Tuesday 10 March 2015

HANA ILHAMI WRITER



NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.

“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA

“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” - RAHUL

RAHUL... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.

Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan.

“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA

“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA

“Rahul...” - DONA

Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya.

“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?


Karya  penulis yang memang mengkagumkan aku. Novel pertama Beliau iaitu Perempuan lindungan Kaabah sangatlah memotivasikan aku. membaca novel kedua ini membuatkan aku teringat-ringat novel pertama beliau. Fokus penulis masih lagi berdakwah melalui penulisan, terbaikk ..






 Ya Maulana mengisahkan tentang Mohamad Iqbal Datuk Salam yang mengambil alih pengurusan Pulau Sayak Resort dan Darul Ulum dan cuba mempertahankan rumah anak yatim Darul Ulum At Taufiqiyah di tapak asal tanah pusaka datuknya daripada dipindahkan ke tempat lain untuk pembangunan hotel resort. Kedatangan Cik Adra anak Tan Sri Haniff  pemilik projek pembangunan hotel yang lincah dan moden ke Kampung Pulau Sayak bagi membincangkan pembinaan hotel tersebut telah menyebabkan berlakunya insiden sehingga Maulana Iqbal mengambil keputusan menikahi Adra Liyana. Pelbagai konflik dan tekanan dalaman keluarga dan penduduk kampung terpaksa dihadapi oleh Iqbal, di samping cabaran dan ujian yang perlu dihadapi dalam melayan karenah dan mendidik isteri yang baru dikenali itu. Manakala Cik Adra pula terpaksa mengharungi kehidupan di tempat baru yang amat berbeza bersama orang yang paling dibenci berada di dalam keadaan dilema di antara memenuhi kehendak daddynya bagi meneruskan rancangan projek tersebut dan menjadi isteri kepada Maulana Iqbal. Kalau nak tahu apakah yang terjadi sehingga mereka boleh bernikah ? Adakah Darul Ulum berjaya dipindahkan? Kalau nak tahu bagaimana kesudahan cerita ini, mesti dapatkan buku ini ye.... 



Adra Liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skirt masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

Maulana Iqbal, Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

Pendapat peribadi aku, karya ini merupakan antara karya yang paling terbaik pengisiannya yang pernah aku baca setakat ini. Membaca setiap baris ayat dari karya ini bukan sahaja buat aku tersedar dan menginsafkan aku malah membuatkan aku berfikir panjang, aku terasa seperti berada di dalam watak Adra, jiwaku meronta untuk berubah menjadi seperti wataknya di akhir cerita ini sehingga menitiskan airmataku dan sungguh terkesan hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam. Sejujurnya aku mengakui aku juga masih banyak kekurangan dan menginsafi kekhilafan diri ini. Masih banyak tanggungjawabku yang tidak terlaksana dan perlu diteruskan walau sebesar mana sekalipun ujian dan dugaan duniawi yang perlu aku tempuhi, permudahkan aku ya Allah untuk menjadi wanita beriman dan solehah insya-Allah dan aku memohon keredhaan-Mu. 



No comments: