Sunday 25 November 2012

Bila Waktu telah terhenti-Opick

Hasbi Rabbi - Saff One




Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung Tiada Tuhan di dlam hatiku kecuali Allah ,Cahaya Muhammad Pesuruh Allah... Tiada Tuhan melainkan Allah..Ya Allah ..tiada tuhan yang disembah melainkan allah..

Saturday 24 November 2012

DuGaAn dan PeRaSaAn...

 Entah kenapa hari ini aku menjadi terlalu sensitif, dan cepat menjadi kecil hati, tak pasal2 budak Ria, menjadi mangsa..kesiannya dia..Mungkin aku menjadi hilang sabar dan cepat marah,,Ya allah ampunkan hambamu ..atas kelalaianku dan tidak dapat mengawal hati dan perasaan amarahku ini..

Adakah ini dugaan dan cubaanmu ya allah..

Allah berfirman bermaksud:


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?


Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.


Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.


Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,

Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.

Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.





Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.











Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.


Saturday 17 November 2012

Top Tracks for Backstreet Boys (playlist)

FIRST TIME make egg tart..

Dah lama aku nak try buat tart telur..kebetulan makcik dari terengganu dtg so kami buat la tart telur, alhamdullilah jadi..


Pastri untuk kulit tart.


Menuang telur yg siap dibncuh dng gula..

Menunggu untuk dibakar..siap sedia

Dalam oven..

Yang dah masak..

YUMMY..

Backstreet Boys - Show Me The Meaning Of Being Lonely



Sentiasa diminati hingga kini...

Monday 5 November 2012

Syukur

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani ....

Sudah lama rasanya aku tak update blog ini..dengan kengkangan masa dan kesibukan kerja..
balik aje rumah tak ingat lain, nak tidur aje yg ada didalam fikiran ku ini.makan pun tak penting sangat..
Hari ini terpaksa kerja malam, mengajar staff baru untuk mengantikan staf indonesia yg akan tamat tempoh kontraknya pada hati khamis ini..padahal kerja dan plan aku sendiri pun banyak yg tak siap..nak buat macamana terpaksa la berkorban buat minggu ini.kalau ikut hati malas ..

Hari sabtu 3 Nov kami buat jamuan makan untuk rakan indonesian, kak Azwa yg belanja kami.
cuma aku, Mazlina, kak Azwa, dan rakan indonesian, LENI, RIA DAN LISA.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa yg patut ditulis lagi..insyaallah , jika diizinkan olehnya
aku akan sambung menulis lagi..

Suara aku pun dah teruk, dah macam itik serati..nak bercakap dah macam kartun..


                                        
                                       Kak azwa kiri dan Lisa  yg pengang kamera ..

.
Minuman makanan tak sampai lagi


                                           Ria yg pegang mangkuk ais krim dan Leni  disebelahnya.

                                              Terima kasih Kak Azwa , atas belanja makan ini..at RESTORAN D'KAMPUNG  AT ALAM EVENUE PADANG JAWA. SHAH ALAM/KLANG.