adalah satu tempat yg anda miliki dlm kehidupan.. )

  GOOD NIGHT  EVERYONE , SWEET DREAM...


Hayati..

Masih ingat tak lagu ini, dendangan allahyarham P.Ramlee..Lagu itu tak lapuk dik hujan tak lekang dek panas..Sampai sekarang sentiasa ingat lagu ini, Ia turut dinyanyikan oleh Datuk Sheila Majid.Versi sekarang. Sunggu merdu mendengarnya.....

P. Ramlee

Engkau Laksana Bulan

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

O..o..o O..o..
Kau tinggalkan diriku

Oh! Tuhanku
Mengapakah
Kau bezakan hidupku
Oh! Tuhanku
Mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku di siksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

O..o..o O..o..
Kau tinggalkan diriku
(Kau cabutlah nyawaku)

Oh! Tuhanku
Mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh! Tuhanku
Mengapakah
Sangat buruk nasibku

Mengapa ku di siksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita...

Tuesday 7 April 2015

Blank..

Sudah beberapa hari aku tak update  Terlalu letih rasanya  hari ini. Badan sakit, otot lenguh..nak deman ke..balik selalu lambat.. Sampai rumah dah tak mampu nak fikir apa2.. Fikiran blank . ingat dlm kepala  nak baring dan pejamkan mata.     ....... Rehattttttt..

Thursday 2 April 2015

Selamat malam

Syukur

Alhamdullillah , akhirnya dapat aku mencoretkan tinta dilaman ini. Kesibukkan kerja , keletihan berkejar tidak menghalang aku meluahkan apa yg terpendam didalam hati.Sudah 3 hari  hujan turun petang. Aku anggap itu satu dugaan dr ilahi. Badan rasa terlalu lelah dibuatnya. Kepala sakit sangat. Kerja tak pernah habis. Maaf kan aku jika aku tak sempurna. Aku hanya insan yg lemah. Rindunya dng dia.....masih adakah detik itu akan tiba. .......
.