Friday, 31 December 2010

Selamat tinggal 2010

Selamat tinggal tahun 2010, terlalu banyak pahit manis ditahun mu, dan SELAMAT DATANG 2011..DIKAU SENTIASA DIALUKAN..

2010 terlalu banyak kenangan pahit dan sedih yang aku rasakan, Untuk meninggalkan tahun ini pun rasa berat sangat dihati ini, Adakah tahun 2011 akan memberi sinar buat ku....Adakah kebahagian menanti ku di tahun baru ini...


Friday, 17 December 2010

Cermony Pedma 2010

                                                          Dengan rakan sekerja


Dengan rakan istimewa pekak dan bisu ( norhasyikin dan Rabiatul )


                     Pedma Ceremony pada 3-12-2010 bertempat di hotel De palma  Shah Alam.
                                                           Dengan suriani didepan hall hotel.

Wednesday, 17 November 2010

Salam AIDIL ADHA

sALAM aIDIL Adha dan selamat melakukan ibadah korban, Semoga ibadah kita diterima oleh yang maha esa.

Friday, 5 November 2010

Saturday, 25 September 2010

Kemalasan melanda..

Dah lama tak tulis entry  baru, Hari ini pun sama jugak tak tahu mengapa , boring , nak buat apa2 pun malas...kenapa hati macam ni...huk huk huk...tunggu ajelah bila kerajinan datang...

Wednesday, 15 September 2010

perjalanan yg panjang..

Isnin  13  Sept...  Alhandullillah akhirnya aku selamat sampai kerumah di Klang Selangor kira2 pukul 1 pagi, setelah menempuh perjalanan yg panjang lebih kurang 14 ke 15jam. Kami bertolak dari rumah Kelantan dalam  pukul 10.30pagi.

Dari pasir Mas dan Tanah Merah Jamed teruk , kereta bergerak perlahan2 sehingga Sampai ke Kuala Krai pun sama jugak, Tak perhah lagi Gua Musang Jamed .Tapi hari itu tercatat sejarah jamed sehingga nak sampai ke bandar Gua musang. Dari sana Singgah Shell Petronas isi Minyak kereta dan terus kemasjid untuk berehat sebentar dan menunaikan solat. Dan kami bertolak kira2 pukul 6.30ptg. sehingga nak sampai merapoh kereta bergerak perlahan....Selepas merapoh barulah kereta yg kami naikki bergerak lancar .
Sampailah Ke Jalan Highway Karak..
Syukurlah tiada apa2 ygf berlaku pd kami sepanjang perjalan itu...

Hari Raya hari itu seronok sangat, dapat berjumpa sanak saudara dan ayah bonda,
Raya pertama ,  tak pergi mana2 ramai saudara mara datang berkunjung kerumah sehingga malam.
Raya kedua   baru lah berkesempatan pergi kerumah Makcik dan pakcik saudara.
Raya ketiga   berihat kat rumah aje.

Monday, 6 September 2010

Perjalanan..

Esok bermulalah perjalanan aku ke kampong halaman ku KELANTAN DARUL NAIM . Perjalanan ku bermula  selepas berbuka puasa ( Mahgrib ) . Kereta akan dipandu oleh adikku. Cuti aku bermula pd 8 Sept sehingga 14 Sept .Perjalanan dianggarkan selama 8 jam ..... Tak tahu pukul berapa kami akan sampai.....
 Tunggu entri seterusnya ..... DISINI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENYUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Saturday, 4 September 2010

LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN.

Ada seorang lelaki yg memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa MUSA  faham bahasa binatang, dia merayu  MUSA  supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar , lelaki itu memgunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda  bahawa kuda itu akan mati tak lama lagi, lelaki itu segera menjual kudanya untuk menyelakkan kerugian.

Beberapa ketika kemudian  , dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan  memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati . Jadi untuk mengelakkan kerugian , lelaki itu  menjualkan keldainya . Selepas peristiwa itu , sekali lagi ayam jantan berkata2 dengan binatang lain, kata ayam jantan , bahawa hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi . Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat menyelakkan kerugian. Dia gembira dng tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yg ada padanya, - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.

Satu hari , lelaki itu terdengar pula ayam jantan itu berkata kepada anjing bahawa dia  - tuan mereka pula akan mati . Dalam ketakutan lelaki itu pergi menjumpai  MUSA dan meminta nasihat.
Kata MUSA   "sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula "
 Fahamilah ajaran cerita ini : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yg paling besar - diri kita sendiri.

                                        Sabda Rasulullah S.A.W :

    Yang amat ku takuti atas kamu ialah syirik yg paling kecil ( halus yakni Riya )


           
                                  Doa mohon Dijauhi Syirik

 Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau ,
                  dari menyekutukan  Engkau dengan
             sesuatu apa jua pun yang kami tahu sendiri dan
kami memohon ampun daripada Engkau apa yang kami tidak ketahui ;

              Firman Allah s.w.t. AL-Ra'ad , ayat 9 :

9. ; Dialah yang mengetahui perkara2 yg ghaib dan
yg nyata ; ( Dialah jua ) Yang  Maha Besar  lagi Maha Tinggi
             ( Yang mengatasi segala-galanya )
                                

Friday, 3 September 2010

Ramadan oh Ramadan...

Sedih rasanya  bila mengingatkan puasa dah penghujung hari, mungkin dalam 4- 5 hari mungkin kita semua akan menyambut bulan syawal. Tak tahu bila akan bertemu lagi......huk huk huk ...
DISINI AKU MENYAMBIL KESEMPATAN MENYUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.......

IBU TUNGGULAH KEPULANGAN ANAKMU INI....





BALIK KAMPUNG OH OH OH BALIK KAMPUNG....

Sudirman - Balik Kampung


Hayatilah , dan selamat balik kampong dan hati2 dalam perjalanan.....
Salam Aidil Fitri....

Tuesday, 31 August 2010

salam kemerdekaan

Bendera jalur Gemilang dikibarkan

Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah ’1malaysia menjana transformasi’. Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik.

Selepas 31 Ogos terus kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara kerana kita bakal menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini,"

P/S  ; Merdeka ! merdeka ! merdeka ...

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Monday, 30 August 2010

sahabat ...........

Setiap orang mempunyai rakan baik dan sahabat, tapi jika sahabat yg mendajalkan kita macamana?Ada seorang kakak ditempat kerja aku suruh baca salah satu post dlm blog aku.....dan dia kata ada kena mengena dng aku...sebab kakak tu tahu aku tak suka menulis cerita yg mungkin menjatuhkan maruah orang , dan akan menaikkan kemarahan orang lain  ,macamna boleh ada cerita demikian....dan hari ini ada seorang yg aku kenali memberitahu aku tentang cerita ini dan memberitahu aku yg dia marah kerana cerita itu mcm kisah hidup beliau, lagilah aku pelik....dan akhirnya.......

Aku baru aje baca salah satu post dlm blog aku yg bertajuk Makcik Ami....Adoi ...Macamana ada cerita ini padahal aku tak menulisnya... aku rasa hanya seorang yg tahu no akuan blog aku  ., Akhirnya aku menalipon rakan aku Nadia dan dia mengaku dia yg tulis ...Aku tahu dia tahu password blog aku...Kenapa dia sanggup dajalkan aku....Sakit betul hati aku dibuatnya.

Ada jugak kawan macam ni, Aku telah menukarkan password aku dan aku sungguh menyesal mempercayai dia.Kerana sebelum itu dia kata hanya nak tengok aje . Kenapa dia sanggup buat demikian apa yg dia dapat, cerita itu bukan sahaja menyakitkan hati orang lain tapi org yang aku kenali jugak...Macamana aku tak terperasaan dan tidak membaca  post itu.....

Aku minta maaf pada sesiapa yg terbabit yg aku kenali dan tidak aku kenali...atas tajuk post itu...
Nadia beritahu kisah tu kisah mak saudaranya dan dia tengah bengang dng makcik dia kerana makcik dialah hubungan dia dng teman lelaki dia putus.. tapi tak kanlah blog aku jadi sasaranya nak meluahkan apa yg terbuku dihatinya...Bagi aku dah orang tak sudi biarlah kumbang bukan seekor , bunga bukan sekuntum.....( orang macam ni pun ada dlm dunia ini )

Aku akui aku ni memang lembut hati., marah pun tak lama jadi senang2 dia pijak kepala aku...
Aku harap Nadia sedarlah , awak tu muda dan cantik ramai lelaki lain akan suka pd awak., Tak payah fikir pd org yg tak sudi. Dan aku harap nadia sedar apa yg dia lakukan ini salah , Kerana cara dia meluahkan rasa hati dia tu buat aku yg dapat nama busuk........INGATLAH NADIA  YOU DO NOT REPLY IT IS WHO BENEFITS THAT NOT ONLY corrupt degrading OTHER PERSON BUT YOU OWN PERSONAL..

Buat masa ini biarlah aku memikirkan persahabatan kita, bagi aku Sahabat tak akan menjatuhkan  maruah sahabat yg lain dan tak akan memalukkan sahabat yg lain, malah dia sanggup berkorban walau nyawa dia tergadai..

Disaat ini aku teringatkan sahabat karibku yg pergi meninggalkan aku, tiada sahabat sebaiknya...
Al Fatihah buatmu sahabat ku ( Shahriza )...

Seronok ke masuk hospital...

Pernah tak anda semua masuk dan kena tahan wad dhospital. Mungkin itu jadi persolaannya?
Aku ingat ketika aku ditingkatan satu aku pernah kena tahan diwad atas sebab kemalangan.
Ketika itu aku pulang dari sekolah dan ketika itu aku nak turun dari bas tiba2 bas jalan tak sempat kaki ku mencecah tanah dan aku terus terpelanting dan terbaring diatas jalan.Ayah aku cakap aku ni barnasib baik jika tidak nyawa aku melayang kerana ketika itu teksi sempat brek bila melihat aku terbaring diatas jalan.

Mereka membawa aku kehospital dan ditahan wad kecemasan. sebelum itu aku muntah doktor cakap  kepala aku tak apa2 dan aku di xray..Alhandullillah aku tak apa2 . Duduk disana selama seminggu..Adoi boring sangat2...Bila aku melawat adikku baru2  ini , teringat  kisah2  dulu..Lebih2 lagi anak buahku cakap  SERONOK KE MASUK HOSPITAL...




Dihospital inilah aku pernah ditahan dan dimasukkan selama seminggu...

Saturday, 28 August 2010

Kesakitan.

Kita tak minta sakit itu datang, macam deman dan batuk , kita menjaga pemakan kita tapi bila datang itu adalah ujian yg didatangkan oleh allh s.w.t yg hendak menguji umatnya dan tahap kesabarannya. Dengan itu segala dosa kita yg sekecil hama diampunkan oleh tuhan yg esa.

Macam hari ini  sakit perut aku  menyengat2 dari pagi lagi..dah taruk minyak panas pun tak hilang jugak. Ya allah jika hambamu ini  melakukan kesilapan ampunilah diriku..Ketika post ini ditulis perut masih sakit lagi.

Aku tahu ini adalah ujian yg didtangkan oleh allah kepada hambanya dng kesakitan yg sedikit. Tapi ada yg didatangkan dng kesakitan yg berat .


Friday, 27 August 2010

Malam- MaLAM TERAKHIR LAILATUL QADaR

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..



Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.


Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.


“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).


Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.


Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.


Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.


Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.


Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.


Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.


Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

cuti...

Apa nak buat hari ini? Persoalan yg tak terjawab....Lepas sahur  tunggu kejap ,  terus mandi kebetulan hari ini kena pulak kerja lebih masa....... Ditempat kerja berbagai bagai perasaan yg timbul  malas+ mengantuk+ bosan + boring........Adoi .....Bila dapat bercuti ni....hari minggu pun kena kerja jugak...banyak kerja yg tertangguh...........Walau pun demikian    SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA SELANGOR YG MENYAMBUT CUTI NUZUL QUR'AN hari ini.............dan selamat berhujung minggu...
SENYUM SENYUM SELALU ....

Tuesday, 24 August 2010

Wasiat rasullullah kepada wanita

Wasiat RASULULLAH KEPADA WANITA !!!!


Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari).

* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.

* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terimakasih diatas pemberian suaminya)

* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kawin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"

* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.

* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.


Wasiat rasullullah

10 wasiat Rasulullah kepada anaknya

1 )Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan derajat wanita itu.

2 )Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikana dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah

3) Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu org yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang

4)Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


5) Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah

6) Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7)Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8 )Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9)Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wannita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10)Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.
"perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai sholat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami." (HR.Ibnu Hibbab dari Abu Hurairah)

http://www.emocutez.com

Sunday, 22 August 2010

Makanan tradisional kelantan...

Hari kita bercerita pulak bab makanan tradisi kelantan. Hari ini dah hari yg ke11 kita semua berpuasa..., teringin sangat aku nak makan nasi kerabu dan laksam yg dibuat oleh ibu aku... sedapnya tak dapat aku banyangkan....Kuih akok pun sedap jugak.....

Dikelantan ikan panggang dan ayam panggang dia tak sama diSelangor....dikelantan ikan percik dan panggang dia disalut kuah yg dimasak terlebih dulu dng santan, cili, serai , bawang putih dan merah , masak sehingga pekat...

Sedap betul rasanya...makan dng nasi panas...huh terangkat........

http://www.emocutez.com



Kuih Akok
                                                                       Nasi kerabu...

laksam...


Solok lada sedap dimakan dng nasi kerabu..   


Nasi dagang ..


Saturday, 21 August 2010

Memori ....

 Bila masuk aje bulan ramadan fikiranku terimbas kembali kenanganku dng arwah sahabat baikku
Shahriza Otok. Beliau meninggal dibulan Ramadan dalam usia 33thn atas sakit yg sangat ditakuti oleh kaum wanita sekarang ini ( breast cancer ). Aku rasa ralat sangat tak dapat berjumpa dngnya disaat terakhir beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang yg beriman....ALFATIHAH.........huk huk huk huk....

Didepan...Mikin, Arwah dan siapa lagi aku la yg cantik jelita keh keh keh......dan dibelakang Aisyah......
Alang ...tak pernah aku melupakan dirimu , kau tetap bersemadi dihati sanubari ku.....AL FATIHAH ....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Saturday, 14 August 2010

Bazar Ramadan

Hari ini  dah hari ke4 kita semua berpuasa, memang terasa penat dan letih lebih2 lagi cuaca panas terik.
Tapi bila petang rasa seronok juga , sebab apa , bila petang ramai yg akan pergi ke Bazar ramadan .
Disana bermacam2 jenis juadah dijual antaranya ayam panggang, ikan percik dan panggang , murtabak dan bermacam2 jenis kiuh muih. Bagi yang tak sempat memasak dibazarlah mereka mencari lauk pauk untuk berbuka nanti.

Hari ini aku hanya membeli Air cendol sahaja, org kata time ini lah semuanya teringin tapi janganlah membazir......bila tengok makanan dibazar ini rasa semuanya nampak sedap....
Kepada teman2 semuanya beli lah mana yg perlu sahaja ...



pemandangan disalah satu bazar ramadan , disini tak kira berbagai kaum datang membeli dan ketika inilah bermacam2 jenis juadah dijual , ketika hari biasa jarang nak jumpa bila ramadanlah juadah itu dijumpai dan dijual.

bermacam jenis lauk pauk dijual...

Ikan panggang dan percik

salah satu kuih kegemaranku...Kuih ondeh ondeh ataupun kuih melaka...

Wednesday, 11 August 2010

Tak sedap badan.

Esok bermulalah seluruh umat islam menunaikan rukun yg kelima, berpuasa dibulan Ramadan. Aku harap semuanya dapat melaksanakan rukun itu dng penuh tawaduk dan keinsafan didlm diri. Hari ini kepala sakit pulak, Dah mula start selsema ni, esok dah posa adoi mintalah aku dpt laksanakan rukun islam ni.

Ambik cuti hari ini plan nak gi ambik gran keta di Kompleks PKNS hari ini, hrp tak ada apa2 yg menghalangnya. Janji dng Sue jika tak ada apa2 nak jumpa ptg nanti. Sebelum tu nak singgah gi klinik jap ambik ubat , hidung dah start gatal ni huwaaaaa, mama tulung anakanda mu ini, Oklah dah rasa penat la tangan ni ,nak ceta lagi tak tahu apa yg nak diceta dan ditulis kat post ni............



http://www.emocutez.com
Selamat berpuasa buat semua muslimun dan muslimat , jangan pulak jadi puasa yang yok pagi2 bukak tudung periuk..hehehehe....

http://www.emocutez.com

Monday, 9 August 2010

Salam Ramadan.

Tiada hari seindah JUMAAT , tiada kata seindah ZiKIR , tiada ibadah seindah SOLAT , tiada bulan seindah RAMADAN, salam Ramadan AL-Mubarak dan Selamat berpuasa ...( kepada Rakan2 muslimin dan muslimat )....  )(No portion of the day Friday, there is no remembrance of Allah said portion, no portion of ritual prayer, no portion of the month of Ramadan, Ramadan Al-Mubarak greetings and Happy Fasting ... (to friends of the Muslims ...)
http://www.emocutez.com

Sunday, 8 August 2010

Kaew Tah Pee (Apple of My Eyes)



Baru aje menonton drama bersiri Thailand yg bertajuk Kaew tah pee (Apple of my eyes. ) cerita ini aku tengok dari You Tube.

sinopsis

Chisanu jutawan buta yang kehilangan cintanya setelah dia kemalangan kereta yang membuat dia buta dan kekasihnya meninggalkannya untuk berkahwin dengan orang lain .

Suatu hari , ia bertemu dengan seorang guru tadika yang cantik , Nathlada, Yang baru saja kehilangan cinta dan hampir bunuh diri . Tetapi Dia berubah fikiran setelah dia melihat seorang buta penuh harapan seperti dia . Dia fikir bahawa ia adalah seorang nelayan miskin . kebaikan nya menyentuh hatinya dan dia tidak ingin kehilangan lagi , sehingga ia mencadangkan untuk menikahinya dan ia menerimanya walaupun ia berfikir bahawa ia adalah seorang nelayan buta miskin .

Selepas perkahwinan mereka dan Nathlada tahu kebenaran , mereka pergi ke Perancis untuk dioperasi . Namun, bekas kekasih Chisanu ingin kembali dan melakukan segala muslihat untuk memisahkan mereka . "

http://www.emocutez.com

Selesai sudah menonton drama Artit Ching Duang / Striving For A Sun bahagian akhir. Melihat cerita ni membuat aku sakit hati rasanya. Diakhir cerita rasa kesian pulak pada  heroinnya yg akhirnya terpaksa menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

http://www.emocutez.com

Saturday, 7 August 2010

DOA HARIAN DAN PENGERTIAN DOA

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.


Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.

TUJUAN DAN ADAB BERDOA

◦Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.
◦Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
◦Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
◦Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
◦Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T

http://www.emocutez.com

Monday, 2 August 2010

BAD MOOD.

Tak tahu mcmana nak cakap , mood nak buat kerja pun tak ada,hati tu usah nak ckplah nak marah ada, nak menangis ada, nak meraung pun ada hehehe ....(Sabarrrr)......
http://www.emocutez.com
Serba tak kena dibuatnya...muka tu tak usah nak cakaplah masam aje heheheh..
(takut org pandang ) kelat semcm aje...
http://www.emocutez.com
Kawan2 nak dekat pun naik takut heheheh....
http://www.emocutez.com
Malas nak fikir lagi mood pun tak elok lagi ni...
http://www.emocutez.com

Terseliuh.

Ptg tu aku plan nak gi track, tapi aku cancel last minit dan aku pergi finest , diKlang. Sampai disana dlm pukul 6.00 ptg, syukur org tak ramai lagi aku pergi kaunter dan bayar untuk jam yg aku gunakan. Gi di treadmill dan startkan dan aku buatkan speed nya mula dng 2 sehingga 8 .Aku berlari disitu dan buat sebanyak 4km. Aku mulakan slow balik dan check jam aku dah hampir pukul 7.30 mlm akhirnya aku stopkan dan aku pergi ambil beg aku diloker dan keluar untuk pulang kerumah.

Keika aku buat tu bahu aku tak terasa , tapi ketika aku memandu aku rasa bahu aku sakit. Aku dah cuba bermacam2 dan juga berjumpa doktor tak tahu la belum ada lagi perubahannya.

http://www.emocutez.com

Sunday, 1 August 2010

Umie Aida - Salam Taj Mahal (With Lyrics)



Salam Taj Mahal
Artist: Umie Aida

Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

Ku sambut suratan
Penuh rindu dendam
Menyusur naungan masa
Lambaian kelam asmara

Di sana dikau bertamu
Di sini aku beradu
Hujung pasrah ku bertandang
Lena bersama rahsiamu

Usah biarkan ia ditelan masa
Semalaman menghitung kelewatan
Semoga hati kita bisa mengerti
Walaupun hanya sekelip mata

Angin bisikan khabar kasih dan sayang
Leraikanlah mimpi malam yang sama
Di jiwaku namamu gemerlapan
Abadinya suatu pengorbanan

Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

http://www.emocutez.com

Michael Jackson's This Is It - New 'Smooth Criminal' Clip

Lagu dari Micheal Jackson...rasa enjoy bila mendengarnya.

Realiti kehidupan

Sememangnya kehidupan di dunia ini adalah sementara,hanya yang kekal zat Tuhan yang maha Esa.Selepas kita dimatikan,kita semua pasti akan dihidupkan kembali.Aku tak tahu sejauh mana pemikiran aku tentang kehidupan selepas mati,kadang-kadang bila teringatkan mati aku mula menangis mengenang dosa-dosaku yang telah banyak aku lakukan,akan tetapi bila waktu aku lupa kesilapan yang sama aku lakukan.Dimana letaknya diri pada pandangan Tuhan, terasa diriku kecil sangat.Ku mengharap bila menghadap Tuhan yang MAHA AGUNG satu hari nanti aku tidak dipandang hina walaupun aku telah banyak lakukan dosa.


YA ALLAH YA TUHANKU AMPUNILAH SEGALA DOSA HAMBAMU YG HINA INI.

http://www.emocutez.com




SETIAP hari kita mendapat maklumat mengenai kematian yang meragut nyawa manusia di mana saja dengan sebab berbeza. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian yang akan menghampiri setiap manusia, di mana saja dan bila-bila saja.Namun, secara umum pembicaraan mengenai kematian bukan sesuatu yang menyenangkan. Bahkan naluri manusia cenderung ingin hidup seribu tahun. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).


Kematian juga dikemukakan al-Quran dalam konteks menghuraikan nikmat Allah kepada manusia. Dalam surah Al Baqarah ayat 28 Allah bertanya kepada orang kafir: “Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedangkan kamu tadinya mati kemudian dihidupkan (oleh-Nya) kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya.” (Surah Al Baqarah: Ayat 28).


Bila aku duduk seorang diri aku berfikir terlalu banyak manusia yg alpa , ...Ya allah berikanlah petunjuk terhadap mereka...

http://www.emocutez.com

Template baru...

Pening betul nak cari lagout yg baru, cuba punya cuba nah ini lah hasilnya. Walau belum 100% aku puas hati tapi boleh lah. Tak tahu berapa lama template ini dpt duduk disinggah sana ini.

http://www.emocutez.com

Friday, 30 July 2010

Banjir Kilat...

Dalam pukul 4 petang hujan turun lebat tanpa henti , dalam pukul 5 ptg aku terpaksa menunggu sehingga pukul 5.30 ptg. Hujan belum lagi berhenti terpaksa juga aku meredah untuk pulang kerumah.
Jalan sudah pun jamed lebih2 lagi hujan turun dng lebat dari  tadi. Sampai di traffic light diPadang Jawa  Lihat kereta jamed teruk. Aku ikut dibelakang dan sampai ke Jalan Sungai Rasau rupa2nya terjadi Banjir Kilat, kereta terpaksa berjalan perlahan2 ada yg pusing balik dan melalui tol highway.

Perkara ini terjadi sungai sempit dan masaalah ini dapat dilihat setiapa kali hujan turun banjir kilat pasti akan berlaku. Tak tahu bila perkara ini akan berakhir. .Terlalu kerap banjir ini berlaku , bila hujan turun lebat aje mesti perkara ini akan terjadi. Pada umumnya, kejadian hujan ribut perolakan semasa musim-musim peralihan monsun pada bulan-bulan April dan Oktober adalah serentak dengan kejadian banjir kilat. Namun begitu, banjir kilat juga sering berlaku di pantai timur semasa musim monsun timur laut. Di pantai barat semenanjung, kejadian banjir kilat juga berlaku pada musim monsun barat daya di negeri-negeri utara semenanjung seperti Kedah dan Perlis. Semasa musim monsun barat daya, angin barat selatan yang diikuti kejadian ‘badai selari’ (line squalls) yang dikenali sebagai ‘Angin Sumatra’ juga membawa hujan lebat di pantai barat semenanjung, khasnya di Pulau Pinang dan sepanjang pantai Kedah dan Perlis. Pada masa itu, banjir kilat sering berlaku.


Aku lihat Satu kemalangan kecik antara penunggang motorsikal dan pemandu kereta berdekatan sekolah Rendah Cina di Sungai Rasau berdekatan jambatan. Dalam pukul 6.50ptg aku sampai kerumah walau pun jalan jamed teruk ...;-(



Salah satu contoh gambar banjir kilat dan gambar ini aku dapati di google.
http://www.emocutez.com

Friday, 23 July 2010

Tak berfikir Panjang...

KISAH INI BUKANNYA NAK MENJATUHKAN SESEORANG CUMA KITA AMBIL IKTIBAR DARI KISAH INI......Kita  kena berfikir semua insan mempunyai hati dan perasaan. Baru2 ini aku mendapat khabar dari tempat kerja aku, seorang perkerja lelaki bunuh diri kerana kecewa.
Kenapa terlalu mudah nak menghabiskan nyawa sendiri kenapa tak nak kembali pada iman. Kenapa tak berfikir panjang, tak kesian ke pada keluarga dikampung. Memang jika mereka dah nekad bertindak
mereka tak akan berfikir lagi, hilang segala keimanan didlm hati. Akal dah tak boleh berfikir lagi dan membataskan fikiran...... ..Nahuzubillah...Jika ugama lain kita tak hairan sangat tapi ini ...Ya allah , apa nak jadi dng dunia ini..Apa yg aku tahu dia seorang Oku dan kecewa kerana seorg perempuan mempermainkan dia dan mengambil kesempatan terhadap dia, Banyak dah berhabis kerana perempuan tersebut...Kenapa perempuan itu terlalu kejam terhadap insan yg tak berupaya itu..Tak terfikirkah perempuan itu lelaki itu pun manusia ada hati dan perasaan hanya dia tak bernasib baik mcm org lain...
Untuk menebus kekecewaan dia ambil jalan mudah dengan menamatkan riwayat hidupnya sendiri...Tak rasa bersalah kah perempuan itu...Memang banyak kes yg aku dengar ada yg membunuh diri kerana ada bynk masaalah yg tak dapat ditangani ,dan bermacam2 hal lagi...NAHUZUBILLAH MINZALIK

YA ALLAH KAU JAUHI DIRI KU DAN AHLI KELUARGAKU DARI PERKARA YANG MENYESATKAN DAN LINDUNGILAH AKU DAN KELUARGAKU DARI SYAITAN YG DIREJAM...

http://www.emocutez.com