Tuesday 4 May 2010

Rasa hati....

Ini adalah kisah kesambungan post semlm, Tapi bukan berkenaan kisah aku.
Kisah ini adalah kisah rakan yg kita kenal . Aku gelarkan watak ini sebagai Aida.
Aida seorg perempuan yg menarik, tapi sayang masih belum berkahwin lagi.
Umurnya sudah mencecah 30an tapi x tau apa silapnya.
Dia pernah berkawan dengan seorang lelaki bujang terlajak
berkerja sebagai seorang engineer disebuah syarikat gergasi .
Dari persahabatan ini timbullah perasaan sayang dihati Aida terhadap
lelaki tersebut. Tapi malangnya nasib Aida lelaki itu langsung x ada perasaan pdnya,
Aida pasrah , Lelaki itu memutuskan persahabatan dan jika bertembung
lelaki itu memalingkan muka pd Aida. Aida mula2 pun pelik
tapi bila dia dah tau Aida rasa x kisah lagi. Bagi Aida biarlah lelaki itu dng hidung tingginya.
Lagipun Mak lelaki itu bukannya suka pd Aida, Bermacam2 cerita
yg Aida dengar, konon2nya mak lelaki itu berkenankan seorang Doktor pakar.
Aida tau dirinya x setaraf dng lelaki itu dia berkerja disebuah kilang
walau pun sebagai head system bukannya opperator pengeluaran.
Tapi tetap dipandang hina olah keluarga lelaki itu.Aida tau mak lelaki itu mcmana.
Kadang2 bila bertembung dng Aida mak lelaki itu bercerita dng Aida
dan bermcm2 cerita yg Aida dngr, kononnya perempuan dpn umahnya bertanya
kenapa lelaki itu x nak kawin lagi, mak lelaki itu pun naik marah la.
Dia ckp perempuan tu x ada maruah,, Dlm hati Aida Berkata ' ala kisah
aku pun ko jaja , ini kan pulak kisah perempuan dpn umah ko...
Aida diam aje walau pun hati geram tapi mengingatkan org tua Aida sabar aje.

Aida tau mak lelaki itu bukannya seorang yg baik mulutnya walaupun dah pergi Kemekah.
Dia suka mencecehkan hal orang lain dan bagi dia anak dan cucunya
yg terbaik. Langsung tak ada silap...Anaknya yg lelaki tu tetap dijaga
pergaulan dikawal..entahlah Aida dah malas nak berfikir.
Aida pernah la kawan dng anak buah lelaki itu ,itu pun
melalui lawan web yg disebut2 sekarang ini. Hanya dlm internet aje itu pun Diaorng
salah anggap pd Aida , konon2nya Aida baik dng anak buahnya kerana
nak memikat Lelaki itu, Anak buahnya dah pun buang nama Aida dlm senarai rakan
dan block nama Aida. Aida pun x kisah , bagi Aida dia tau apa yg dia
buat biarlah mereka dng hidung tingginya . Mungkin sekarang ini mereka berbangga dng
nasib baik mereka tapi mana tau tuhan tu maha adil...Sekarang ni bagi Aida
Hidup mesti diteruskan dan jika ada rezeki Aida akan berpindah kerumah
yg akan dibelinya....biarlah Aida kalau boleh x nak lagi berjumpa dng keluarga
lelaki itu.....................................

1 comment:

Anonymous said...

org kata hati manusia x sama , rambut sama warna walau pun dikaler, tapi hati lain2...semoga Aida tu bersabar , dan berserah pd yg esa....

norr...